Air mata ini mengalir lagi.......

>> Tuesday, November 24, 2009

Bukan niat hatiku untuk mengalirkan air mata di hadapan kalian, namun ia muncul jua walau cuba ditahan seribu rasa. Bukan juga niatku untuk berkongsi kesedihan yang pernah ku alami semusim yang lalu. Jauh sekali untuk mengungkit kisah lalu yang sudah jauh meninggalkan kita. Namun, ia datang jua bila bertemu dan bertamu di majlis kalian. Jauh di sudut hati, nawaituku cuma satu, hidup ini penuh ujian.

Ternyata jua dalam menghadapi ujian ini, jangan sekali-kali kita bergantung para makhlukNya tetapi bergantunglah kepada Yang Maha Penciptanya. Di sana jua akan kau temui kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Selaku hambaNYA, redhalah sambil berikhtiar dan bertawakkal dalam menghadapi ketentuan ini.

Air mata ini bukan dicurahkan untuk meraih simpati kalian, tidak sekali-kali. Tidak jua untuk menunjuk kewalian diri sedang diri penuh noda. Namun hati ini jua selalu berpesan bahawa benarlah kata orang-orang tua, kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis seorang diri. Aku mengerti, kalian jua mengerti cuma dalam dunia tersendiri.

Kiranya, kalian mengerti akan air mata itu, kuntuman terima kasih jua mendahului diri......

Sekian adanya.....

3 comments:

kellycasper84 November 30, 2009 at 11:19 PM  

kami sentiasa berada disisi EN walau susah dan senang, jasa EN selama kami berada di IPGM ini akan sentiasa berada dalam ingatan kami..EN umpama "BAPA" yang sentiasa menjaga kebajikan anak-anaknya yang sedang berkelana jauh dari keluarga.. Perpisahan yang akan terjadi tak mungkin akan menghapuskan ingatan dan jasa EN kepada kami selama ini, hanya Tuhan yang dapat membalasnya dan Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan hidup EN selagi nyawa masih bersama,kami tidak akan sekali2 melupakan kenangan terindah kita yang bagaikan satu keluarga... salam dari TINI / K.C /UMI/INA/UYIN/IZAN/MAS.makluman:-(tini nangis msa K.C tulis komen ni)

Melayu Glokal December 1, 2009 at 12:58 PM  

bukan maksud setia membenar kata, tapi itulah hakikatnya encik, yg derita sering dilupakan sedang yg gembira dirai bersama..na'uzubillah..
nahbuka fillah..

Anonymous December 2, 2009 at 6:44 PM  

Salam. Saya faham dengan apa yang hairi alami. Mungkin bagi kita, dugaan untuk kita adalah yg paling hebat tapi bila kita melihat keperitan insan lain maka kita tetap bersyukur dgn apa yg kita ada. Hairi, mungkin dugaan utk kita berbeda tp kesakitan dan penderitaannya tetap sama. Saya telah menempuh penderitaan ini hampir 20 tahun...bayangkan tahun pertama saya bergelar isteri, saya telah diuji dengan kesakitan yg amat hebat sehinggakan saya terpaksa menjalani pembedahan mengganti kedua-dua tulang paha pada thn 2004. Namun sya tetap bersyukur kepada Allah kerana Dia telah menarik nikmat kesihatan namun dia tetap memberikan sesuatu yg lebih berharga kpd saya...iaitu seorang suami yg setia dan penyayang.Hebat dugaan yg saya tempuhi namun ada hikmahnya....itulah saya...sahabatmu...ROSLINA

Blog Widget by LinkWithin