Kenangan Indah bersama KDC Kemas
>> Monday, November 23, 2009
Aku bukanlah insan yang cocok untuk menulis memoir ini. Cuma mungkin sekadar secebis kisah sepanjang bergelar pensyarah di kampus indah yang terletak di Hulu Pahang ni. Secara rasminya, aku diminta menjaga dan menguruskan sakit demam guru-guru Kemas seramai 76 orang yang datang 'mengaji' di kampus ini. Semuanya perempuan walaupun jarak umur yang berbeza-beza. Taklah seperti student full time yang hampir sebaya. Tak kisahlah itu semua, asalkan mereka nak ngaji, tu kira baguslah kan!!.
Bila diarah untuk jaga sakit pening dia orang tu, ada lah satu dua perkara yang menjadi kenangan indah. Yang pahit dulu pun dah jadi manis kini dan indah belaka. Entahlah, sama ada diorang suka ke tidak dengan stail aku, tak pastilah kan, sebab tak daya den nak tanya sorang-sorang!! Cuma setakat kemampuan, aku selalu juga highlight hal diaorang dalam meeting JK Induk KDC khasnya tentang kebajikan mereka di asrama, harga makanan di kantin, dan perkara-perkara yang boleh dikira budi bicaralah katakan.
Khidmat aku sebagai tukang jaga diorang tu berakhir secara rasmilah juga bila aku terlibat dengan kemalangan 8 bulan yang lalu. Bertali arus juga sms dan kunjung mengunjung bila diberi rehat selama 7 bulan yang lalu...kalian memang sentiasa dalam kenangan, apatah lagi bulan November/Disember 2009, mungkin menjadi pertemuan terakhir kita di kampus indah ini. Doa aku, agar segala ilmu yang diperolehi sepanjang dok ngaji di hulu ni akan menjadikan kalian lebih baik dan cemerlang di TBK masing-masing. Dan tentu lebih bangga, jika suatu masa nanti, sorang dua bergelar PPS Parlimen masing-masing pulak kan-kan!!!
Jauhari jualah mengenal manikan...
0 comments:
Post a Comment