Kenapa jadi begini.......

>> Sunday, November 29, 2009


Sukar sekali untuk saya memulakan entri baru untuk blog saya pada kali ini. Suadah sepekan yang lalu saya memikirkannya. Apakah wajar saya menitipkannya di ruangan blog ini yang tentunya mengundang pelbagai tafsiran jika ada khalayak yang membacanya. Namun jauh di sudut hati, niat saya bukan untuk menunding sia anu dan si anu, tetapi lebih kepada mencari hikmah akan setiap kejadian yang Allah jadikan. Semudahnya disebut buat renungan bersama.

Bila mengimbau kembaliotragedi sepekan dua yang lalu, kemalangan jalan raya yang akhirnya meragut nyawa Sdra Faisal Mohd Nordin, pustakawan IPGMKTAA merangkap menantu kepada Haji JOhar yang juga Timbalan Pengarah IPGMKTAA, saya merasa sesuatu yang mengusik ketenangan jiwa. Bukan saja mengusik hati kecil ini, malah mencabar minda dan kekuatan semangat kesetiakawanan saya sendiri.

Biarlah catatan ini saya emngimbas kembali sedikit rasa hati Hj Johar pada pagi 17 November 2009 yang lalu. Satu persoalan bermain di fikirannya sepanjang malam sejak tiba dari Hospital Raub mengiringi jenazah menantunya, bersama- sama di majlis pengkebumian di Kg Matahari Naik, Teluk Kumbar Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sepanjang malam dia bermuhasabah dan cuba mencari jawapan kepada persoalan kenapa tidak ramai rakan pensyarah dan staf yang sudi mengiringi jenazah menantunya hingga ke Pulau Pinang?????

Persoalannya amat mudah tetapi membawa pengertian yang amat besar pada saya dan pada beliau sendiri. Itulah persoalan yang beliau utarakan pada saya pada pagi tersebut dengan raut wajah yang sedikit terkilan. Kenapa dan mengapa? Mengapa jenazah menantunya hanya diziarahi di Hospital sahaja sedangkan jenazah orang lain hingga ke kubur? Lalu disebut jenazah si anu di Kuantan, jenazah si anu di Seremban dan sebagainya.....

Bagi merungkai persoalan itu, dengan jiwa yang kerdil, saya cuba mencari jalan penawarnya.
" Tn Hj, sebenarnya inilah rupa atau bentuk persahabatan kita pada hari ini. Saya mengerti perasaan tuan hj, tetapi berdasarkan pengalaman saya 7 bulan bercuti sakit di hospital dan di rumah, saya semacam di beri petunjuk bahawa saat beginilah nilai persahabatan kita boleh ditemui. Sejauh manakah akrabnya persahabatan kita, sejauhmanakah dasar persahabatan kita, seerat manakah ukhuwah kita dan sejauhmanakah kasih sayang antara kita dan sejauhmanakah milai pengorbanan dalam menjunjung tali silaturahim antara kita." Itulah persoalan yang saya sebutkan kembali kepada Hj Johar bagi merungkai resah hatinya.

Hj Johar saya kenali sewaktu melapor diri sebagai pensyarah di MPTAA pada tahun 2005. Dia adalah Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. Sewaktu berkenalan dengannya, saya seperti sudah kenal lama dan sedikit sebanyak dapat mengenali personalitinya. Saya tidak mengambil waktu yang lama untuk rapat dengan beliau. Adakalanya kami bersarapan bersama dan bergurau hingga terlupa dia adalah bos saya. Kutuk mengutuk dan usik mengusik sering mewarnai perhubungan kami.

Justeru pada hari kemalangan yang menimpa menantunya, saya tidak hanya menghulurkan bantuan dan sokongan moral malah berusaha seadanya bagi memudahkan urusan jenazah. Sedikit tugas yang agak berat adalah untuk memaklumkan pada Kak Long (anak Hj Johar/isteri Faizal) yang tiba dari Kuala Lumpur tetapi masih belum diberitahu keadaan sebenar suami yang sudah meninggal dunia. Saya memegang amanah Hj Johar yang waktu itu sedang meninggalkan Besut menuju Hospital Raub. Jadi terpaksalah, saya memikirkan perkataan-perkataan yang sesuai untuk menyatakan hakikat sebenar kepada Kak Long bahawa suaminya sudah "tiada" sejak pukul 6.00 pagi tadi. Sedangkan sekarang dah pukul 12 tengahari. Itulah sedikit cabarannya, kerana mereka berdua (Kak Long dan Faizal) baru berkahwin 16 bulan yang lalu!!!Rasa-rasanya, inai di jari pun masih berbaki.

Kepada Hj Johar, saya nyatakan, bahawa nilai persahabatan kita (maksudnya di kalanagan warga Afzan) kekurangan 'ruhnya'. Saya menitipkan kembali kata-kata Hj Mahyan (IPGM Keningau) bahawa ramai kawan-kawan sibuk membesarkan rumah, kereta dan sebagainya dan melupakan aspek-aspek ukhuwah. Persahabatan dan perhubungan kita dengan orang lain banyak berdasarkan kebendaan dan kepentingan-kepentingan tertentu. Nilai agama dalam persahabatan terlalu longgar. Hari-hari dok fikir macamana nak besarkan rumah, nak besarkan kereta, nak besarkan claim dan nak adjust untuk keluar out station dan macam-macam hal yang sering menjadikan untung rugi duniawi mengatasi segala-galanya. Saya nyatakan pada Hj Johar, walaupun Tn Hj adalah Timbalan Pengarah, namun hati kecil saya lebih melihat tn Hj sebagai orang yang lebih tua dan kawan sewaktu mula-mula menjadi warga Afzan. Walaupun dia bos saya, tetapi kemesraan yang terjalin sekian lama jauh melewati pangkat dan kedudukannya. Tapi bukan bererti saya tidak menghormatinya sebagai Timbalan Pengarah, namun jauh di sudut hati, dia juga manusia yang tak leka daripada salah dan silap.

Banyak lagi renungan diri yang boleh ditampilkan, namun biarlah kita memikirkan kembali kemanakah halatuju kehidupan kita. Adakah hidup ini akan lebih tenang bila segala keperluan duniawi telah dipenuhi? Apakah nawaitu kita bila bersahabat dengan orang alian ? apakah kita berhablun minnan nas berdasar darjah keinsanan atau sekadar pemanis bicara

2 comments:

Melayu Glokal December 1, 2009 at 12:53 PM  

mungkin msg2 sibuk dgn tugas masing2, namun benarlah encik, nilai persahabatan yang utuh itu t'ltak pda sjauhmana kta dtemani meski dlm apa jua keadaanpun kta..

Anonymous December 30, 2009 at 10:14 PM  

awal yang baik

Blog Widget by LinkWithin