Anggapan kita sudah sempurna......(2)

>> Thursday, December 23, 2010

Pemerhatian Malik Bennabi terhadap kelesuan ummat Islam juga terarah kepada suatu isu lagi. Pemahaman bahawa "Islam itu sempurna", "kita orang Islam", "Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi melainkan Islam", sering disalah tafsirkan!!

Nampaknya budaya berfikir sebahagian besar ummat Islam masih terbawa dengan fenomena itu. Mereka beranggapan bahawa Islam sudah sempurna dan kesempurnaan itu tidak perlu diperbaiki lagi. Tiada perlu difikirkan aspek penambahbaikan kerana kita sudah sempurna. Anggapan kita orang Islam tambah mengukuhkan hujjah mereka bahawa tidak perlu risau lagi untuk memikirkan tentang kemajuan dan kehebatan orang Islam kerana kedua-dua potong ayat tadi sudah menggambarkan kehebatan Islam dan penganutnya!!!

Dalam istilah sekarang ia disebut sebagai zon selesa (comfort zone). Keselesaan itu menjadikan mereka tidak merasa perlu untuk berbuat sesuatu supaya Islam terus tegak di bumi Allah ini. Mungkin juga anggapan kesempurnaan Islam itu boleh ditamsilkan dengan hujjah rapuh pejuang nasionalis. Keberadaan kita di bumi ini sejak ratusan tahun yang lalu tidak perlu dirisaukan lagi kerana kita sering berlindung di bawah premis "bahawa ini tanahair kita", "warisan berkurun lamanya", keturunan kita telah menduduki bumi ini sejak dahulukala lagi!!. Itulah hujjah-hujjah pejuang nasionalis tanpa memikirkan bahawa dunia sedang berubah.

Malik Bennabi menyarankan agar kita mentafsirkan semula erti "Islam itu sempurna ". Apakah yang dimaksudkan dengan sempurna? Adakah sempurna hidup ummat Islam hari ini? Sejauhmanakah sempurna ummat Islam hari ini? Apakah kesempurnaan ummat Islam yang boleh dibanggakan di mata dunia?

Dalam konteks yang lebih mikro, adakah ummat Islam di negara ini yang kebetulan majoritinya orang Melayu sudaj cukup sempurna? Adakah ummat Islam Malaysia memiliki kuasa ekonomi yang sempurna? Kuasa politik yang semurna? Taraf sosial yang sempurna? Taraf pendidikan yang sempurna? Sistem perumahan yang sempurna? Pemilikan ekuiti dan saham sudah sempurna? Sistem kehakiman dan mahkamah kita sudah sempurna? Pelaksanaan arahan mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Keluarga Islam sudah sempurna?

Itu antara persoalan yang seharusnya membangkit perasaan bahawa perjuangan menegakkan Islam itu masih belum sempurna. Ini kerana bedasarka stastik pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sendiri bilangan penduduk miskin masih ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera, gejala sosial masih diungguli oleh orang Melayu Islam, penagih dadah pun "orang kita", si Tanggang Moden ( buang ibu bapa) pun orang kita dan banyak lagi kes orang kita sentiasa di hadapan dalam hal yang mendukacitakan.

Maka timbul persoalan di sini benarkah Islam itu sempurna? Justeu Malik Bennabi menegaskan bahawa Allah swt telah sekian lama membenarkan Islam itu sempurna. Cuma yang berlaku adalah ummat Islam itu yang belum sempurna. Dan lebih malang, hampir semua aspek keseluruhan kesempurnan itu diambil oleh penganut agama lain. Jepun dengan budaya kerja yang produktif, Eropah dengan budaya R & Dnya, China dengan kuasa ekonominya, India dengan kuasa nuklearnya, Amerika dengan kuasa polis dunianya dan begitu jugaKorea dengan kuasa permotoran Hyundainya. Thailand yang berada berhampiran dengan kita pun hebat dengan teknologi pertanian. Maka , di mana kesempurnaan negara ummat Islam?

Arab Saudi yang kaya dengan minyak tidak mampu menjadikannya senjata melawan Israel yang sekangkang kera. Minyak yang menjadi penggerak kepada ekonomi dan politik dunia hanya menjadi barang mainan untuk kuasa Barat memperkotak-katikkan ummat Islam. Isu Palesin hanya enjadi bahan "hangat-hangat tahi ayam" Persidanagan Negara-negara Islam (OIC), Negara Arab akan menggunakan isu Palestin hanya untu kepentingan politik jangka pendek dan hanya menjadi isu kembali selepas terperuk sekian lama dalam jubah gamis para pemimpin Arab Islam. Suara garang pemimpin-pemimpin Arab hanya terkedu jika penjaga Rumah Putih berdehem!!!!

Bukankah zalim namanya bila Mesir menutup segala pintu untuk ummat Palestin menyelamat nyawa dan harta benda daripada kekekjaman rejim Zionis? Ditegah masuk ke bumi ambiya walaupun dari bangsa Arab yang sama!! Apakah Arab Palestin tidak sama dengan Arab Mesir? Sedih dan pilu mengenang saudara seagama dizalimi oleh negara yang juga dikuasai oleh saudara seagama tetapi bersikap talam dua muka, gunting dalam lipatan dan sanggup menjadi singa sarkas kepada tuan politiknya di Washington, London, Paris dan Geneva!!!

Jadi apa diharap kuasa minyak untuk dapat menyelamatkan ummat Islam Palestin jika begitu situasinya. Lebih malang , harga minyak pun ditentukan oleh USA dan Britain walaupun ia disedut daripada bumi ummat Islam. Sempurnakah ummat Islam kalau begitu keadaannya.

Hanya kepada negara Iran dengan pimpinan Ahmad Bennejad di harap dapat mengangkat maruah ummat Islam. Maruah ummat Islam tidak mampu dijaga oleh penjaga "dua tanah haram" lagi kerana wang minyak hanya mampu membesarkan ego dan budaya hedonisme penguasa timah hitam itu sahaja . Roh ukhuwah keislaman itu seperti semakin kabur di bawa arus individualistik!!

Fikir-fikirlah.....

2 comments:

Anonymous December 27, 2010 at 6:20 PM  

Harap dapat difikirkan ayat 2 perenggan dua.Daripada pengetahuan hamba yang daif ini, sememangnya ISLAM ITU SEMPURNA DAN TIADA KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN KERANA YANG MENCIPTAKANNYA DAN YANG MENYEMPURNAKANNYA IALAH ALLAH RABBUL JALIL MAHA SEMPURNA. Sebalik kita perlu menyempurnakan diri dan kehidupan berlandaskan wajah dan acuan kesempurnaan Islam yang dianjurkan ALLAH SWT. Itulah pandangan hamba...

Anonymous December 29, 2010 at 4:57 AM  

Terima kasih atas komen. Sebenarnya itulah maksud yang disebutkan oleh Malik Bennabi dan saya pun menyetujuinya. Sememangnya agama Islam itu sudah sempurna TETAPI ummatnya yang tidak sempurna . Namun terdapat ummat Islam yang mengganggap bila Islam itu sempurna, dan "kami orang Islam", maka sudah sempurnalah semuanya!!!Anggapan begitulah yg dimaksudkan oleh Malik Bennabi dalam membicarakan kelesuan ummat Islam..

Blog Widget by LinkWithin