Semester 2009 semakin berakhir
>> Sunday, November 15, 2009
Sewaktu tulisan dinukilkan, hanya tinggal kira-kira seminggu lagi semester pengajian tahun 2009 akan berakhir. Sudah dua minggu, guru-guru pelatih dari semua ubit samada KPLI, PISMP dan PPISMP sedang bergelut dengan peperiksaan akhir. Khabarnya hanya tinggal satu dua paper je lagi yang belum selesai. Ada paper major, dan mungkin juga paper minor. Apapun , say tetap doakan agar kalian semua lulus dengan cemerlang. Begitulah hari-hari yang berlalu meninggalkan kita. Terasa cepatnya ia pergi tanpa dapat ditahan lagi.
Bagi pelatih KPLI, mereka kini sedang bergelut dengan KISSM dan selepas tu ke BTN dan kemudiannya akan menerima surat tawaran. Bila dah dapat surat tawaran tu, bermakna, bermulalah profesion perguruan dalam hidup anda. Jangan lagi ditoleh ke belakang sebaliknya mara terus ke hadapan menjunjung amanah Allah dan negara. Bravo!!!.
Begitu juga buat anak sulung IPGMKTAA bagi proram koloborasi dengan OUM. PISMK yang mengandungi 20 guru pelatih perempuan dengan pengkhususan PJPK. Kalian akan menjadi kayu ukur kehebatan "maktab" melahirkan guru pertama bergelar siswazah!!. Kalian jualah akan menjadi cerminan kepada kesungguhan pensyarah maktab melahirkan guru siswazah setanding dengan universiti. Para pengurus sekolah nanti akan membuat perbandingan antara kalian dengan guru kelulusan KDPM dan mungkin KPLI sendiri. Siapa lebih "ummphh"nya. Semuanya dilahirkan oleh maktab samada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Jika anak sulung dilabelkan baik oleh para guru besar, maka kuranglah stress kepada para pensyarah dan tentulah' adik-adik' di belakang akan menarik nafas lega.
Nasihat awal saya buat mereka yang akan mula menyahut panggilan masyarakat, agar mengelakkan beberapa sikap yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kita. Jauhkan sikap memilih kerja sewaktu di sekolah. Jangan dok pilih kerja senang sahaja dan sering menolak kerja susah. Dampingi guru senior dengan niat untuk mengambil pengalaman daripadanya dan elakkan sikap suka tunjuk pandai. Sedia bekerjasama dan sanggup dihantar ke kawasan pedalaman. Makin jauh ke pedalaman, makin besar tugas anda dan makin banyaklah pahala anda InsyaAllah. Pokoknya, jauh perjalanan, luas pandangan dong...
Jumpa lagi.....
1 comments:
pngalaman brharga nie..
sy nk jd guru yg baek =)
doakn sy ya encik..
Post a Comment