Ke Mekah jua akhirnya.....

>> Saturday, October 24, 2009

Catatan ini ditulis bagi mengenang pemergian kedua ibubapa mertua saya ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Tanggal 23 Oktober 2009 yang lalu, setelah melapor diri sekitar jam 3.00 pagi di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, kedua tetamu Allah, iaitu bapa mertua Ismail bin Md Dom dan Ibu mertua Seminah bt Kariah selamat berlepas ke Madinahtul Munawwarah tepat jam 7.30 pagi hari yang sama dari KLIA dengan KT 12.

Catatan ini bukan sahaja amat beerti buat mereka berdua tetapi sangat bermakna buat saya serta adik-adik ipar yang seramai lapan orang. Kekesanan ini kerana usaha menghantar kedua mertua ini ke Tanah Suci mengambil masa yang panjang dan penuh cubaan (cobaan).

Sebenarnya saya sendiri sudah lupa tarikh tepat bila hal ini dibicarakan tetapi kira-kira lima hingga enam tahun yang lalu. Dalam satu pertemuan seluruh ahli keluarga, waktu cutilah tu, kami sepuluh adik beradik; saya mengahwini kakak mereka yang sulong, jadi saya ni abang long lah. Antara perkara utama yang dibincangkan pada malam tersebut adalah cadangan saya untuk menghantar kedua ibubapa mertua saya tu ke Mekah. Saya selaku abang long telah mengemukakan cadangan seperti rancangan lima tahun kerajaan tu lah.

Dalam "taklimat" saya kepada adik beradik tu, saya tetapkan jangkamasa lima tahun untuk mengumpul RM 20,000 bagi menampung kos ke Mekah. Dalam erti kata yang yang lain kos bagi seorang jemaah sebanyak RM 10,000. Bagi mengumpul dana sejumlah RM 20,000, itu, saya mengajak adik beradik yang sudah mula bekerja berusaha agar menyuntik ke dalam akaun Tabung Haji kedua-dua ibubapa kami dengan jumlah yang termampu tetapi dengan konsisten. Dalam kiraan saya, pada setiap tahun kami adik beradik mungkin mampu mengumpul RM4000.00 ke dalam akaun ibubapa kami.

Menjadi tanggungjawab setiap adik beradik yang bekerja(lima orang/Along, Jeman, Jemi, Adi, Ateh) pada waktu itu menyuntik wang tanpa perlu diperingatkan. Alhamdulillah, semua setuju termasuk menantu-menantu yang lain. Tahun demi tahun simpanan mereka berdua meningkat dari semasa ke semasa(alan mula menyuntik setelah tamat politeknik) dan apabila tabungan sudah melebihi RM 2000.00 mereka pun mendaftar diri untuk menjadi jemaah haji. Setelah pendaftaran dibuat, ibubapa mertua saya mula berulang-alik ke masjid Felda Jengka 10 yang terletak kira-kira 10km dari Jengka 8, untuk mengikuti kursus haji oleh Ustaz Sharif.

Kini sudah dua hari ibubapa mertua saya menjadi warga Tanah Suci Madinah. Jika diimbas kembali, usaha kami adik beradik, terasa betapa harmoninya hubungan kami adik beradik walaupun adakalanya turut diuji dengan kekuranagn wang ringgit dan komitmen terhadap keluarga masing-masing. Namun, jauh di sudut hati, terdetik juga kata hati, kalau tak diusahakan berdikit-dikit, mungkin makin lambatlah ibubapa mertua saya menunaikan haji. Maklumlah, bilangan yang masih belajar pun ramai, yang kerja pun bukan bergaji besar, rumah pun nak diperbaiki juga dan macam-macam lagilah hambatannya. Sementalahan pula , usia kedua ibubapa mertua semakin meningkat dan tentunya persoalan kesihatan juga perlu diberi perhatian.

Namun, ternyata rasa syukur yang tak terhingga jugalah saya panjatkan pada Allah swt yang mengizin dan memakbulkan doa kami sekeluarga agar kedua ibubapa selamat menunaikan haji dan pulang dengan haji mabrur..Sampaikan salam kami buat Junjungan Baginda Rasullullah saw. Gitulah cara kami merancang, maklumlah, kerja orang makan gaji. Terasa lega yang amat sangat bila kedua ibubapa selamat berlepas ke Tanah Suci..

Sekian dulu, jumpa lagi......

6 comments:

Unknown October 24, 2009 at 10:50 AM  

ske ayt dier
n didoakan agr nenek ngan atowk sehat wk2 wat haji
smoga diorang prgi ngan balek dgan sempurna

Anonymous October 26, 2009 at 8:56 PM  

alhamdulillah....
en. bile lagi nak ke sana??
parents saya dah pegi last year, and die orang pon dah daftarkan diri utk pergi lagi. Rindu katenye utk ke sana lagi..

Unknown October 27, 2009 at 12:52 AM  

InsyaAllah, dah daftar tp kalu ikut tahun yg dibagi oleh TH lambat lagi, jadi bila sihat sepenuhnya , saya nak gi umrah dululah kot...Husna doakan ya.

Admin October 28, 2009 at 5:54 PM  

hmm ble la plak sy dpt g sane..hehe

Hairi Yahya November 1, 2009 at 1:24 AM  

bile dah sampai seruNya, kite gi lah....

blog-tips-kurus January 27, 2014 at 9:11 AM  

salam.
tuan, boleh saye tau:
Ustaz Sharif tu under agensi ape ye?

tqvm :)

Blog Widget by LinkWithin