Raya Haji yang sepi....

>> Friday, November 27, 2009

Betullah kata orang, raya haji ni untuk orang yang berhaji saja. Apa taknya, sehingga setengah hari dok rumah tak sapa pun mai jalan-jalan. Baik budak mahupun orang tua. Jadi raya haji kali ni tambah sepi bila kedua mertua sedang berada di Mekkah kerana menunaikan rukun Islam yang kelima. Keadaan lebih sepi bila adik-adik ipar duai ramai yang balik ke rumah mertua masing-masing. Cuma kami beraya dengan adik-adik ipar yang masih bujang je lah.

Sedikit kemeriahannya bila terima sms daripada kawan-kawan. Antaranya berbunyi;

Indahnya langit, keran awan,
Indahnya laut kerana kebiruan,
indahnya aidilfitri kerana kemaafan,
Indahnya aidiladha kerana pengorbanan....

Tapi tahun saya tidak terlibat dengan ibadah korban, InsyaAllah, tahun depanlah..

Satu lagi sms,

KAMBING mula gelisah,
LEMBU mula gelabah,
UNTA serba salah,
TOK IMAM sibuk mengasah,
ORG KG datang menadah,
esok raya korban dah....

Yang power sikit, sms ni;

Qurban satu kisah yang didukung 4 watak;
Ibrahim AS dengan keikhlasannya,
Ismail AS dengan kepatuhannya,
Hajar dengan tawakkalnya,
dan Iblis dengan hasutannya

Setiap kejayaan, perlukan pengorbanan....
Semoga semangat berkorban meresap ke dalam jiwa.

Sekian adanya....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin