kalu tak suka , berenti@berhenti.....

>> Wednesday, February 23, 2011

Kaduk oh kaduk!!!!

Hebat benar power awak? Boleh suruh orang berhenti!!! Letak jawatan dan angkat kaki dari IPG ini.

Fulamak, kaduk makin lupa diri!!!

Petang semalam, beberaparakan melafazkan tahniah dan syabas atas sedikit kemampuan aku mengangkat muka bagi menghadapi sikap angkuh si Kaduk. Rupanya, suasana "api dalam sekam" atau "time bomb" ni dah lama menunggu untuk meletup jer lagi. Jadi bila si Kaduk datang "menjual", tak rugilah aku "membeli"..bak kata jangan jolok sarang tebuan.

Tadi pun, ramai dok datang bersalam tahniah tapi aku selamba jer sebab bukan niat aku pun nak jadi hero tapi dah takdir begitu gamaknya.

Hebat demo, gedebe demo, kelas demo, tu sebahagian yang disebut pada aku sewaktu bertemu rakan di sekitar kampus. Kita lawan dan dedahkan sikap dan perilaku dia bukan niat untuk hancurkan hidup dia tapi inilah proses pembetulan atau correctional process. Salah silap adat manusia. Awak bukan malaikat, bukan wali dan bukan karamah pun.

Petang tadipun, aku diminta mengadap seseorang. Tegas aku katakan tindakan yangakua ambil akan menuju jalan penamat sama ada salah seorang rebah atau berubah. Kesimpulannya, kata orang yang jauh lebih banyak makan garamlah...orang penakut mati dua kali, orang berani mati sekali jer!!!!!

Kan gitu kata orang bergelar pahlawan!!!!! tak caya, cubalahhh......

3 comments:

Anonymous February 24, 2011 at 2:35 PM  

Tahniah....depa tu tak tau n tak kenai lagi anak Simpang 4 BK.... kita membesar ngan tempoyak dan ikan kedera.....well done! Moga kaduk tu sedar dan turun dari junjungan....

Suhaimi al-Bahanjiey April 16, 2011 at 11:27 AM  

sapa pulak yg jd kaduk ni...berat bunyinya tuh..

Blog Widget by LinkWithin