Cepat tengok bulan....

>> Sunday, November 1, 2009

Catatan ini bermula bila saya menerima sms malam tadi yang berbunyi" G luar rmh tgk kebsran allah pd bulan" kira-kira jam 10.30 malam tadi. Lantas saya mencapai tongkat "sakti" serta mengerah anak isteri bekejar keluar rumah. Subhanallah, sungguh cantik keadaan fizikal bulan walaupun tidak hampir penuh. Keindahan bulan malam tadi lebih terserlah bila ia dikelilingi awan yang membentuk gelang besar yang sempurna sekali bulatannya.

Kerana teruja dengan keajaiban itu, saya menghubungi saudara mara di Perak, Johor dan Terengganu. Dan pasti tak lupa jiran-jiran, kawan-kawan dan beberapa student di IPTAA. Seketika kemudian, saudara di Terengganu, memaklumkan mereka dapat melihat kejadian tersebut. Lebih menariknya, dia kata" cerahnya bulan" hingga ke Jambatan Sungai Marang!!!!Saudara mara di Perak juga memaklumkan hal yang sama.

Malangnya, student di asrama IPTAA tidak dapat melihat keajaiban tersebut kerana katanya," tadi baru pas ujan....xnampak bulan pn..Rugi...Encik tangkap gmbr la encik. Gitu juga saudara di Johor, " kami di muar,hujan lebat,x nmpk bulan... "

Saya menghabiskan masa hampir setengah jam memerhati fenomena alam tersebut. Sementalah cuaca di Jerantut sangat baik pada malam tadi. Tanpa hujan dan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Benarlah firman Allah swt;

"Dia yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam, menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar mengikut waktu yang ditentukan .Yang berbuat demikian itulah Allah Tuhanmu.MilikNya segala kerajaan.Dan orang-orang yang kamu seru(sembah) selain Allah tidak mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari."
Surah Fathir;35:13

Sekitar jam 11.00 malam lebih, saya menerima beberapa sms yang berbunyi;"bulan penuhkan..cantik", "ko, nmpk apa?,"tegak atas kepala sedangkan sblm ni x penah mcm tu.Lagipun mlm ni 13 hb zulkaedah nape bln tu penuh?,ya, wallahua'alam...

Malam nanti saya nak tengok lagi apakah kejadian malam tadi akan berulang lagi...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin