Sesi 2009 semakin berakhir.....(2)
>> Sunday, November 15, 2009
Walaupun sesi 2009 dah mula berakhir kerana hanya tinggal seminggu lagi kampus IPGMKTAA akan dipenuhi pula oleh peserta Kursus Dalam Cuti. Bagi guru pelatih sepenuh masa, sudah terbayang cuti panjang yang akan menyatukan kembali mereka dengan keluarga dan kampung halaman. Mungkin tiada lagi lagi maggi atau nasi bungkus untuk beberapa minggu mendatang kerana masakan ibu di desa sudah sedia dalam ingatan. Bertuah buat mereka yang masih memiliki ibubapa serta kampung halaman. Sampaikan salan saya buat kedua ibubapa kalian. Yang dah bersuami, laksanakan tugas anda sewajarnya.
Waktu orang dah mula berkemas untuk pulang selepas dua semester dengan subjek major, minor dan elektif, saya baru nak beraksi semula dengan kadar yang sangat lambat. Tujuh bulan bercuti sejak ditimpa musibah memberi kesempatan untuk membuat refleksi diri tentang kebesaran Tuhan dan kemampuan diri menerima ujian ini. Alhamdulillah, saya bersyukur, musibah ini masih mampu dilalui berkat doa rakan-rakan serta sokongan ahli keluarga tersayang.
Suatu ketika sewaktu berada di jabatan, seorang makcik "cleaner" atau lebih tepat Aci Kamala datang bertemu saya. Dengan gaya bahasa dan loghat Tamilnya, dia berkata, betul ka cikgu mau tukar? Saya banyak sedih juga..katanya sayu. Terasa di hati, aci ni pun sayang juga kat aku..Kalau boleh, agaknya dia tak mau saya tukar ke tempat lain. Bukan apa. aci ni, saya selalu ucap selamat kat dia, tanya khabar, dah makan ke dan macam-macam lagi waktu saya sihat. Setiap kali bertemu dia, atau terlihat dia melakukan tugas rasminya, saya akan menghadiahkan senyum hormat dan mesra buatnya. Kekadang terkeluar juga perkataan sorry Aci, sebab lepas dia moop lantai kita pijak pula!!! Ada kotor jugak, itu pasal mulut sebut sorry jugak!!
Cuma hanya pada minggu-minggu akhir sahaja saya muncul kembali, itupun setelah semua silibus dan kerja kursus telah selamat disempurnakan rakan-rakan. Kehadiran saya tidak lebih daripada sekadar bertemu rakan-rakan, para guru pelatih tersayang dan berkongsi gossiip terkini!!! Gitulah yop, tak dapat mengajar pun ada juga sesi-sesi bual bicara yang menyeronokkan antara saya dengan kalian semua. Paling tidak pun dapatlah sedikit sebanyak bahan untuk update blog ambo niihhh!!. he he
Istemewa juga buat saya bila dalam tempoh berehat selamat tujuh bulan lebih tu, saya dihadiahkan sebuah blog untuk saya meluahkan isi hati dan perasaan serta" peghasan" syok sendiri!!. Terima kasih buat "orang tu" yang menjadi rahsia kami.
Dahlah tu, jumpa lagi....
2 comments:
En Hairi dah lupakan kami warga Kemas ke?
@ En Hairi dah xnak ingat kat kami yang banyak buat masalah pada EN slama ni,, sedih kami...apa2 pun saya harapkan EN sentiasa sihat dan berada dalam LindunganNya.. Maafkan segala salah dan silap selama EN menjaga kami di IPGMKTAA.Kemas unit 1 2006-2009.
aci tue baek! =D
Post a Comment