Mata berpandangan , budi kedapatan.....

>> Monday, October 12, 2009

Catatan ini saya rakamkan sebagai tanda terima kasih dan terharu yang tidak terhingga buat Dato Pengarah, Timbalan Pengarah, rakan-rakan pensyarah, JK Kelab Staf, JPP serta seluruh warga IPTAA dan student yang meraikan kehadiran saya buat kali kedua selepas kunjungan pertama saya sebelum Ramadan yang lalu.

Catatan saat ini saya imbau kembali terhadap kesyahduan pagi Jumaat 9 Okt 2009 yang
lalu. Dengan ihsan Sdra Ismail Hussin dan Sdra Roziky, awal pagi saya bertolak ke IPTAA dengan mereka berdua siap berbaju Melayu kerana petang nanti Afzan akan meraikan warganya dengan sambutan Mega Raya. Saya hanya berbaju ole-ole "Padang" yang ada ler sikit-sikit serinya, tapi jauh kurang serinya berbanding sahabat saya berdua tu..

Setibanya di Afzan, saya turun dan berjalan turun ke tingkat di JIP berada. Kali ini Sdra Ismail mem'parkir' Hiluxnya di puncak bukit Afzan berdekatan terminal bas. Jadi sepanjang jalan menuju ke JIP, ramai guru pelatih menyapa dan bertanya khabar...dan seperti biasa saya sempat bergurau bagi menghangatkan suasana pagi..

Tiba di JIP setelah diiringi Sdra Reduan (Duan TP), tak ramai rakan-rakan di JIP kerana ramai terlibat dengan tugasan luar; sdra Fauzi ke Cameron ambil bungan untk konvo, Sdra Fazli, Pn Roslita dan Yop Rozeman terlibat KPKI di Maran, Pn Liew dan Miss Tan gi Praktikum, gitulah sibuknya rakan-rakan. Yang ada cuma Pn Sabiah(sibuk marking paper OUM), sdra Mazda, sdra. Mazlan, sdar Hatim dan Cik Rosini (orang kuat Kelab Staf) serta Timbalan KJ; Sdra Che Lah. Dalam ramai-ramai tu kira Sdra Mazda paling hensem (mcm YB Batu Talam jer...)

Selepas berehat seketika, sdra Roziky mengajak untuk bersarapan pagi. Tanpa berlengah, saya terus mengajak sdra Mazlan untuk turut serta. Dalam terhegeh-hegeh, turun tangga tu, berjumpa pula dengan rakan-rakan yang lain. Setibanya di perkarangan kantin, kami memilih untuk bersarapan di anjung bersama staf sokongan di situ. Namun sewaktu melintas pintu kantin Azmi, saya terapandang Dato Pengarah serta Timbalan dan beberapa orang pensyarah juga sedang besarapan di bahagian dalam kantin. Jadi saya beritahun bos JIP, saya ingin bersalam dengan Dato Pengarah. Setelah menyapa sepatah dua dengan Ani Hayati, Awin dan Faezah, kami bertiga terus ke dalam kantin.

Selepas memberi salam, dalam keadaan masih bertopang dua, saya terus memyalami tangan Dato Pengarah dan menciumnya. Tanpa disangka-sangka, saya menangis tersesak-esak sambil mendakap tubuh Dato Pengarah. Perasaan syahdu bercambur hiba dah tak dapat saya tahan lagi bila bertentang mata dengan Dato Pengarah..entah aura apa yang berlaku pada saat tu, air mata saya begitu murah mengalir.

Sesungguhnya perasaan rindu terhadap Dato Pengarah berpunca daripada sikap prihatinnya terhadap anak buah serta beberapa ungkapan yang sering saya kutip waktu beliau berucap dalam majlis-majlis di maktab. Sepanjang mengalami musibah ini, Dato sudah dua kali mengunjungi saya, sekali di HUKM dan sekali lagi di rumah saya di Jerantut. Setiap kali kunjungan, beliau menasihatkan saya untuk tidak merasa risau dengan tugas-tugas di IPTAA, lebih tersentuh bila beliau membalas kad ucapan hari raya saya tempohari. Itulah saya mulakan catatan ini dengan kata 'mata berpandangan, budi kedapatan'..kata-kata ini saya kutip pada awal kehadiran beliau ke bumi Afzan hampir setahun yang lalu..selebihnya catatan ini bukan mengampu tetapi lahir dari hati nurani saya setelah banyak kali bertukar "bos"..Pada mereka yang membaca catatan ini, hanya jauhari jua yang mengenal manikam.

Jumpa lagi.........

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin