Reunion IBKL 87/89
>> Sunday, November 15, 2009
Kali ini saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan mengenai cadangan saya dan beberapa rakan bekas pelatih Institut Bahasa Kuala Lumpur, dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Bahasa(MPB/LI) dan bertukar nama pula kepada IPBMM( Institut Bahasa Melayu Malaysia) dan terkini Institut Pendidkan Guru Malaysia Kampus Kuala Lumpur untuk mengadakan program berkumpul semula atau 'Reunion'.
Sebenarnya, bagi saya sendiri IBKL 87/89 mempunyai sejarah tersendiri. Menjadi guru pelatih setelah bertahun-tahun mengidamkan dunia perguruan. Sebelumnya, saya telah bertugas sebagai guru tusyen, guru akademik di beberapa sekolah swasta dan akhirnya guru sandaran di sekolah rendah di Pulau Pinang. Di IBKL lah saya berkampung hampir tiga tahun menyiapkan Sijil Asas Perguruan(KPA) dengan pengkhususan Pengajian Sekolah Rendah/Pengajian Melayu (PSR-PM). Lebih menyeronokkan , disinilah dunia remaja saya berakhir bila bertemu jodoh dengan isteri tercinta; Hasnora Ismail dari unit dan pengajian yang sama cuma tutor je yang berlainan. Jodoh kami terus berkekalan hingga kini dengan disulami kasih sayang enam orang cahaya mata. Baru enam bro....
Cadangan mengadakan 'reunion' ni rupanya bukan hanya diimpikan oleh saya seorang. Bila saya cadangkan, ramai rakan-rakan memberi respon yang sangat positif. Mansor Deraman di SK Bukit Goh bagai nak rak sukanya, Azman di Seremban dah tak sabor nak bawa 'treler' dia, Azmi dan Sarimah di Batu Hampar, Tampin tu apatah lagilah..den pun ada 'ummph' juga. Den nak bawak 'tentero' den, biar diorang tau sapa den ni, itu kata Azmi dalam sms pada saya. Ujang kat SMK Bentong pula dah booking nak jadi pengacara; DJ gitu. Dah tak sabar nak beraksi uuu!!!
InsyaAllah, dengan sedikit kepercayaan rakan-rakan, maklumlah, saya pernah jadi Naib Yang DiPertua PGP dulu, akan mengusahakan majlis ini di 'alma matar" sendiri; iaitu di kampus IBKL juga. Kami ingin jadikan IBKL (kiniIPGMKKL) sebagai tempat pertemuan semula selepas hampir 20 tahun meninggalkan 'ibu kandung'. Dengan sedikit pengalaman bergelar pensyarah, saya akan gunakan kesempatan ini untuk mengumpul kembali seramai mungkin rakan-rakan lama yang sudah berpisah sejak Disember 1989. Tentu masing-masing teruja untuk mendengar cerita hampir dua dekad yang berlalu. Yang pasti nak tengok 'treler' sapa yang paling panjang kot..he he dan treler sapa yang paling pendek. Dan mungkin sapa yang dah buka 'cawangan', maklumlah dah 20 tahun tak jumpa weh... saya dah dapat membayangkan betapa meriahnya majlis tu nanti. Kami hanya nak kumpul geng 87/89 tanpa kira PSR atau PSM.
Bagi merealisasikan program, tersebut, saya telah mencadangkan tarikh cuti sekolah pada bulan Mac tahun 2010. Ini sebagai persiapan untuk meuar-uarkan kepada rakan-rakan yang entah di mana duduknya setelah lama berpisah. Masing-masing hanya masih simpan satu dua orang nombor handphone. Cuma dengan mengambil masa yang agak panjang ini akan memberi kesempatan untuk kami berhubung dari semasa ke semasa.
Saya sendiri merindui suasana kemeriahan sewaktu bergelar guru pelatih di kampus yang terletak di atas bukit. Tinggal selama empat semester di asrama' condong', makan di kantin, makan ikan' jaket' di asrama dan macam-macam lagi. Waktu gerko @ gerso tak payah ceritalah yee!!!
Semoga impian bertemu rakan-rakan lama dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah.
Jumpa lagi.....
0 comments:
Post a Comment