Bebalisme....

>> Thursday, November 10, 2011



Syed Hussein Alatas sekali lagi memperkenalkan manusia bebal yang dirumuskan sebagai bebalisme. Antara ciri bebalisme ini yang menonjol adalah tidak adanya kehalusan pekerti. Dia tidak merasa malu dengan kesalahan yang dilakukan kerana kebodohannnya, dan dia tidak takut dengan kekurangan intelektualnya. Jadi apabila suatu parlimen dikuasai oleh orang bebal, maka tingkat perbahasannya dapat menurun tanpa ada seorang pun merasa sedih kerana mutu perbincangannya atau taraf estetiknya.

Adakah pengertian bebalisme termasuk ;;"cerdik tak boleh diikut, pandai tak boleh diajar?

Fikir-fikirlah......

Read more...

Masih Pandir.....

Bila disebut perkataan pandir, tentu semua teringat kepada cerita satira Melayu; Pak Pandir. Perwatakannya digambarkan betul bendul dan kebodoh-bodohan. Berbagai peristiwa digambarkan bagi meperlihatkan wataknya yang sebegitu hingga anaknya yang mati pun disangka anak orang. Sabit rumput disangka kerbau, burung pipit uban disangka pak haji dan kambing berjanggut disangka pak lebai!!!

Namun bagi Sifu Sosiologis, Syed Hussein Al Atas dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) menggariskan kelompok atau manusia pandir ini dicirikan dengan lima kriteria;

1. dia tidak mampu mengenali permasalahan
2.jika diberitahu permasalahan kepadanya, dia tidak mampu memecahkannya
3. dia tidak mampu mempelajari apa yang diperlukan
4. dia juga tidak mampu mempelajari seni belajar
5. biasanya dia tidak mengakui kepandirannya.

Apabila Laporan Ketua Audit 2010 dibentangkan, berlaku ketirisan wang yang melimpah ruah. Pihak pembangkang menyelongkar isi laporan dan menampakkan aspek keborosan wang rakyat dibelanjakan dengan begitu berleluasa. Wang rakyat dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya dengan para menteri mempertikaikan pula Laporan Audit. Bukan seringgit dua yang dibelanjakan, bahkan berjuta ringgit. Kelmarin pun Kementerian Pelancongan sedang berusaha mengenalpasti bagaimana lebih sejuta ringgit dibelanjakan untuk membeli rak untuk brosur pelancongan. KSU-KSU kementerian lain juga sedang berusaha mencari di mana kebocoran berlaku.

Namun begitu gambaran yang diatas telah dilaporkan oleh Syed Hussein Alatas bila beliau mengulas Laporan Juruaudit Negara sejak tahun1963,dan tahun-tahun berikutnya, lalu beliau menggambarkan bagaimana para pandir ini memainkan peranannya.

Begitulah Pandir dalam negara membangun...

Read more...

Interlok.....Episod Paria!!!!!

>> Tuesday, November 8, 2011

Sewaktu isu paria muncul ekoran pelaksanaan penggunaan novel Interlok tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussin dibicarakan ramai, saya masih tidak berkesempatan membacanya. Kini, hanya masih tinggal beberapa mukasurat saja lagi untuk ditamatkan pembacaannya. Ternyata, isu yang dibisingkan oleh segolongan masyarakat tersebut lebih bersifat politik sempit tanpa menilai sesuatu isu secara mendalam. Sengaja saya memetik beberapa ayat yang tercatat dalam novel tersebut yang antara lain ;

"Maniam sekarang sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Pulau Pinang. Dia berasa senang hidup di negeri ini, kerena untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dia juga manusia seperti orang lain. Di sini tidak sahaja bebas bercampur gaul dengan orang lain daripada sama bangsanyanya, tetapi dia juga tidak takut dengan pantang larang yang biasa berlaku di negerinya apabila kasta rendah menyentuh orang daripada kasta tinggi. Tidak sahaja dimaki hamun dengan segala kata yang kotor, tetapi disisihkan daripada masyarakat sehingga dirinya, diri orang-orang yang sama kasta menjadi lebih hina daripada binatang."

"Dia boleh membeli barang daripada penjaja-penjaja dengan memberikan wang langsung dari tangan ke tangan, bukan seperti di negerinya, dia mesti meletakkan wang itu pada suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya"...muka surat 261

Selepas menilai aspek-aspek lain yang disorot oleh SN Abdullah Hussin, ternyata isu yang dibisingkan oleh kelompok politikus sempit itu lebih "mempariakan" standard pemikiran mereka daripada "isu" yang kononnya nak diperjuangkan.

Read more...

Pendek tapi tegap!!!!

>> Tuesday, October 25, 2011

Di sini, kami sering memanggil orang sini sebagai pendek@rendah tapi tegap!!!!!

Begitulah kata Sdra Sabli, rakan dan pemandu van yang memberi info berkenaan dengan masyarakat Dusun di sekitar Kundasang dan Ranau.

Memandu di Banjaran Crocker untuk mengintai puncak Gunung Kinabalu bukan sahaja memerlukan kemahiran dan kecekapan, kita juga tidak boleh leka dengan keadaan muka bumi jalan-jalan tersebut. Sesungguhnya, pemandangan di sepanjang perjalanan ke Kundasang ini sungguh indah. Melihat perkampungan di lereng-lereng bukit, di lembah banjaran, pemandangan kebun sayur-sayuran, kabus dan awam yang bergumpalan menutupi banjaran serta lapisan bukit yang berlapis-lapis. Malar hijau dan kebiru-biruan. Subhanallahhhhh, indahnya ciptaan Allah swt.

Namun bagi Sabli yang merupakan anak jati Sabah, hal itu sudah menjadi asam garam hidupnya. Pemandangan di sepanjang laluan itu sudah tidak asing baginya dan pemandangan tersebut tidak mengganggu pemanduannya.

Memang betul kata Sabli, saiz badan orang Dusun, Kadazan, di sekitar Kundasang ini dan sebagainya agak rendah jika dibandingkan dengan suku Bugis, Bajau dan lain-lain. Tetapi badan mereka tegap dan sasa. Sewaktu bersalam dengan golongan lelaki, terasa sekali tapak tangan yang kasar. Genggaman mereka kemas dan kukuh. Keadaan ini mungkin disebabakan faktor geografi dan pekerjaan harian mereka.

Bertani di lereng-lereng bukit dan perlembahan Banjaran Crocker tentu mempengaruhi keadaan tubuh badan mereka. Masyarakat ini juga suka menggigit@mengunyah tembakau disamping suka mengunyah pinang dan sireh.

Read more...

Indahnya Kundasang......

Asyik Sabah jer!!!!! Ada apa-apa ke? Gitulah sms yang diterima dari Encik Adanan Ahamad, rakan pesara yang saya anggap sebagai mentor.

Hehehehe, saya membalas sms tersebut dengan menambah gelak sepi tersebut dengan mengatakan sambil tengok--tengok anak di Sabah bah!!!!!

Encik Adanan adalah rakan pensyarah yang menjadi teman sewaktu kunjungan kali pertama ke negeri Bawah Bayu pada tahun 2005. Waktu tu, kami sama-sama dalam kontijen MPTAA dalam Kagum Olahraga Kebangsaan 2005 yang dikelolakan oleh Maktab Perguruan Gaya di Komplek Sukan Likas.

Kunjungan ke Sabah pada 21 hingga 24 Oktober yang lalu menambah koleksi pengalaman pengembaraan di bumi Allah swt ini. Dengan cuaca sejuk sekitar 20 darjah Celcius menjadikan kedinginan Kundasang di Banjaran Crocker sungguh mengasyikkan. Bermalam di sana tambah mengujakan.

Sudah kerap ke Sabah, inilah kali pertama saya menginap di bumi Kundasang. Tambah menyeronokkan, bila Kundasang sedang mengadakan Pesta Kubis yang merupakan acara tahunan para pekebun sayur di Kundasang. Memang bumi Kundasang bukan saja sejuk dan dingin tapi kaya dengan sayur--sayuran segar. Madu lebah juga sangat mudah didapati tapi macam biasalah kena tahu membezakan yang ori dan yang campur gula!!!!!

Kundasang!, saya akan bertamu lagi ke sana!!!!!!!Tunggulah kehadiranku lagi!!!!!

Read more...

Ayah bunda.....

>> Thursday, October 20, 2011

Jam 1.30 petang, 20 Oktober 2011, saya selesai menamatkan bacaan buku " Riwayat Hidup dan Perjuangan Syeikh Tahir Jalaluddin Al Falaqi Al Azhari yang ditulis oleh Haji Bachtiar Djamily. Memulakan bacaan sejak petang 19 Oktober, banyak sekali maklumat yang boleh dipelajari dari ulamak besar Nusantara ini.

Dengan kedalaman ilmu serta berperibadi mulia, ketokohannya dalam berbagai bidang keilmuan sering menjadi sanjungan dan penghormatan ummat sezaman dan yang terkemudian. Beliau bukan sahaja menjadikan sekolah, masjid dan ceramahnya sahaja sebagai medium dakwah, malahan kemahiran mengarang dan menerbitkan majalah adalah lambang keintelektualan beliau dalam mendepani cabaran dakwah sezaman.

Kehebatannya juga menjadikan Kesultanan Perak dan Johor cenderung memilih beliau sebagai rakan ilmiah dalam membimbing golongan elit memerintah kerajaan.

Namun setinggi manapun ilmunya, di akhir kalam, beliau tetap mengatakan;

" Jangan durhaka kepada Ayah bunda,"

Beliau selalu mengingatkan "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Oleh itu, sentiasalah hormat dan bersopan dengan ibu bapa serta selalulah mendoakan kesejahteraan mereka. Semoga Tuhan akan mengampunkan dosa mereka dan menempatkan mereka di tempat yang mulia disisiNya.

Fikir-fikirkanlah......

Buku ini diterbitkan dalam Edisi Malysia oleh :
Asmah Publisher,
Kuala Lumpur
1994

Read more...

Peringatan : Jauhilah lapan perkara....

>> Wednesday, October 19, 2011

Adakah semua amalan soleh yang kita laksanakan diterima Allah swt.? Begitulah antara soalan yang harus kita tanyakan setiap kali kita beramal. Apakah kriteria yang membolehkan amalan soleh kita di terima Allah swt.


Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal menyebutkan akan lapan perkara yang perlu diberi perhatian agar amalan kita diterima Allah swt. Kelapan-lapan perkara tersebut menjadi penghalang kepada amalan-amalan kita diangkat dan diterima Allah swt.

Perkara-perkara tersebut adalah;
1. Tidak ikhlas
2. Mengumpat
3. Mengharapkan keduniaan
4. Sombong
5. Ujub
6. Hasad dengki
7. Tidak mengasihi orang lain
8. Sum'ah dan riak

Marilah sama-sama kita menjauhi lapan perkara yang dinyatakan di atas hingga menyebabkan amalan kita mungkin ditolak Allah swt. Cubalah sedaya upaya kita perbaiki kelemahan diri dan meningkatkan iman dan amal serta melengkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah.

Read more...

Laman Sosial Punca Keruntuhan Rumah Tangga?

Kemudahan teknologi maya, jika tidak dikawal dengan baik boleh mengundang bahaya. Jangan mudah melayan laman sosial (Facebook, Tweeter dll) jika ahli keluarga tidak mempunyai ketahanan diri. Apa yang perlu dilakukan bagi menyekatatau mengurangkan berlakunya kecurangan, kemaksiatan,dan permasalah sosial, orang ramai yang ingin melayani laman sosial perlu memastikan ahli keluarga mereka mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan spiritual untuk menangani kemajuan teknologi yang semakin berkembang dengan cepat. Walaupun internet baik tetapi jika disalahgunakan ia akan mengundang bahaya.

Dengan kemudahan teknologi maya, jika ia disalahgunakan tidak mustahil akan mengundang keburukan tanpa mengira usia seseorang dan status individu. Ada kes yang mengaku bujang sedangkan sudah beristeri dan bersuami. Lebih dahsyat lagi ada yang terpaut hanya kerana bunga-bunga bahasa yang digunakan untuk memikat yang boleh menimbulkan keghairahan ketika membacanya dan diterjemahkan ketika bertemu.

Kita kena mulakan didikan berkaitan internet ini di peringkat sekolah rendah. Kebaikan dan keburukan itu tetap ada. Apa yang saya dapati lebih banyak kebaikan internet daripada keburukannya. Oleh kerana sebahagian masyarakat telah bertindak untuk menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk tujuan mengisi masa lapang dan suka-suka sehingga tanpa disedari menimbulkan masalah apabila ada pihak yang menggambil kesempatan di atas kemelut rumah tanggga atau permasalahan yang sudah sedia ada dalam sesebuah keluarga.

Read more...

Peringatan...

>> Tuesday, October 18, 2011

Fatwa bukan jalan penyelesaian: Mufti Selangor dalam Milenia Muslim; Ogos 2011
dalam temubualnya mengenai Laman Sosial dan Rumahtangga.

Menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan oleh pasangan adalah satu ketidakjujuran dalam kehidupan berumahtangga.

Suami atau isteri tidak seharusnya mengambil kesempatan ini walaupun pada peringkat awalnya hanyalah sebagai kenalan biasa namun ia boleh mendatangkan kesan negatif apabila pasangan suami atau isteri itu mendapati kenalan itu 'dilihat' seoalah-olah lebih baik dan lebih sempurna daripada pasangannya sendiri.

Apabila ianya berlaku, makan pasangan tersebut akan mula mencari kelemahan atau kesalahan pasangannya hingga menimbulkan perselisihan yang tiada kesudahan

Read more...

Ilmu....mahu atau tidak...

>> Saturday, October 8, 2011

Penempatan saya di bumi Seberang Perai Tengah ni sejak dua purnama yang lalu membawa berbagai imlplikasi. Saya suka melihatnya dari sudut positif walaupun terpaksa berjauhan dengan famili di Ipoh.

Bukan sahaja soal makan minum yang mudah dan murah serta menyelerakan, daerah ini juga terkenal dengan aktiviti--aktiviti budaya ilmu. Masjid, madrasah, surau, pondok dan pusat pengajian sangat banyak. Setiap masjid dan pusat pengajian ini mempunyai aktiviti pengajian kitab dengan guru-guru agama yang tersendiri. Tetapi biasalah, ada yang ramai pendengar dan yang lebih banyak tiang masjid daripada sidang pendengar.

Dengan kesempatan yang Allah swt berikan, tempoh bermukim di daerah ini akan digunakan sepenuhnya untuk bermuhasabah atas kekurangan ilmu serta amalan yang masih sedikit. Justeru, malam-malam di daerah ini saya akan mengunjungi masjid-masjid yang ada budaya ilmu untuk beriktikaf serta mendengar sesi pengajian. Selalu saya teringat akan hadis Nabi saw agar selalu mencari ilmu dan mencintai majlis-majlis ilmu.

Read more...

Syukur dan terima kasih.....

>> Tuesday, September 27, 2011

I.Allah, saya sekeluarga akan datang dan akan bawa satu menu, gitulah kata Safura dalam smsnya sebelum tu. Rupanya bila dia datang bersama dengan suaminya; Zamri dan tiga orang anaknya bukan satu malah tiga ke empat yang dibawanya. Baik benor sahabat sorang ni.

Teman nak bawa apa? tanya pula Hamidon Zain sehari sebelum jamuan raya tersebut.

Ha...deme bawaklah ayam pansoh!!!!, itu pula permintaan saya kerana Hamidon yang pernah lama bertugas di Sarawak dan isterinya Sal; pun orang Bumi Kenyalang.

Dilmi dan isterinya,Ita; serta empat orang anaknya yang sampai dulu membawa bersama seplastik buah mempelam cokanan. Dia yang bertugas di Manjung bertemu semula setelah 21 tahun berpisah di IBKL.Mempelamnya memang manis dan katanya berbuah lebat di rumahnya.

Halim Kamarudin dan isterinya Suhaiza serta dua orang anaknya menyusul sampai dalam suasana hujan gerimis .Halim juga datang dari Kuala Kangsar selepas mengunjungi anaknya di sebuah sekolah berasrama. Babynya berumur sekitar empat bulan sempat lena di sofa.

Razak Malik dan isterinya serta dua orang anaknya tak pernah mis menerima jemputan saya sekeluarga. Riuh bertanya, sama ada ayam pansoh dah sampai ke belum sebab Hamidon dah war-warkan sebelumnya tentang benda tu.

Syukur jua akhirnya, ramai rakan bekas IBKL 87--89 hadir walaupun ada yang tidak dapat bersama kerana juga menerima tetamu di rumah mereka. Apapun, jamuan raya tersebut menemukan ramai saudara mara serta jiran-jiran dan kawan-kawan anak-anakku. Yang pasti, semua menu yang disediakan habis dimakan. Bak kata orang, tiadalah yang terbuang ke dalam tong sampah.

Kepada semua yang hadir dalam jamuan raya yang serba sederhana itu, jutaan terima kasih dan syukur Alhamdulillah saya dan keluarga ucapkan. Dan tentulah terima kasih yang tidak terhingga buat isteri tersayang; Hasnora Ismail atas tungkus lumusnya menyediakan menu pada hari tu.

InsyaAllah, majlis berikutnya akan diadakan lagi.

Read more...

Bijak membahagi masa

>> Wednesday, September 14, 2011

Demi masa....

Bahagikanlah waktu kepada tiga bahagian utama;

masa untuk bekerja kerana itu kunci kejayaan,

masa untuk membaca kerana ia adalah pintu ilmu pengetahuan,

masa untuk beribadat kerana ia adalah sumber ketenangan .

Read more...

Gurindam Pendidik Cemerlang 5

Apabila guru banyak memberi kerja,

maka murid bijak mengurus masa.

apabila guru rajin muhasabah diri,
maka murid mempunyai jati diri.

apabila guru ringan tulang,
maka murid pasti cemerlang.

apabila guru mahir teknologi,
maka murid celik komputer dan ICT.

Apabila guru berperalatn lengkap,
maka murid belajar dengan mantap.

Apabila guru bersikap positif,
maka murid progresif dan berinisiatif.

apabila guru baik hati nurani,
maka murid berjiwa suci murni.

Apabila guru berkerja cemerlang,
maka murid menjadi insan terbilang.

Dipetik dari buku : 40 Tips Pendidik Cemerlang
Oleh : Dr Mohd Nazmi Desa dan Mohd Hafizan Hj Ab Halim
2010.

Semoga memberi pengajaran kepada sidang pendidik dan bakal pendidik.

Apabila

Read more...

Gurindam Pendidik Cemerlang 4

Apabila guru mengajar penuh bersemangat,

maka murid belajar tak kenal penat.

apabila guru kurang mengajar,
maka murid kurang ajar.

apabila guru suka berbincang,
maka pengajarannya tidak pincang.

apabila guru terlalu bebas,
maka murid mudah terbabas.

apabila guru tidak ambil pusing,
maka kelas jadi sangat bising.

apabila guru bersikap sabar,
maka murid kelak akan sedar.

apabila guru mengajar dengan saksama,
maka murid akan mudah kerjasama.

apabila guru bijak membuat rumusan,
maka murid belajar dengan berkesan.

Read more...

Gurindam Pendidik Cemerlang 3

apabila guru pandai memuji,

maka murid bijak menghargai.

apabila guru pandai bercerita,
maka murid petah berbicara.

apabila guru sentiasa sibuk,
maka kelas hiruk-pikuk.

apabila guru berminda kreatif,
maka murid berminda inovatif.

apabila guru berfikiran pantas,
maka murid berminda tangkas.

apabila guru menepati masa,
maka murid sentiasa berwaspada.

Read more...

Gurindam Pendidik Cemerlang 2

Apabila guru bersikap profesional,

maka murid berfikiran rasional.

Apabila guru jelas matlamat,
maka murid belajar dengan selamat.

Apabila guru banyak memberi soalan,
maka murid bijak memberi jawapan.

Apabila guru suka marah,
maka murid jadi tak tentu arah.

apabila guru orang bertawakkal,
maka murid berjiwa cekal.

apabila guru malu bercakap,
maka murid berbahasa tidak cekap.

apabila guru mahir papan hitam,
maka murid akan mudah faham.

apabila guru rajin dan aktif,
maka murid bersifat produktif.

apabila guru bersuara jelas,
maka murid mendengar puas.

Read more...

Gurindam Pendidik Cemerlang 1

Apabila guru berjiwa ikhlas,

maka muridd tahu membalas.

Apabila guru kental azam,
maka murid sangat iltizam.

apabila guru berhias takwa,
maka murid berakhlak mulia

apabila guru mengajar tanpa bersedia,
maka murid belajar tak tahu punca.

apabila guru pandai set induksi,
maka murid amat bermotivasi.

apabila guru berwajah ceria,
maka murid bersikap mesra.

apabila guru berjiwa penyayang
maka murid berjiwa tenang.

apabila guru suka menambah ilmu,
maka murid belajar tanpa jemu.

apabila guru begitu prihatin,
maka murid akan berdisiplin...

Read more...

Selera Utara......

>> Thursday, September 8, 2011

Ramadan dah berlalu...puasa Enam Syawal boleh disempurnakan bila-bila masa sehingga hujung bulan ni. Dah ssebulan dok tahan nafsu makan siang hari, jadi terasa di hati nak pekena@makan menu-menu orang utara. Member baru di IPGK Tuanku Bainun lama dah dok kempen pasal "pot-pot" yang power untuk dikunjungi bila berakhir bulan Ramadan.

Gitulah, ayat ni macam nak balas "dendam" jer bunyinyer. Hari Selasa lepas, bermulalah siri penjelajahan ke pot-pot yang dimaksudkan. Gerai makan tepi rel keretapi di pekan Penanti jadi lokasi tumpuan. Mengikut rakan setugas yang dah "pro" dengan gerai tersebut, harga murah dan kari kepala ikan berbaloi. Yang pasti, kita kena "pi awai-awai"!!!!Kalu mai lewat, kepala ikan mungkin dah licin..

Misi yang dirancang dilaksana dengan baik walaupun pada hari tersebut seorang warga IPGKTB meninggal dunia kerana penyakit kencing manis. Jam 8.15 pagi, kami dah sampai. Memang betul, orang dah ramai. Perasaan risau pun timbul. Ada lagi ke kepala ikan??

Syukur.....selesai empat belah kepala ikan muduk disempurnakan. Tulang bertimbun, nasi betrambah, kuah kari pun licin, uummmmppphhhh....sodap weh..bila tiba time kira, baru RM 19.00....murah betul!!!! Nampaknya boleh ulang lagi.

Member "pro" bagitau, nanti aku bawa hang pi tempat lain pulak!!!!!

Read more...

Sejarawan, ilmuan atau.....

>> Tuesday, September 6, 2011

Mengikuti polemik yang diutarakan oleh tokoh-tokoh politik dalam membicarakan tokoh-tokoh kemerdekaan negara telah meruntun minat berbagai pihak. Ada pihak terkilan kerana ada ulasan-ulasan yang sangat bertentangan dengan persepsi umum yang sudah sedia terpahat di sanubari.


Lebih merancakkan suasana polemik ini adalah apabila para sejarawan tersohor memberi komen-komen yang seperti memperlihat "menjaga" kepentingan pihak-pihak tertentu. Entah dimanalah letaknya kejituan ilmu yang dipegang oleh para ahli akademik jika didapati hujah baru@huraian baru seperti tidak sealiran dengan kehendak pihak tertentu.

Natijahnya, setiap orang perlu membuat "post mortem" terhadap kajian silam agar benar-benar memperlihatkan "Malaysian centric". Rakyat mula muak dengan mentaliti profesor kangkung!!!!!!

Read more...

Noramfaizul Mohd Nor : Antara takdir dan ikhtiar...

Al Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu di Mogadhisu sewaktu mengikuti misi bantuan kemanusiaan di Somalia.

Kematiannya pada saat umat Islam di Malysia dan dunia Islam amnya masih dalam suasana Hari Raya Aidilfitri menimbulkan rasa sedih dan pilu. Apatah lagi kematiannya pula di negara asing dan berjauhan dengan keluarga dan sanakssaudara.

Rupa-rupanya, kematiannya bukan sahaja meninggalkan namanya sahaja yang disanjung sebagai wira negara tetapi menimbulkan berbagai polemik di kalangan berbagai pihak. PM mengingatkan rakyat supaya jangan menunding jari kepada mana-mana pihak ekoran insiden ini. Parti politik tertentu mengkritik NGO yang menganjurkan program tersebut. Ada pula pihak-pihak lain yang menegur kerana banyak langkah keselamatan tidak diberi perhatian serius.

Saya suka mengambil pendapat yang lahir daripada kalangan jurnalis sendiri kerana "jauhari yang mengenal manikam". Membaca ruangan ''Comment oleh Shahanaaz Habib, dalam The Star 6 September di halaman Nation 7, ternyata dia amat marah kepada pihak NGO yang menjadi penganjur misi tersebut. Cuba baca petikan berikut;

'The death of Bernama TV cameraman Noramfaizul Mohd Nor in Somalia has left me feeling sad, angry and guilty. Sad at the death of a fellow journalist who is a mother's child, a husband and a father.
Angry at the African Union, rebels or whoever it was who fired the bullet but more so at Putera 1Malaysia Club for bringing such a big entourage of 55 to a very unsafe country with little training, little briefing and no protective gear'.

Baca pula Comment oleh Megawati Zulfakar dengan tajuk "Failure to listen cost a life" yang antara lain menyebutkan bahawa tiga hari sebelum misi NGO itu datang ke Somalia, pasukan peninjau yang terdiri daripada tujuh orang pegawai kerajaan termasuk pegawai tinggi tentera dan juga warga media. Hasil tinjauan team tersebut mendapati;

"It was a risky trip".

Malahan team tersebut juga mencadangkan;

"if the humanitarian mission wanted to go,it should leave after Hari Raya to make sure all the preparation were in place".

Makin banyak dibaca, makin banyak perkara yang terselindung diketahui. Jadi, tidak menjadi kepelikan, kematian beliau menjadi polemik kerana bila berbagai pihak membuat " post mortem" barulah isu kematian beliau mendapat gambaran sebenar. Justeru, adakah patut kita mendiamkan perkara ini dan menganggap ia sebagai takdir semata-mata atau kecuaian kita mematuhi pandangan orang lain??

Fikir-fikirkanlah.....

Read more...

Kurma buat Kenangan.....

Salam abe,


Zulfakar meninggal dunia kejap taddi. Jantung.

Itulah sms yang saya terima sekitar jam 8.30 pagi kelmarin daripada Sdra Fauzi Hasssan, rakan lama di IPGKTAA yang memaklumkan kematian saudara kami Zulfakar yang meninggal secara mengejut di Lipis pada 7 Syawal kelmarin.

Saya mengenali arwah hanya sejak menjadi warga Afzan pada tahun 2005. Hubungan kami baik dan sering berbual mengenai berbagai perkara. Beliau adalah antara pegawai teknologi yang seterusnya menjadi pensyarah setelah bergraduat dan mempunyai ijazah kedua, dua tahun yangg lepas.

Kenangan buah kurma ini saya jadikan tajuk entri kerana pada tarikh akhir saya di IPGKTAA pada bulan Julai yang lalu, saya sempat mengunjungi jabatan-jabatan sambil bermaaf-maafan dan mengucapkan selamat tinggal. Tak terkecuali, saya turut mengunjungi Jabatan Teknologi Pendidikan dan sempat bertemu dengan arwah. Selepas bersalam-salaman, dia menghadiahkan sekotak buah kurma Safia Yusoftayyib. Katanya," ini buah kurma kenangan buat demo".

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang beriman....Amiinnn.

Read more...

Berpuasa di perantauan........

>> Wednesday, August 24, 2011

Syukur, Alhammdulillah.....itulah uccapan yang boleh disebutkan bila sinar Ramadan muncul lagi. Dua perkara yang saya lalui pada awal Ramadan, pertama pertukaran saya ke IPGK Tuanku Bainun dan bermulanya puasa bagi hari yang pertama bulan Ramadan. Pelik juga tahun ini, tarikh yang sama bagi bulan tahun Masihi dan tahun Hijrah.


Apakah terkandung di sana sesuatu hikmah dengan kebersamaan kedua-duanya atau secara kebetulan? Yang pastinya, umat Islam hanya perlu membilang haribulan Ogos untuk mengetahui bilangan hari puasa.

Disebabkan pertukaran ke IPG baru ini saya anggap sebagai transit, keluarga yang sudah berada di Ipoh sejak Disember lalu masih kekal di situ. Maknanya, puasa di tempat baru bersendirianlah. Namun, untuk berbuka puasa, saya menyertai pakej penginapan di An Nahdhoh Inn, Kubang Semang, Penanti dengan RM 30 termasuk berbuka dan bersahur. Saya hanya menyertai majlis berbuka sahaja dan sahurnya di bilik sahaja dengan menu ala kadar, yang pasti menu tu bukan yang panas-panas tapi sejuk semuanya. Namun saya bersyukur jua kerana masih sempat berpuasa sebagaimana orang lain jua...entah sampai bilakah begini, Allah swt jualah yang Maha Mengetahui.....

Read more...

Saya tunggu encik di Kundasang!!!!!!

>> Monday, August 15, 2011

Adussss!!!!!
Gitulah, sedikit gambaran yang dapat saya gambarkan keseronokan dan keterujaan Sri Liya dan rakan-rakannya seramai 12 orang dari Unit PSV Sem 2 yang mengikuti ajakan saya untuk berkunjung ke Sabah tempohariSetelah merancang sejak tahun 2010, akhirnya projek kami untuk mengenali bumi Sabah telah tercapai.

Dengan Atikah sebagai ketua grup, kami berlepas ke Kota Kinabalu dengan penerbangan Airasia dalam dua penerbangan yang berasingan. Tarikh kami pergi adalah pada 15 Julai lalu dan selamat pulang ke bumi Afzan pada 17 Julai. Pengalaman tiga hari dua malam di Sabah sangat positif. Sememangnya, di dalam kuliah-kuliah saya bersama unit tersebut, cerita-cerita mengenai Sabah sering menjadi bahan sampingan untuk menceriakan suasana p&p. Cabaran saya untuk membawa mereka mengenali Sabah sudah tersahut.

Kini ada antara mereka mula membayangkan untuk menjadikan Sabah sebagai negeri untuk mereka mencurah khidmat bakti apabila tamat pengajian mereka nanti. Keindahan dan semangat mengembara mereka telah tercabar apabila melihat keteguhan Gunung Kinabalu. Kini Pasar Filipin, Kinabalu Park, Kundasang, Ranau, Poring, Kg Luanti, Ladang Teh Sabah, pekan Menggatal dan Bandaraya Kota Kinabalu sudah tidak asing kepada mereka. Hanya masa dan takdir Ilahi sahaja yang akan menentukan hajat serta cita-cita mereka tercapai suatu hari nanti.

Tahniah buat Atikah, Zana, Qatrun, Diayana, Ilham, Anis, Seri Liya, Zati, Ain,Sahira, Husna, Norsyafika .... jika ditakdirkan lagi, kita akan meninjau pantai timur Sabah pula di lain penerbangan !!!!!!!!!

Read more...

Rofidah.....

Sengaja saya menitipkan entri ini sebagai tanda penghargaan buat rakan yang baru kukenali tetapi sangat menjaga erti persahabatan.

Sewaktu dalam cuti sakit akibat pembedahan semula pada 20 April 2011 dan disambungg lagi dengan cuti semester pada bulan Jun, KJ memaklumkan bahawa Jabatan menerima dua orang pensyarah baru dan salah seorangnya adalah untuk unit Pra Sekolah. Saya hanya mengiyakan sahaja makluman tersebut kerana masih tidak mengetahui rupa dan budi bahasa orangnya lagi.

Alhamdulillah, selepas cuti semester berakhir, orang yang dimaksudkan terlihat di depan mata. Bukan rupa paras dan tubuh jadi ukuran tetapi tutur katanya serta perilakunya jadi kebanggaan. Sikapnya yang terbuka, sering bertanya itu dan ini dan lebih menyeronokkan, kebajikan saya menjadi perhatian utamanya. Adakalanya, saya dibuatkan minuman, disediakan biskut dan ditanyakan sebarang keperluan. Lega tak terhingga rasanya jika dia berada di jabatan. Kini , sudah jadi kenangan kerana saya pun dah berpindah ke IPG lain.

Semoga sahabat yang saya tinggalkan itu terus berjaya dan cenderamatanya berupa buku "Jangan Bersedih" akan menjadi tanda ingatan persahabatan ini.

Terima Kasih Rofidah Hassan!!!!!!!

Read more...

Rofidah.....

Sengaja saya menitipkan entri ini sebagai tanda penghargaan buat rakan baru yang baru kukenali tetapi sangat menjaga erti persahabatan.


Sewaktu dalam cuti sakit akibat pembedahan semula pada 20 April 2011 dan disambungg lagi dengan cuti semester pada bulan Jun, KJ memaklumkan bahawa Jabatan menerima dua orang pensyarah baru dan salah seorangnya adalah untuk unit Pra Sekolah. Saya hanya mengiyakan sahaja makluman tersebut kerana masih tidak mengetahui rupa dan budi bahasa orangnya lagi.

Alhamdulillah, selepas cuti semester berakhir, orang yang dimaksudkan terlihat di depan mata. Bukan rupa paras dan tubuh jadi ukuran tetapi tutur katanya serta perilakunya jadi kebanggaan. Sikapnya yang terbuka, sering bertanya itu dan ini dan lebih menyeronokkan, kebajikan saya menjadi perhatian utamanya. Adakalanya, saya dibuatkan minuman, disediakan biskut dan ditanyakan sebarang keperluan. Lega tak terhingga rasanya jika dia berada di jabatan. Kini , sudah jadi kenangan kerana saya pun dah berpindah ke IPG lain.

Semoga sahabat yang saya tinggalkan itu terus berjaya dan cenderamatanya berupa buku

Read more...

Kalian macam anak angkat saya.....

Sakinah dan Sue Ernest dari Kota Marudu,Kudat,
Emiliya dan Firdaus dari Balungan, Tawau..

Itulah tiga gadis remaja dan seorang teruna yang kuanggap macam anak-anak angkat. Ketiga-tiga gadis remaja dari Negeri Bawah Bayu itu telah kubawa ke Ipoh sebelum bulan Ramadan bermula. Sengaja aku membawa mereka pulang kerana Sabah dan penduduknya selalu dihatiku. Firdaus tidak dapat ikut serta kerana keretaku jua ditumpangi buat kali terakhir oleh Izzati. Izati yang sering menjadi teman perjalanan pergi dan pulang ke Lipis adalah anak guru besar di Batu Gajah. Kehadirannya sewaktu pulang pergi tidaklah menjadikan pemanduanku terlalu sunyi.

Jadi, pada petang Jumaat 28 Julai 2011, kami berlima dengan barang-barang dan beg pakaian merentasi Banjaran Titiwangsa melalui jalan Lipis- Koyan- Pos Betau- Ringlet- Tanah Rata-Brinchang- Simpang Pulai dan sampai ke Ipoh pada lewat petang. Jaraknya hanya sekitar 210km tetapi keadaan geografi menjadi empat jam perlu diambil untuk sampai ke Ipoh.

Walaupun kunjungan mereka adalah singkat iaitu sekitar dua malam, hatiku sangat gembira kerana dapat memenuhi janji untuk membawa mereka ke Ipoh sejak mengenali mereka di awal kehadiran mereka ke IPGKTAA. Rasanya itulah antara kumpulan pertama PPISMP yang berasal dari Sabah. Adakalanya, aku berfikir, dah tak dapat bertugas di Sabah, biarlah aku meramaikan saudara mara dari Sabah walaupun antara kami tiada hubungan darah tapi mungkin hubungan seagama dan sesama hamba Allah swt.

Semoga Allah swt memberi taufik dan hidayah atas usahaku ini.....

Read more...

Daerah baru untuk sejenak mungkin.....

Alhamdulillah, itulah lafaz syukur kehadrat Ilahi bila surat pertukaran telah sampai ke tangan tempohari. Perutusan dari Cyberjaya ini mengesahkan pertukaran tempat kerja dari IPGKTAA ke IPGK Tuanku Bainun, Bukit Mertajam. Lantas terbayang suasana baru yang akan ditempuh untuk suatu jangkawaktu yang belum diketahui. Lumpur dan selut bukanlah asing buat kami sekeluarga. Malahan antara hanyir lumpur itulah saya membesar.

Awal Ramadan bersamaan dengan 1 Ogos, dengan berkereta, saya membelah keheningan pagi. Melepasi tol Juru, hati sedikit risau kerana banyak kereta yang juga menghala ke utara. Namun, bila melepasi tol Kulim - Butterworth, alangkah terpesona hati ini bila melihat kilauan hijau kuning sawah padi yang terhampar luas. Lapang dan mengasyikkan. Sudah lama suasana begini telah ditinggalkan. Terasa akan nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak. Membanting tulang di bendang yang sepetak dua bersama ibu , ayah dan adik beradik yang lain.

Kini, saya berpeluang untuk merasai kembali suasana penuh syahdu itu. Waktu tengahari sewaktu pulang ke bilik penginapan, seronok melihat seorang dua kanak-kanak membawa serkap untuk menangkap anak keli dan haruan. Dan dari tengah bendang, asap berkepul-kepul naik ke udara dari longgokan jerami yang dibakar. Bau asapnya juga sungguh mengasyikkan.

Terima kasih Ya Allah atas pertukaran ini.

Read more...

Selamat Tinggal IPGKTAA...

>> Wednesday, August 3, 2011

Selamat tinggal IPGKTAA...tersedu saya bila mengingatkan tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain. Lebih enam tahun bergelar Pensyarah, bermula dengan MPTAA, IPTAA dan kini IPGKTAA, banyak ilmu dan pengalaman yang digarap sepanjang menjadi warga IPG itu.

Bukan tak sayang pada IPGKTAA, tapi tuntutan untuk bersama keluarga lebih menjadi priority. Bayangkanlah dengan status OKU, saya terpaksa berulang antara bandaraya Ipoh dan Kuala Lipis pada setiap petang Jumaat dan petang Ahad. Adakalanya berteman dan lebih banyak berseoranganmerentasi Banjaran Titiwangsa selama lebih empat jam memandu. Penat, boring, berisiko dan serba serbi mendebarkan.

Kalau ikutkan sayang pada para student memang tak sampai hati meninggalkan Afzan, apatah lagi dah separuh semester bersama mereka. Hubungan kami sentiasa ceria dan menyeronokkan. Daripada feedback yang mereka nyatakan, syukurlah kehadiran saya ke kelas mereka sering dinanti-nantikan. Agaknya begitulah jika sudah wujud kemesraan dan suasana P&P yang kondusif.

Terima kasih warga Afzan......semoga hubungan kita terus berkekalan hendakNya....

Read more...

Begitukah hasilnya!!!!

>> Thursday, July 7, 2011

Kawan saya menangis encik!!
Letih dan hampir tak tahu nak buat macam mana dah!
Buas sangat!!!
Tak dapat nak kawal!

Gitulah lebih kurang cerita awal yang saya dengar dari informer yang berada di kawasan tersebut. Kisahnya adalah berkaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh Pusat Permata Negara di kawasan informer tu bertugas. Kebetulan, di kawasan atau lebih mudah dipanggil gugusannya itu terdapat kompleks tersebut yang menjadi kebanggaan penduduk skim rancangan itu.

Ceritanya bertambah meresahkan kerana menurutnya, rakannya yang bertugas di Tabika sering menangis kerana keaktifan(baca buas) produk @kanak-kanak yang dikeluarkan oleh pusat itu . Kanak-kanak tersebut terlalu sukar dikawal oleh para guru jika dibandingkan dengan murid tadikanya yang sedia ada. Kehadiran murid baru yang telah melalui pusat tersebut semacam memberi bala (baca tugasan berat) kepada rakannya.

Lantas timbul persoalan, kenapa jadi begitu? Adakah kemudahan infrastrukturnya kurang sempurna? Guru atau pengasuhnya tidak mendapat input atau modul latihan? Atau kurangnya peruntukan untuk pengurusan? Kenapa dan mengapa perkara itu terjadi begitu?? Apa pun itulah antara berita sedih yang saya dengar bila mengambilkira polemik tentang penubuhannnya suatu ketika dahulu.

Apa taknya. Sejumlah besar wang negara atau belanjawan negara telah disalurkan kerana memenuhi hasrat seorang isteri tersayang. Sebelum ini, peruntukan tersebut tersalur dengan lancar kepada Kementerian Pelajaran yang sedia terpikul tanggungjawabnya dalam hal ehwal pendidikan. Peruntukan tersebut diperdebatkan di parlimen namun ia akhirnya diluluskan juga. Jumlahnya bukan sikit tapi ratusan juta.

Justeru bila mendengar cerita yang bersoksek di kalangan guru dalam gugusan tersebut, terbayang dalam fikiran saya tentang jalan @punca wang tersebut diperolehi bagi menjayakan inspirasi peribadi.

Fikir-fikirkanlah.....

Read more...

Adakah ini padahnya........

Kunjungan ke Gugusan Chini juga membawa beberapa cerita lagi. Selalu saya berpesan pada diri agar selalu berbuat baik dengan semua orang. Tak rugi kalau kita tahu berbudi bahasa. Wang ringgit boleh dicari tapi budi bahasa juga yang kekal abadi. Kalau kita selalu meraikan orang, InsyAllah, banyak perkara di luar dugaan kita akan terjelma.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kunjungan ke bumi yang pertama kali bagi tujuan melakukan tugasan praktikum diakhiri dengan baik. Tindakan proaktif pelatih yang hendak diselia melakukan homework agak menarik.

Bukan aspek tugasan p&p yang didahulukan dalam menjalani praktikum, tetapi siapakah orang atau pensyarah yang akan datang menyelia itu perlu diutamakan!!! Garang ke, tegas ke, skima ke, cerewet ke. berkira ke, sederhana ke, cincai ke, lebih kurang ke, dan last sekali handsome ke cam na juga diambilkira.

Almaklumlah, ada kalangan guru pelatih ni dah bergelar ibu dan dah bertugas hampir belasan tahun. Bab ajar mengajarnya bukanlah perkara pelik lagi cuma sejak mengikuti Kursus Dalam Cuti bagi tujuan naik taraf, mereka perlu bergelar guru pelatih semula. Justeru, mereka terpaksa mempelajari semula langkah-langkah pengajaran berdasarkan input yang pernah dipelajari.

Dalam menghadapi situasi begini, saya selalu berpesan pada diri agar sentiasa mendahulukan konsep andragogi atau adult learner. Banyak perkara yang perlu dipelajari supaya approach yang kita ambil tidak menimbulkan suasana meminggirkan sedikit sebanyak kebolehan yang mereka miliki. Dalam erti kata yang lain, saya sering mengamalkan situasi win-win situation. Itulah anggapan saya kerana kunjungan saya ke sana tidaklah boleh diumpamakan sebagai "rumah kat pi, kubur kata mari"!!!!!

Read more...

Rumah oh pahat........

Majlisnya dah berakhir, pembesar yang dijemput khas pun dah pulang. Ucapan yang mengiringi majlis pun dah dihadam dengan baik oleh sidang hadirin. Tepukan gemuruh usah dikira lagi. Bunyinya menggema di dewan yang permai. Semua hadirin tumpang gembira bila nama setiap penerima anugerah yang berprestij dipersilakan naik. Sijilnya ditampal reben dan dihadiahkan di atas pentas yang puspawarna.

Cumanya, sidang yang permai dan baru berakhir tadi mula bertukar menjadi sesi soksek-soksek yang mengocak kemeriahan tadi. Dari seorang ke seorang, ceritanya meniti dari bibir ke bibir. Siapa yang mencalonkan dia? Macam mana dia tu boleh tercalon? Kenapa orang tu tidak tercalon?

Lebih suram lagi, bila soal proses pemilihan calon dipersoalkan. Siapa yang menjalankan pemilihan? Bagaimana pemilihan dibuat? Siapa panelnya? Bila mesyuarat panelnya? Kenapa aku tak dijemput dalam mesyuarat panel tersebut? Ramai KJ tak dimaklumkan tentang mesyuarat pemilihan tersebut. Gitulah, persoalan yang berlegar di kalangan ramai warga.

Ahhhh!!!!!gitulah pahat dan rumah, atau rumah dan pahat, pahat yang salah ke atau rumah yang bermasalah!!!!!!Tanyalah tukang rumah, tentu ada jawapannya.

Read more...

Tak berbau pun!!!!!!!

>> Thursday, June 30, 2011

Kesempatan mengunjungi Gugusan Felda Chini yang terletak kira-kira 300km dari pekan Lipis ni memberikan berbagai input. Perjalanan dekatnya melalui pekan Chenor, Kg Pesagi, Kg Pejing, Kg Kuala Wau dan juga Felda Terapai sebelum menemui simpang di Salong. Perjalanan yang melalui atau menyusuri Sungai Pahang ini melalui kampung-kampung tradisional ini dapat mengimbau kenangan silam penduduk negeri Pahang yang sering tertumpu di tebing-tebing sungai sebagai tempat tinggal.

Keadaan jalan raya yang agak sempit serta sunyi juga menimbulkan ketenangan walaupun sedikit risau jika berlaku kerosakan kenderaan. Ini kerana di kawasan tertentu, talian telefon tidak boleh dihubungi dan kenderaan jarang-jarang melalui kawasan tersebut. Namun bagi yang suka bernostalgia suasana kampung, laluan tersebut sangat mendamaikan.

Selesai menjalankan tugas, masa terluang digunakan untuk meninjau Tabika-tabika Kemas yang berdekatan dengan Felda Chini Timur 1. Antaranya Tabika Kemas JHEOA Kg Dusun. Gurunya adalah guyru pelatih LPBS KDC Kemas 2010. Seronok sekali bertemu dan meninjau keadaan dia dan para muridnya. Oleh kerana kunjungan saya sudah berada pada saat akhir p&p pada hari itu, tak dapatlah saya melihat situasinya. Apa pun, yang paling saya terkejut adalah persepsi saya selama ini adalah salah tentang BAU.

Ada kalangan guru-guru yang mengatakan bau yang kurang menyenangkan jika kita bertugas di sekolah yang majoritinya murid Orang Asli. Gitulah yang banyak saya dimaklumkan TETAPI situasi begitu tidak saya alami sewaktu berada di TBK Kg Dusun. Saya bagitahu kepada guru pelatih tersebut akan dapatan saya. Dia pun terharu kerana saya berterus terang tentang hal tersebut kerana guru pelatih tersebut juga dari suku kaum Jakun. Menurutnya, sejak mengambil alih kelas tersebut, aspek kebersihan diri telah menjadi keutamaan beliau sebelum p&p dijalankan. Ternyata, kerja kerasnya membuahkan hasil. TIADA bau yang berpunca daripada faktor diri dan sangat kondusif untuk proses p&p seharian. Usaha positif ini nampaknya memerlukan pelaziman yang berterusan.

Tahniah buat Cikgu Arissa!!!!!!

Read more...

Guangzhao- Shenzen, China

>> Tuesday, June 21, 2011

Semua berkumpul di S 13...gitulah arahan yang berupa makluman pihak ejen travel yang menguruskan penerbangan percutian kami ke Guangzhao- Shenzen China. Tarikh 12 Jun hingga 16 Jun 2011 telah kami pilih sejak lima bulan sebelumnya. Penerbangan dengan pesawat Airasia dengan AK 114 telah mendarat dengan selamat tepat jam 12.30 malam waktu Malaysia. Jam 8.30 malam kami berangkat dari LCCT, Sepang.

Agak risau juga dengan lawatan kali ini kerana ada maklumat dari grup yang pergi seminggu lebih awal mengatakan mereka kurang happy dan not enjoy!! Sedangkan dalam itenary yang dibekalkan oleh ejen, kelihatan sangat menarik. Selaku grup leader, respon-respon begitu menjadi cabaran kecil dalam dunia travel. Empat jam penerbangan dengan disulami dengan hidangan yang dijual dalam pesawat melupakan sekejap persolan tersebut.

Namun, grup kami yang telah melalui berbagai pengalaman di berbagai tempat nampaknya langsung tidak menunjukkan kekesalan dalam trip kali ini. Shopping bagai nak rak juga, i pad, i phone, beg tangan, beg travel, kain baju, jed , teh cina dan berbagai lagi barangan memenuhi jari jemari sewaktu menaiki bas sewaan. Makan minum apakan lagi. Menu di restoran Muslim China sangat menyelerakan. Setiap kali tiba waktu lunch dan dinner, lapan set@jenis lauk pauk disediakan. Udang dan daging kambing adalah menu rasmi termasuk sayur mayur dan sebagainya. Malahan , kami turut memesan seekor kambing bakar untuk menambah selera ahli grup travel ini.

Lebih mengujakan lagi, setiap kali tiba waktu solat, travel guide akan membawa kami bersolat di Masjid sekitar Guangzhao dan Shenzen. Sempat juga bersalam dengan imam--imam masjid. Menziarahi makam Syaidina Saad bin Abi Waqqas menumbuhkan kesedaran dan pengertian mengapa Rasulullah saw pernah bersabda; " tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Banyak perkara yang boleh dipelajari di bumi yang kini dihuni lebih 800 juta manusia itu yang berlatarbelakangkan 56 etnik@suku kaum.

Seperkara yang perlu diingat sewaktu bershopping, kita hendaklah membuat tawaran harga yang paling tinggi, bukan setakat 50%, 70% tapi sehingga 90%. Contohnya harga satu barang 100 Yuan, tawarkan harga hingga 10 Yuan saja. Perlu juga pandai main tarik tali atau hingga peniaga tu tarik baju kita jika kita mula bergerak meninggalkan kedainya.

Read more...

Ziarah sahabat IBKL (1)

>> Wednesday, May 18, 2011

Kerinduan kepada senda gurau dan berbagai gelagat kawan-kawan menjadi pendorong utama untuk menziarahi rakan-rakan di utara. Selain anjuran Rasulullah saw sendiri yang menggalakkan silaturahim, sedikit keuzuran yang saya alami perlu diketepikan sekejap. Sudah lama niat untuk berkunjung ke negeri-negeri di utara; Pulau Pinang ( Seberang Prai), Kedah dan Perlis mengambil tempat di hati ini.

Akhirnya, jam 10 pagi Sabtu 14 Mei yang lalu, bersama isteri tercinta dan tiga orang anak kami berlepas dengan CRV WGU 9288 menuju ke utara. Dengan kadar kelajuan 100km/ph, hentian pertama kami adalah di Kulim. Dengan panduan yang teliti daripada Sdra Yahya Salleh, kami melalui beberapa kawasan yang belum pernah saya lalui. Panduan diberikan dari semasa ke semasa dan akhirnya rumah sdra Fauzi Shoib menjadi tempat pertama disinggahi. Sdra Yahya dari Bukit Mertajam tambah memeriahkan keadaan.

Selepas melepaskan "rindu dendam", kami sekeluarga dijamu dengan makan tengahari di restoren berdepan dengan Tesco Kulim. Tomyam Restu Ehsan, begitulah namanya. Sekali lagi sdra Yahya cepat-cepat ke kaunter bayaran walaupun katanya nak ke tandas!!! Rupanya, dia memang nak berebut buat pahala!!! Kalau ikut pengalaman saya, kos jamuan hari itu sekitar RM200.00....Jazakalllah buat sahabat berdua tu dengan keluarganya...

Read more...

DBP: Penyambung minat menulis....

Syukur Alhamdulillah.....itulah ucapan yang dapat saya sebutkan bila tersiar dua artikel dalam Dewan Siswa secara berturut-turut. Artikel pertama dalam Dewan Siswa April, dan yang keduanya dalam Dewan Siswa Bulan Mei. Dengan paparan yang mengambil ruang sebanyak dua muka surat bagi setiap artikel, sangat mengujakan saya; apatah lagi sudah lama tidak berkarya.

Dengan tersiarnya artikel-artikel tersebut, ia akan menjadikan minat menulis ini kembali bersinar sebagai kerjaya sampingan selain memberi inspirasi kepada penulis-penulis khasnya rakan-rakan guru yang sering berhadapan dengan berbagai peristiwa.


Read more...

Operate lagi....

Tarikh 18 April 2011, saya masuk Hospital Fatimah (hospital swasta/pakar) untuk tujuan pembedahan bagi implant "gajet" baru. Ini sebagai ikhtiar untuk membolehkan saya berjalan semula. Mengikut testimoni yang lepas, pesakit boleh berjalan semula selepas beberapa waktu.


Pembedahan sebenar dilaksanakan pada 20 April 2011 jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan diketuai oleh pakar orthopedik Dato Dr Siva. Selepas diletak dibawah pengawasan di wad selama lima hari, saya dibenar pulang ke rumah. Isteri dan anak-anaklah yang menjadi jururawat serta penolong saya dalam berbagai hal.

Yang pasti kadar gula dalam darah agak tinggi dan perlu diberi perhatian. Nampaknya durian, rambutan dan banyak benda manis mesti dikurangkan....selebihnya, pembedahan ini memberikan cuti sakit yang panjang.

Kos bagi pembedahan ini menjangkau RM 30,000.00.

Semoga Allah swt memakbulkan permintaanku untuk boleh berjalan semula...Aminnnn

Read more...

Loren. di cameron Highland

>> Tuesday, March 8, 2011

Sejak menjadi weekend father and weekend husband ni, laluan Koyan-Betau-Ringlet-Brinchang-Simpang Pulai-Ipoh telah menjadi laluan utama berulang alik antara Ipoh-Kuala Lipis. Pasrah dengan proses pertukaran yang memakan masa yang panjang ini, itulah laluan pilihan yang agak dekat dan sering aku lalui. Jaraknya antara Ipoh dan Kuala Lipis adalah sekitar 210km dengan mengambil masa kira-kira 4 jam setengah.

Isnin 7 Mac 2011 selesai menjalankan tugas di SJKT Kuala Terla, aku meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis, balik ke IPG. Singgah bertanya di mana Sungai Ruill, aku menumpangkan gadis Orang Asli; Noni namanya. Dia nak ke Tanah Rata, orangnya cantik dan moden. Daripadanya aku mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang perkampungan Orang Asli di Tanah Rata. Dia sendiri bekerja di bahagian Room Service Hotel Titiwangsa. Dia juga bersedia untuk dihubungi jika aku ingin mendapat info lebih lanjut berkenaan dengan masyarakatnya.

Selepas menurunkannya di Tanah Rata, Loren dari USA pula menjadi "co pilot". Dengan mengangkat ibu jari, dia menahan keretaku. Santai juga berkereta bila ada teman. Rupanya si cowboy ini datang dari North Corolina dengan tujuan mengkaji ladang-ladang sayuran organik. Dia jadi presiden NGO yang berjuang untuk mempromosikan ladang-ladang organik. Daripada maklumat yang dia khabarkan, terdapat 3000 ladang sayur dan bunga di Daerah Cameron Highland ini. Tetapi hanya ada lima sahaja yang bersifat organik!!! Sewaktu saya menemuinya, dia bercadang untuk meninjau ladang organik di Ringlet.

Apa yang menarik daripada perkenalan singkat itu ialah hasil tinjauannya di kebun/ladang-ladang yang dilawati, dia akan menuliskan laporan tersebut dan menjadikan bahan untuknya menyampaikan syarahan/ kuliah di universiti-universiti di USA. Dalam erti kata yang lain, kembaranya yang mengambil masa dua tahun, akan membolehkannya mencatat berbagai maklumat dari seluruh pelusuk dunia dan dikongsi secara bersama.

Inilah antara natijah yang saya perolehi daripada "nice to meet you". Teringat rehlah yang dibuat oleh Ibnu Battutah yang telah menjelajah hampir seluruh pelusuk alam dan menulis kitabnya yang masyhur " Mukaddimah" sebanyak 13 jilid. Kitab yang berjilid-jilid itu hanya bertajuk Mukaddimah sahaja sedangkan isinya menjadi rujukan berbagai disiplin pengajian masakini dan akan datang. Adakah Ibnu Batutah mengimpikan perkara demikian?? Allah swt yang lebih mengetahuinya.!!!

Demikian tradisi yang harus kita kembalikan dalam pembangunan pendidikan. Sebenarnya, banyak maklumat yang kita perolehi tetapi sikap kita sering menjadikan ianya berlalu begitu sahaja. Berbagai alasan diberikan untuk "menghalalkan" alasan kenapa tidak mahu menulis berbagai pengalaman hidup. Alasan yang selalu saya temui adalah....MALAS!!!!!

Janganlah aku termasuk dalam bilangan yang malas!!!!!

Read more...

nauzubillah...lidah bercabang.....

>> Thursday, March 3, 2011

Demo tak payah gaduh-gaduh la,
minggu depan tak pa,
bulan depan pun tak pa,
kawe bukan nak tergesa-gesa pun.

Gitulah si mangkok ni berdaleh. Disuruhnya kawan saya tak payah tergesa-gesa mencari wang walaupun dia dah berjanji nak jual mobilnya yang satu itu pada kawan saya. Kawan saya yang masih bujang sangat teruja bila si mangkuk tadi menawarkan keretanya untuk dijual. Kawan saya yang berdarah muda dan belum kahwin pun berurusan dengan pihak bank dan dikhabarkan wang pinjamannnya akan lulus dalam masa terdekat.

Alih-alih, dalam dok suruh kawan saya tu tak perlu gaduh-gaduh cari wang, dia dah dapat pembeli lain yang menawarkannya lebih tinggi harga jualannya. RM1000.00 je lebihnya. Maka dikhabarkan pada kawan saya bahawa si folan tu beriya-iya nak beli keretanya walaupun dia sendiri dah berjanji nak jual kereta itu kepada kawan saya. Maka ditakdirkan Allah swt, dia pun menjual kereta tersebut tanpa menghiraukan usaha kawan saya mencari dana.

Alangkah kecewanya rakan saya bila si mangkuk telah tergoda dengan wang seribu berbanding dengan janji yang pernah dilafazkan!!!Kereta tersebut telah dijual walaupun janji diikat dengan kawan saya. Sedih saya mendengar khabar begitu!!!! Dalam pada itu, masih lagi si mangkok tadi menipu. Yang dimaksud si folan tu bukanlah kawan atau saudara maranya, tapi used car dealer rupanya!!

Tergamak kita mengabaikan janji dengan rakan sepejabat semata-mata hanya RM1000.00 sedangkan kita dah masuk usia senja. masih gelap mata dengan wang seribu. Sedangkan dia selalu menggambarkan dirinya seorang yang baik dan mudah berkira. Alangkah sedihnya, perbuatan begitu tidak melambangkan sifat kemanusiaan yang sepatutnya menjadi tunjang seorang pendidik. Buat malu company jer si mangkuk nih!!!!!

Read more...

ke demo tak suka kawan jadi KJ.....

Ayat macam ni dah acapkali saya dengar dari para sahabat. Gitulah bunyi ayat pelemah yang sering dia gunakan bila menghadapi sedikit cabaran. Nak kata junior sangat dnegan rencah kehidupan pensyarah ni tak juga.

Nak kata baru dalam dunia pendidikan tentulah tidaknya. Dah umur 54 tahun, servis pun dah cecah 30 tahun, takkan masih dok main ayat kelas bawah lagi!! Bukan pulak ada ayat kelas atas, tapi kalau kena kritik sikit, lantas bawa keluar ayat macam tu, nampak sangatlah kedangkalannya menjadi pengurus manusia. Kalu dah awak rasa tak perform, letak jer lah jawatan tu. Ramai lagi orang lain boleh jadi KJ, tak payah dok nak buat persepsi yang bukan-bukan bila kena tegur dalam audit. Lagi pun, jadi KJ bukan ada elaun tambahan pun. Tu pun awak nak taste the water ke? Alahai.......malulah sikit kat junior awak.

Bukan ramai pun dalam jabatannnya, tapi skillnya mengurusnya tak pernah ubah. Bila bercakap depan orang besar semuanya beres dan kemas. Terkesima orang dibuatnya. Tapi bila ditegur kesilapan yang berlaku dalam jabatannya, itulah ayat yang keluar dari mulutnya. Sikap betul sokmo dan tak nak dengar pendapat orang, akhirnya merosakkan diri sendiri. Kalu ada yang mengangkat muka sikit, disuruh tukar ke tempat lain. Ruang untuk bertoleransi atas perbezaan pendapat terlalu sempit baginya.!!!

Lebih parah, sikap dan tabiatnya pun dah nak jadi Little Napoleon jugak!!!

Apa kata kalau dalam audit akan datang, kita minta dia pilih sendiri auditor yang datang audit jabatannya. Dan jika nak lebih kemah dan bereh, kita sendiri jadi auditor untuk jabatan kita. Dapatan dari proses audit itu nanti, kita sendiri yang pilih untuk di "highlight" kan!!!

Kan bereh dan kemah gitu namanya!!!

Read more...

Sampai hati demo.....ke demo...

Nak kata ugut, tak juga,

nak kata merajuk mungkin ya,
nak kata menganggu tugas lagilah ya nya.
nak kata tidak profesional itulah yang setepat-tepatnya.

Apa taknya?
Ada ke patut, auditor yang mengaudit jabatannya dituduh merancang untuk memburukkan jabatannaya, dikatakan untuk "mengenakannnya sebagai KJ", dituduh seolah-olah tak bersetuju dengan kedudukannya di jabatan itu. Alahai, inilah KJ yang disebut-sebut tahu menjalankan tugas oleh orang-orang tertentu. Dia dipuji kononnya pandai menguruskan jabatan, efisyen,berkaliber dan berwawasan. Gitulah hebatnya, si KJ ini dipuji dikantin dan cafe institut.

Hakikatnya bila, jabatannya yang mengedalikan hal ehwal pelejar diaudit, segala macam ketidak sempurnaan berlaku di segenap ceruk. Waktu dia bukan bergelar KJ, banyaklah komennya tentang KJ yang lalu. Itu tak kena, ini tak betul dan macam-macam yang tak bereh!! Tapi bila dia jadi KJ, segala apa yang dikritik dulu semuanya tunggang langgang.

Lepas di selongkar kelemahan dan ketidakberesannya, maka keluarlah ayat-ayat di atas.
Nak ngena kawanlah!!!,
nak nyaya (aniaya) kawanlah,
kawan dah senja pun nak kena jugaklah,
dan macam-macam lagi ayat "membodohkan" diri dikeluarkan!!.

Hakikatnya, audit dalaman untuk pensijilan ISO bukanlah perkara baru. Setiap tahun IPG diaudit sebanyak dua kali oleh pasukan audit. Walaupun para auditor adalah rakan sejawat, tetapi mereka memiliki sijil mengaudit . Bukan auditor cap ayam!! lagipun kalu kena teguran atas sebab-sebab tertentu, anggaplah ia sebagai penambahbaikan yang berterusan atau continual improvement bukan killing personality!!!

Itulah, bila bercakap lupa nasihat orang-orang tua, bila melihat bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi!!! Tapi itulah nama manusia yang sering mudah lupa.....

Read more...

KJ cap ayam....

>> Wednesday, March 2, 2011

Kalau bercakap waktu mesyuarat yang melibatkan Dato Pengarah, si KJ (Ketua Jabatan) ni cukup terkenal dengan bahasa yang melankoliknya. Terpegun juga kalau tak biasa mendengarnya. Gaya bahasanya macam cerita Melayu klasik kat TV 1. Ramai orang akan puji, dia pandai menyusun kata, pandai bermain dengan kata-kata, berintonasi, lembut gigi dari lidah gitu!!!

Si Kj ni juga akan menyudahkan ucapannya dengan menyebut beberapa kali perkataan beres (baca bereh) dan kemas (baca kemah). Dia akan kata bagitahu bahawa laporan yang diperlukan oleh Dato Pengarah kemas dan beres. Pokoknya tiada yang yang tidak kemas dan tiada yang tidak beres. Begitulah watak dan perwatakannya sewaktu di hadapan khalayak khasnya bila Dato Pengarah mempengerusikan mesyuarat atau sesuatu taklimat.

Rupanya, itulah pelakon terbaik IPG kami. Nak mujurnya dia bukan KJ jabatan saya berada. Segala apa yang dikatakan kemas dan bereh semuanya rebeh dan bertaburan bila melalui proses audit. Apa nak kata, bereh dan kemas yang menjadi mainan di bibirnya dulu hanyalah dailog dalam skrip untuk melayakkannya bergelar anugerah pelakon KJ terbaik dihadapan Dato Pengarah!!!

kah,kah,kah...itulah KJ cap ayam namanya!!!! dan yang lebih parah Dato pun panggil dia dengan hanya menyebut bereh-bereh dan kemah-kemah!!!!!

Mahukah kita berwatak begitu sewaktu usia dan umur kita menjangkau usia senja??

Read more...

Little Napoleon....!!!

Sejak dua menjak ni bumi Afzan ni dah terasa bahang kepanasan. Di sana sini, orang bercakap tentang tindak tanduk si kaduk yang bertangan dewa. Semua perkara dia nak tunjuk lagak dan kuasa. hatta pergerakan pensyarah pun dia nak menyibuk!!!!

Nak kata tak tahu spesifikasi bidang tugas, tak munasabah, dah termaktub bidang tugas awak!! Pergerakan pensyarah bukan di bawah bidang tugas (baca bidang "kuasa") awak!!. Itu tanggungjawab dan bidang kuasa Ketua Jabatan atau Ketua Unit. Awak hanya penyelia yang "sikit atas" untuk staf sokongan.

Staf akademik bukan tanggungjawab awak! Tak payahlah nak menyibuk tanya penyarah tu pergi mana? Pensyarah itu datang bertugas ke tidak? Pensyarah itu masuk kelas ke tak?

Kaduk, oh kaduk!!!!

Dengan lagak Little Napoleon, dialah segalanya! Punca kuasa ditangannya, orang lain hanya perlu akur sahaja terhadap arahannya. Adakalanya, dia berselindung di bawah nama orang besar tetapi bangkai gajah takkan nak tutup dengan daun pisang kot!!!

Patutkah watak sebegitu wujud dalam sebuah institusi pendidikan??? Mari kita fikirkan bersama....

Read more...

Reunion SDK SPM 80...

>> Tuesday, March 1, 2011

Sikit-sikit reunion, sikit-sikit reunion.
Itulah yang sering bermain dalam kepala otak saya sejak akhir-akhir ini. Perasaan ingin bertemu semula dengan kawan-kawan sekolah yang membesar bersama-sama waktu zaman remaja dulu sering membuak-buak di dada.

Pelbagai peristiwa telah dilalui tika umur menjangkau setengah abad. Seibu satu macam cerita nak dikhabarkan, Suka, duka, pahit, manis, seronok, berjaya, gagal dan semuanya nak diluahkan sesama sendiri.

Mungkin dah ada yang bergelar atuk dan opah. Dah ada menantu, dah bercucu dan dah berbesan. Maklumlah, bagi rakan-rakan perempuan tentulah telah lama bertemu jodoh dan dah tentu memiliki cahaya mata lebih awal.

Dan tak lupa, dah ramai juga yang telah pergi menemui Ilahi. Yang barah otak, ada yang angin pasang, ada yang kanser payu dara dan macam-macam lagi punca kematiannnya. Dan melihat suasana beginilah, keindahan berkawan dan bersahabat lebih 30 tahun yang lalu menjadi motivasi untuk segera bertemu semula. Sekali lagi, aku terpaksa memikul /menggalas usaha untuk mengadakan reunion tersebut. Semoga niat untuk menyambung silaturahim ini semula akan dirahmati Allah swt.

Read more...

Mohon mencadangkan.......

>> Monday, February 28, 2011

Petang khamis lepas, terambil Surah Yassin yang menjadi tanda kepergian arwah Haji Bahruddin Abdullah pada 16 Feb 2009, tahun yang lalu. Seperti yang saya tulis tentang arwah ni dalam "perginya seorang mentor", saya terasa terpanggil untuk menelefon Dato Mazlan yang kini menjadi Pengarah JPN Pahang.


Dengan panggilan telefon yang terganggu dengan sedikit gangguan bising, Dato bagitau yang dia berada di Ladang Muadzam Shah/Ladang Tabung Haji gitu.

Nape , Hairi?
Gini Dato, saya mohon mencadangkan agar Dato mencadangkan sebutir bintang kebesaran buat arwah yang banyak berjasa sewaktu hayatnya. Sekadar ingatan saya, arwah adalah SUG Setiusaha Gerko /Ko Kurikulum) yang disegani sewaktu berkhidmat di maktab. Malahan jadi Pengerusi SUG seluruh maktab di Malaysia, banyak berkorban wwang, masa, buah fikiran , wang ringgit dan mesra dengan semua orang.

Gitulah, ingatan saya yang tak kunjung padam terhadap arwah..kalau ada orang menyebut, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, arwah termasuk dalam senarai tersebut!!!! Al Fatehah....

Read more...

Si Kaduk lagi.....

Saya tak sangka!!,

hasil usaha saya dah jadi hak dia!!!
Pada hal, saya dah letak tanda "hak milik" milik saya pada benda tu,
aleh-aleh, dia letak nama dia!!!!
Geram dan Nyampah sungguh dengan orang rupa itu!!!

Itulah "part of parcel" cerita si kaduk ni...

Si pengadu menyampaikan cerita ni dah lama. Ia berkaitan dengan adat-istiadat konvo. Si Pengadu menceritakan yang dialah orang yang berhempas pulas menyusun dan mengedit hal-hal yang berkaitan dengan protokol majlis konvo, dan dia telah meletakkan syarat agar namanya mesti@tidak boleh dipadam@ditiadakan jika perutusan tersebut digunakan!!! Tapi itulah hakikatnya, si kaduk dah ubah segalanya.....itu barang ana yang punyalah!!!! Ceh, busuknya hati si kaduk nihhhh....

Read more...

DBP; kembali menjadi penulis....

Alhamdulillah.....itulah lafaz mulia yang selalu bermain dibibirku sejak akhir-akhir ini. Apa taknya, bukan senang untuk mendapat rentak bagi menulis dan menulis. Alasan yang berbagai sering menjadi hambatan bila kita mula nak menulis. Sibuk la, tak de idea la, tak da orang nak baca laa..dan macam-macam lagi anggapan yang adakalanya mematikan minat untuk menulis.

Namun, begitulah nikmat yang Allah berikan..Minat yang sudah terbinasejak sekian tahun yang lalu, kini muncul kembali bila Dewan Bahasa dan Pustaka mula memberi perhatian terhadap artikel-artikel yang aku hantar ke editornya.

Bertali arus aku menghantar artikel-artikel yang InsyaAllah, telah terbit dan akan terbit dalam berbagai penerbitan agensi kerajaan tersebut. Walaupun artikel yang aku tulis tidak seberapa nilainya, namun ia menjadi penguat semangat untuk terus berkarya. Kepada para anak didikku, setiap kali "air tangan" ku tersiar dalam majalah, pasti mereka akan kegembiraan...

Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka....

Read more...

Dengarlah rintihan kami...

>> Wednesday, February 23, 2011

Orang JPN datang tahu marah-marah,
orang PPD datang tahu marah-marah,
bukan nak tunjuk cara meningkatkan pretasi tapi asal datang kondem itu, kondem ini, semua tak betul, semua tak kena...lantaklah, apa korang nak kata, yang kami tahu, kami dah buat segalanya. Kami tak duduk diam, kami tak tidur walaupun jauh dari pemerhatian JPN, pantauan PPD, kami pun tahu, kami pun tahu hukum halal haram makan gaji buta.

Tapi pernahkah orang JPN, orang PPD, orang kementerian, kaji dan ambil tahu kesukaran mengajar di kalangan masyarakat Orang Asli.

Tahukah mereka sifat dan sikap serta hati budi masyarakat orang Asli. Adakah mereka membuat pertimbangan dan perkiraan yang sama antara masyarakat luar dengan masyarakat pedalaman.??

Pernahkah mereka dihadapkan dengan bau badan anak-anak murid Orang Asli yang adakalanya hampir nak termuntah? Adakah mereka dah biasa dengan bau hancing dan tahi yang dibuang merata-rata?

Atau pernahkah mereka terpaksa meredah hutan rimba mencari murid-murid yang tercicir sepanjang bulan-bulan tertentu?
Banyak lagi yang nak kami rintihkan. Sesungguhnya, walaupun diunderate oleh pihak-pihak tertentu, jiwa kami tetap tabah memperjuangkan taraf pendidikan yang lebih baik kepada masyarakat pedalaman.

Kami pun mahu jadi guru cemerlang dan sekolah terbilang dan bukan menjadi kumpulan terbuang!!!!!!

Read more...

kalu tak suka , berenti@berhenti.....

Kaduk oh kaduk!!!!

Hebat benar power awak? Boleh suruh orang berhenti!!! Letak jawatan dan angkat kaki dari IPG ini.

Fulamak, kaduk makin lupa diri!!!

Petang semalam, beberaparakan melafazkan tahniah dan syabas atas sedikit kemampuan aku mengangkat muka bagi menghadapi sikap angkuh si Kaduk. Rupanya, suasana "api dalam sekam" atau "time bomb" ni dah lama menunggu untuk meletup jer lagi. Jadi bila si Kaduk datang "menjual", tak rugilah aku "membeli"..bak kata jangan jolok sarang tebuan.

Tadi pun, ramai dok datang bersalam tahniah tapi aku selamba jer sebab bukan niat aku pun nak jadi hero tapi dah takdir begitu gamaknya.

Hebat demo, gedebe demo, kelas demo, tu sebahagian yang disebut pada aku sewaktu bertemu rakan di sekitar kampus. Kita lawan dan dedahkan sikap dan perilaku dia bukan niat untuk hancurkan hidup dia tapi inilah proses pembetulan atau correctional process. Salah silap adat manusia. Awak bukan malaikat, bukan wali dan bukan karamah pun.

Petang tadipun, aku diminta mengadap seseorang. Tegas aku katakan tindakan yangakua ambil akan menuju jalan penamat sama ada salah seorang rebah atau berubah. Kesimpulannya, kata orang yang jauh lebih banyak makan garamlah...orang penakut mati dua kali, orang berani mati sekali jer!!!!!

Kan gitu kata orang bergelar pahlawan!!!!! tak caya, cubalahhh......

Read more...

Buku bertemu........

>> Tuesday, February 22, 2011

Jam sekitar 9.30 pagi,

Tempat : Jabatan Ilmu Pendidikan
Tarikh : satu hari dalam seminggu bulan dua tahun 2011
Isu : Borang kepakaran!!!!

Awak ni tak reti basa!
Awak ni kurang ajar !

Begitulah kata seseorang yang kononnya "hebat berbahasa" dan kononnya berkuasa!!!

Mari kita tengok, sejauhmanakah dia hebat berbahasa dan terlebih ajar!!! dan mungkin kita akan tahu siapayang gila kuasa juga!!!

Nak tahu?? Tengoklah sepekan dua lagi, sambil tu, bolehlah cari-cari cerita panas nihhh!!!

Read more...

kaduk naik junjung.....

Sekadar buat renungan dan peringatan yang sudi mengambil kisah ini sebagai teladan... Kisah ini bukanlah ditulis untuk memalukan sesiapa cuma mungkin perbezaan cara berfikir menjadikan kisah ini sebagai batas sempadan. Jangan ikut resmi kaduk naik junjung!!!!

Sekali berlaku peristiwa yang pada pandangan saya adalah suatu perbuatan kurang manis. baik dari segi adab atau pun adat.. tapi itulah jadinya bila kaduk naik junjung... Ginilah ceritanya...pada pagi hari tersebut, hebat dan gah majlis meraikan kepergian Dato Mazlan ke JPN Pahang yang diperkenankan menjadi Pengarah baru. Maka berderai-derai ucapan si folan dan si folan. Dato Mazlan pula membalas ucapan dan mendoakan agar IPG ini terus gemilang di masa hadapan.

Ironinya, pada waktu petang, sebuah kereta yang buatan Korea telah memparkirkan dirinya di bawah porch yang biasanya menempatkan kereta Dato Pengarah. Nampaknya, tuan punya kereta buatan Korea tu dah mula dok rasa bahawa petang ni dialah "orang besarnya" tapi malangnya pada jam sekitar 3.00 petang, Dato Mazlan yang masih cintakan IPG ini datang semula dan menuju parkirnya di bawah porch yang biasanya tiada siapa yang berani memparkir di situ kecuali Timbalan Pengarah@ En Roselan Ahmad.Itupun jika Dato bertugas di luar atau Timbalan menjalankan tugas Pengarah.

Alangkah sedihnya, dalam suasana hujan renyai-renyai, Dato Mazlan terpaksa memparkirkan kenderaan Kia Optima di belakang kereta Si kaduk tadi...sedih!!!Kereta Dato di luar porch tapi kereta si kaduk di bawah porch...kebetulan Timbalan Pengarah balik kampung petang tu...Kesian Dato!!!! Berlari-lari mengelak hujan!!! Begitukah kita berakhlak??? Ramai pensyarah tak berani buat begitu (ambil parking Pengarah) bukan kerana takut tetapi kami hormat pada Dato atau sesiapa yang menjadi Pengarah tapi si kaduk tadi dah lupa diri gamaknya!!!!!!

Kami bukan takut tapi itulah akhlak yang dititipkan kepada kami pensyarah !!!! Kami sanggup meletak kereta di bawah panas mentari tapi kami tak rela Dato Pengarah tersentuh hati walaupun Dato tak menyebutkannya kerana Dato orang yang berjiwa besar..carilah tempat yang sewajarnya, bak kata orang Pahang....kadar kediri lah weh !!!!

Ada banyak lagi cerita si kaduk ini dalam entri akan datang.....apapun, fikir-fikirkanlah......

Read more...

Bila mati anak Adam......

>> Tuesday, February 8, 2011

Demikianlah celoteh saya pada pagi Sabtu 5hb Febuari 2011 selepas solat subuh di surau kg kami yang lalu. Dengan memetik mafhum hadis yang mengatakan bila mati anak Adam, terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara:
i. anak yang solej
2. amal jariah dan,
3. ilmu yang memberi manafaat..

Dengan menjadikan hadis tersebut, celoteh saya mengajak sidang jemaah subuh pagi itu untuk melonjakkan usaha menggalakkan budaya ilmu di kalangan semua orang. Jangan tunggu ijazah bergulung utk kita menabur bakti. Nabi sendiri pun menyatakan ....sampaikanlah dari aku (Nabi Muhammad) walaupun sepotong ayat... sayangnya ramai yang bukan satu ayat, malah beribu ayat dia tahu tapi meminta "wang pengeras" jika ingin mendapat pengertian sepotong dua ayat !!!!!!Persoalan menjadikan kerja buat sebagai satu ibadah makin menipis dalam budaya jerja hari ini. Ada fulus, lulus menjadi teras kerjaya masakini ibarat kanser yang akhirnya nanti meruntuh tamadun manusia itu sendiri.

Celoteh saya pada pagi itu juga lebih kepada menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama kepada pelaksanaan kem Matematik UPSR selama 3 gari 2 malam yang bermula sejak 3 hb febuari dan berakhir pada jam 11.30 pagi 5 hb febuari. Seramai 50 orang murid mendapat faedah daripada program tersebut.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaNya itu..Aminnnnnnnn......

Read more...

Program Transformasi.....Kem Matematik UPSR di kg

Alhamdulillah dan syukur serta terima kasih kepada isteri tercinta dan kepada cikgu Sarina Yusuf yang menjadikan program Kem Matematik UPSR , 3,4,5 Feb 2011, di Kg Simpang 4, Batu Kurau menjadi sebuah kenyataan. Pada awalnya berdebar juga sebab para student yang diajak utuk datang tidak dapat memberikan komitmen pada peringkat akhir. maklumlah, program mengejut dan mereka ada program sendiri.

Namum syukur Alhamdulillah, isteri tercinta cikgu Hasnora Ismail dan cikgu Sarina telah memberikan komitmen seratus dua puluh persen. Ternyata program yang melibatkan murid-murid sekitar kg kelahiran saya ini yang terdiri daripada murid tahun 3,4,5,dan 6 sangat teruja dengan program tersebut.

Sewaktu slot pertama dilaksanakan, terdapat 25 orang, meningkat menjadi 34 orang dan akhirnya mencapai 50 orang. Target awal sekitar 30 orang sahaja. Yang lebih mengujakan, murid-murid yang hadir ini bukan sahaja dari kg simpang 4 saja tapi ada yang pulang dari Ipoh, Johor, Selangor serta kg-kg lain juga mengambil kesempatan memperbaiki keupayaan mereka dalam subjek Matematik tersebut.

Lebih menyeronokkan, terdapat ibu bapa sendiri datang menghantar anak-anak walaupun mereka bukan tinggal di kg ini. Tahniah atas kerjasama semua pihak. Program lima slot, pagi, petang dan malam tersebut akan terus menjadi pemangkin kepada subjek-subjek lain dan mungkin duluan kepada aktiviti=aktiviti lain yang juga tersenarai dalam prgram transformasi.
Kepada murid yang berjaya dalam penilaian di akhir program, saya ucapkan tahniah dan pembakar semangat kepada yang lain. Gambar-gambar mengenai program akan di upload ke facebook tak lama lagi...

Alhamdulillah juga kerana ekoran daripada itu, ramai anak-anak muda kg ini berjanji untuk memberi sokongan kepada program-program berikutnya....Alhamdulilahhhhh ......syukur atas nikmat yang Allah berikan sepanjang program ini berjalan...

Read more...

Cabaran perjuanagan bermula...

Petang 5 feb 2011, yang lepas, sedikit cabaran mula menunjukkan belang. sedikit mencabar kesungguhan diri yang kerdil ini yang ingin memberikan sesuatu buat desa tercinta. Dengan tegas, diri ini mempertahankan misi dan visi yang sudah aku lafazkan sejak 5 disember 2010 yang lalu...program transformasi kg simpang empat tidak akan undur ke belakang lagi.

Cubaan untuk menikam dari belakang aku patahkan dengan hujjah-hujjah yang akhirnya menelanjanginya yang hanya bergerak atas gerak nadi yang tidak menjadikan Suunah perjuangan para Nabi dan Rasul dalam membina ummah gemilang sebagai pedoman. Pada hal, dengan hidayah yang Allah swt berikan, sebahagian misi sudah mendapat pertolongan Allah swt.

Dengan tegas aku mengatakan bahawa Rasullullah saw menjadikan pendidikan atau tarbiah sebagai asas perjuangan dan bukannya ekonomi. Pembangunan ekonomi hanya menjadi pelengkap kepada ketamadunan manusia. Lebih malang, hujjah yang dikeluarkannya bukan berdasarkan pemerhatian atau pembacaan yang mendalam tetapi lebih bersifat "empty tank speak louder"!!!

Bangkangannya mengenai jangan disentuh soal Ketua Kg, naik taraf balaisah dan tanah Bukit Wang ternyata berdasarkan kebekuan otak dan kebutaan hati serta mata walaupun terbuka /celik luas...

lalu sebagai jalan keluar, aku mencadangkan dia agar membaca "masterpiece" novel IMAM oleh Sasterawan Negara Dato Abdullah Hussin...

Semoga Allah swt memberi hidayah padanya.......

Read more...
Blog Widget by LinkWithin