Makan sayur, kulit cantik......

>> Sunday, November 8, 2009

Gitulah bunyi kata Iffah Nabilah bila makan mee kungfu masakan ibunya. Saya pun dah tak ingat sejak bila dia pandai menyebut ayat-ayat tersebut. Sebutannya jelas tanpa pelat-pelat walaupun dia dah berumur lebih dua tahun. Mungkin itu yang diajar oleh para pengasuh di rumah jagaan kanak-kanak yang terletak di taman kami. Syukur, Iffah dapat menyebutnya dan lebih menarik dia sering memakan sayur sewaktu makan.

Memakan sayur dalam hidangan harian bukanlah satu perkara yang mudah. Bukan saja kanak-kanak, orang tua macam kita pun malas nak makan sayur. Ada saja alasan untuk tidak mengambil sayur sebagai sumber khasiat dalam kehidupan. Malahan untuk mengambil ulam-ulaman sebagai pengganti sayur pun kita berbelah bahagi.

Memang akhir-akhir ini, isteri saya suka masak mee kungfu, mee bandung, mee sup dan sebagainaya. Selain bertukar selera , rasa masakannya juga setanding dengan masakan panas di kedai-kedai makan di sekitar Jerantut ni. Lebih istemewa bila dimasak sendiri, bukan sahaja kepingan daging ayamnya banyak, udangnya pun banyak, sotong banyak, sayur-sayuran pun banyak. Ada sawi, ada bunga kobis , lobak merah dan semuanya diratah tanpa bersisa. Cuma yang tinggal hanyalah kulit udang!!! Jadi bila makan, Iffah, anak keenam saya, akan selalu berkata , makan sayur, kulit cantik sambil memandang abah dan mamanya...he he he. Lepas tu, abahnya akan tanya, Iffah ni anak sapa? Dia akan jawab, Iffah anak..........Agaknya, dia akan jawab apa?? Lu fikirlah sendiri....

Jadi, jangan lupa makan sayur ya untuk dapat kulit cantik. Kalau tak buat, nanti Iffah akan marah tau!!!

Jumpa lagi...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin