Betul ke encik nak pindah ke Sabah??

>> Saturday, October 31, 2009

Kenape? tanya saya.
Kami pun nak posting ke Sabah jugalah bila graduate nanti.
Bagus, kata saya.
Itulah perbualan kami bila mereka dah lama tak jumpa saya. Mereka ini pelatih dari Sem 4 unit PAI. Saya terkenang waktu berkuliah dengan mereka ini pada tahun 2008 dulu. Selain berusaha menghabiskan silibus, kisah 'advanture' dan dunia kapal terbang Air Asia saya sering menjadi bahan selingan waktu berkuliah.

Sabah adalah destinasi yang saya galakkan untuk para guru pelatih pergi. Baik untuk melancong mahupun sebagai pilihan untuk ber'posting' nanti. Saya ceritakan keunikan dan keseronokan bila berada di Bumi Bawah Bayu. Selain kepelbagaian etnik dan suku kaum, makanan yang murah dan sedap sering menjadi halua telinga mereka. Ditambah lagi dengan pakej insentif kewangan yang lumayah bah!!!Pasal sumandaknye jangan cakaplah ye!!

Keinginan untuk berkhidmat di Sabah telah berputik sejak kali pertama menjejak kaki di bumi Paduka Mat Salleh ni sejak 2005 lagi. Pengalaman menjadi Pengurus KAGUM Olahraga Kebangsaan 2005 tu sungguh mengujakan. Stadium Likas menjadi saksi kehadiran saya ke bumi penuh nostalgia ini. Kerana keasyikan melihat keindahan Ranau dan Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, airmata pernah meleleh melihat nikmat Tuhan. Dari situlah tercetus, rasa hati untuk menjadi warga Sabah selepas bernaung di bumi Afzan selama lima tahun!! Sementara menunggu tempoh tersebut, tahun 2006, saya bawa keluarga (isteri dan 5 anak) ke Sabah untuk makan angin. Menjelajah Kota Kinabalau, Sandakan, Beluran dan Kota Belud. Tahun 2007, ke Tawau dengan Fauzi dan Ramli menjejaki Dr Johan di IPGM Tawau. Tahun 2008, menganjurkan lawatan pensyarah (lebih 30 orang ) IPTAA ke IPG-IPG Sabah. Menjelajah hingga ke Keningau, Tenom, Kinarut dan Papar. Pendekata, tiap tahun gi Sabah. Hingga ada member tanya, asyik gi Sabah ni ada anak kat sana ke??? hehehe

Tahun 2009, pemergian ke KK pada bulan Mei terpaksa dibatalkan kerana dah terlibat dengan kemalangan. Namun, seramai 20 pelatih dari Unit Mate Sem 2 yang turut merancang bersama saya untuk pergi, selamat mendarat di KK. Dari jauh, saya hanya mampu ber'sms' tentang keseronokan mereka bersukaria di Poring Hotspring, Kaki Gunung Kinabalulah tuu.Peerghhh!! Jealous giler juga dibuatnya weh!! Cuma dia orang ni, bila balik siap dengan CD dan kuih cincin sekali buat saya...

Bila dah terlibat dengan 'eksiden' ni, saya tangguhkan dululah 'plan' nak pindah ke Sabah tu bah!!!!Sesungguhnya saya dahagakan pengalaman baru.....

Jumpa lagi.....

Read more...

Rabbi yassir wala tuassir

Gitulah lebih kurang doa yang disyorkan oleh para ustaz kepada para bakal jemaah haji.Doa ini dibaca bagi memudahkan segala urusan kerana bakal haji terbayang segala kepayahan yang bakal dilalui oleh mereka bila berada di Tanah Suci nanti.

Doa ringkas yang ditulis dalam tulisan rumi ditemui bila saya membaca' Travelog: Haji, Sempadan Iman oleh Mohd Kamil Ibrahim. Buku keluaran PTS publication agak istemewa pada saya. Ditulis oleh seorang professor yang mengaku akan kejahilannya dalam hal-hal keagamaan dan diberi hidayah Allah swt yang sungguh menakjubkan.

Sengaja saya memetik doa ringkas tersebut untuk menjadi hafalan saya sewaktu berada di bumi Afzan kini. Selain ringkas, ia mudah diingat tetapi mempunyai kesan yang besar buat saya. Dengan 'ujian' yang diberi Allah swt, saya perlu berhati-hati semasa berada di sana. Semasa menaiki tangga atau turun tangga, saya sangat berhati-hati (alhamdullillah, sdra Ismail sering escort) takut terjadi perkara yang tak diingini. Pengalaman terjatuh di pekan Damak suatu ketika dulu menjadi fobia kini.

Jadi dengan berbekalkan doa ringkas itu, saya kini sentiasa bergantung harap pada Allah swt. Ada kalanya, bila ada 'nature call' saya terpaksa turun tangga menuju toilet berdekatan dengan Unit Peperiksaan. Saya tak boleh mengharapkan rakan-rakan JIP sepenuhnya untuk bergerak ke situ . Cuma saya akan bagitau rakan-rakan kemana saya pergi. Jadi dengan sedikit kepayahan, bila membaca doa ringkas tu, harapan saya bergantung pada Rahmat dan Rahim Allah swt. Subbhanallah.

Begitulah juga bila menuruni atau menaiki tangga, saya akan melangkah satu persatu dengan berhati-hati. Mata lebih tertumpu ke anak tangga daripada memandang ke hadapan. Meletak kaki dan tongkat pun kena berhati-hati. Tu lah, kekadang ternampak juga pembalut gula-gula di tangga yang dibuang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Nape tak buang kat bekas sampah? kan malu jika dilihat oleh orang luar, IPGM bertabur dengan sampah!!

Jumpa lagi.......

Read more...

PTK B bintang dan B tanpa bintang!!!

Hari Rabu 28 Oktober 09, semua penyarah yang ambil PTK dapat slip keputusan. Ada yang dapat lebih awal melalui SMS 36363. Saya pun dapat juga melalui SMS tapi tak puas hati selagi belum tengok 'black and white'. Tengahari, sdra Mazda turun ke pejabat utama, dan tolong ambilkan slip tersebut.Tahniah!! tulis Timbalan Pengarah pada slip tersebut. Aiik!!pelik juga, bila tengok orang lain pun ada ucapan tahniah juga. Ramai tertanya-tanya, nape yang awak ada B* dan orang lain tulis B jer. Tanda * (bintang) buat orang tertanya-tanya akan maknanya. Yang tiada * tu apa maknanya..Rupa-rupanya, yang B tanpa * tu adalah tanda pengesahan dalam gred jawatan, yang B ada * tu kena ambil PTK lagilah tuu..Alhamdulillah, saya tergolong dalam B tanpa * (ada 7 orang lagi dapat B tanpa *). Tahniah buat rakan-rakan yang dapat B tanpa *.

Khamis, 29 Oktober 09, kali ini bintang-bintang kebesaran istana pula bertaburan di bumi Afzan. Dari sumber "CNN", dikhabarkan ada 11 orang rakan yang bakal dianugerahkan bintang dan pingat dari Tuanku Sultan Pahang. Sekali lagi tahniah buat mereka semua. Khabarnya ada yang dapat PJK. AAP,AMP dan SMP. Selebihnya dapat PPISMP dan PISMP!!!! (lupa kPli, ada P juga)Oklah tu, dapat juga 'P'nya. Jangan Piiiirah dan Pooorah dahlah!!!. Pada mereka yang dapat pingat, semoga mereka lebih bersemangat dalam menjalankan amanah negara.

Jumaat, 29 Oktober 09, sedikit jamuan kesyukuran di JIP.Terima kasih pada Dato Pengarah, Timbalan Pengarah, Hjh Salbiah, Dr Rita, En Nordin, En Roziky dan semua rakan JIP yang hadir pada hari ini kerana sudi meraikan hidangan nasi lemak ayam goreng. Turut hadir En Adenan(bekas SUG/yang akan ber'haji' minggu depan). Koktel dan puding "air tangan" Cik Rosini yang "nyaman" serta buah dokong yang 'ummph' dari Raub (sdra Mazda tolong belikan) dan Nescafe Jantan 'beraroma' yang dibancuh oleh sdra Fauzi Hassan. Semua licin dan selamat dihadamkan. Terima kasih semua.

Jumpa lagi......

Read more...

Blog oh blog!!!

Berada di Jabatan Ilmu Pendidikan sentiasa membawa keceriaan. Pagi, tengahari , petang dan waktu nak balik pun, suasananya cukup ceria dan seronok.Watak-watak yang wujud dengan berbagai pembawaan sering menyebabkan kami sering ketawa bersama. Minggu ni, isu yang jadi bahan sendal menyendal (senda guraulah tuu) adalah perihal blog.

Al maklumlah zaman IT ni, semua orang berusaha mencanggihkan diri dengan dunia moden. Ada orang suka Facebook, Friendster, Twiiter dan ada yang cukup dengan e mail jer. Di kalangan rakan-rakan di JIP tu, adelah sorang dua yang masih belum 'berblog'. Mereka nilah yang sering diusik sebagai 'ketinggalan keretapi'. Mereka juga disyorkan mengalihkan meja mereka ke suatu sudut dengan ditanda dengan "kawasan tanpa blog", Adus!!!bisa-bisa betul bola tanggung rodong-rodong nih. Lebih memeritkan bila ada rakan blog cadang supaya dibuat baju T hanya untuk orang yang ada blog!!Fuuhhh, semangat betul rakan-rakan 'memotivasi' rakan lain supaya segera mempunyai blog..

Sebenarnya, usikan manja rakan-rakan blog banyak tertuju pada Cik Rosini yang cun tu!!. Nak ditakdirkan, dia antara rakan yang masih belum punya blog berbanding rakan-rakan yang lain. Tambah seronok bila syekali-syekala dia membalas usikan kawan-kawan dengan jawapan-jawapan yang 'ummph' juga..Saya ni jadi nasi tambah jer!!!Blogger JIP suka usik dia walaupun ada juga rakan lelaki JIP yang lain yang juga masih belum punya blog. Biasalah, positive dan negatif, baru ada 'ummmph'. Lagipun , Cik Rosini sering berada dalam jabatan, jadi keceriaan dan usik-mengusik menjadikan hari-hari berlalu dengan pantas!!!!

Untungnya, saya dah ada blog. Dan blog saya tu kira oklah juga (perasan), jadi saya tidak termasuk orang yang kena 'bola tanggung'. Hakikatnya, blog tu bukan dibuat sendiri tapi hasil 'work smart' dengan webmaster saya (rahsialah orangnye). Ada juga rakan JIP terkejut dengan blog 'abang' yang cantik tuuhh!!!Buat sendiri ka? Nape? Tak percaye ke?

Jadi, pendekkan cerita, buatlah blog sebelum dunia blog bertukar ke dunia lain.. Best wooo ada blog niiihh...

Read more...

kami ibarat "Dunia Jam 10" encik......

>> Thursday, October 29, 2009

Sehingga tulisan ini digarap, saya sudah lama "kehilangan" dua oarang guru pelatih ini. Mungkin mereka juga tidak sedar yang mereka hanya hilang dari pandangan tapi tidak hilang daripada hati dan ingatan saya. Ternyata, setelah bertanya kepada rakan-rakan yang seangkatan dengannnya, Allah menemukan mereka kembali dengan saya pada suatu petang yang lalu. Biarlah "mereka" yang saya maksudkan, menjadi rahsia buat saya.

Macam sesi kaunseling petang tu, bermula dengan pembukaan, penerokaan dan merumuskan jalan penyelesaian. Dari mereka, saya mula memahami cerita yang menghantui 'campus life'mereka. Selaku pendengar, terlebih dahulu saya nyatakan, bahawa saya sering bertanya ke mana hilangnya kelibat kalian. Sewaktu masih berkuliah dengan saya dulu,yang lelakinya memang selalu menjadi usikan saya, ceria dan menyeronokkan. Sikap kelakar kami sering menjadikan kelas kami berakhir dengan keseronokan.

Namun, pada akhir cerita, mereka menyatakan dunia mereka kini macam "Dunia Jam 10", ada dua orang je dalam dunia mereka!! orang lain dah tak ambil tahu hal mereka. Saya sedih juga bila dengar keluhan itu. Sesi kami borak-borak tu berakhir bila azan solat asar di kumandangkan dari Surau As Syafei. Banyak lagi hendak diborakkan walaupun kami memulakan sesi sejak jam 2.20 petang..Agaknya kerana seronok, kami sambung pula dengan beberapa sms yang "panjang" pada waktu malam!!!

Justeru saya memerah otak juga untuk mengimbangi rasa hati mereka yang agak kecewa dengan keadaan semasa. Hanya satu saya berpesan bahawa jangan berpegang pada manusia tetapi berpeganglah pada Allah swt.

Terima kasih buat kalian kerana memahamkan saya dengan situasi remaja moden bergelar bakal guru berstatus siswazah. Sesungguhnya, 'campus life" sangat tinggi 'sentimental valuenya' bila dah berada di seluruh pelusuk negara tercinta ini..Persoalannya, wajarkah kita membiarkan mereka dengan "Dunia Jam 10"?? Fikir-fikirkanlah.......

Jumpa lagi.....

Justeru

Read more...

berTUGAS kembali......

Isnin, 26 Oktober 2009, saya melapor diri semula ke kampus indah di Lembah Lipis.Terpegun dengan tulisan besar di lereng bukit, Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi, Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu dan Pusat Kecemerlangan KoKurikulum. Tulisan yang jelas terpampang dan boleh dilihat dari jauh sungguh membanggakan. Bagi mereka yang melalui jalan menuju ke Padang Tengku atau dari Padang Tengku ke bandar Lipis tentu teruja untuk mengetahui apakah sebenar maksud tulisan-tulisan tersebut. IPGM KTAA ini nampaknya membawa misi besar untuk masyarakat dan negara amnya.

Rutin hari pertama selepas "berehat" selama tujuh bulan adalah melakukan "thumb print". Ramai kawan-kawan bertanya khabar sama ada datang bertugas atau berziarah saja. Pada mereka saya jelaskan kenapa perlu hadir bertugas dan kaitannya dengan Perintah Am Bab C / perkara CUTI. Alhamdulillah, mereka prihatin dan faham keadaan saya. Seronok punya kawan-kawan yang "caring"...
.
Masuk jabatan, terasa aura JIP cukup melegakan. Kemesraan dan gurau senda kawan-kawan menceriakan suasana pagi walaupun masing-masing sibuk mengisi markah di komputer jabatan.

Hari ni tak ramai student datang jumpa kat jabatan, jumpa kat luar tu ramai juga. Idayu, Atikah, Nur Atikah dan Najwa dari BM/PJ/ datang bertamu. Borak-borak dan bertanya khabar mcmana mereka berDEEPAVALI? Yang pasti kami ceria.....

Selasa, 27 Oktober, macam biasa, ramai kawan yang tak jumpa semalam masih mengulangi soalan yang sama. Dah bertugas atau jalan2? Jawapan pun macam syemalam jugelah encik..

Sekitar jam 8.30 gitu, datanglah Anis, Engku Farhana, Hidayah dan Nurhidayah, mengadu bilik kelas deme diambil orang, jadi kami bergelandangan mencari tempat berteduh. Hampir sejam lebih kami bertukar cerita Deepavali. Diaorang ni dari unit Mate Sem 2. Geng ni kalu berdepan nampak "cool" jer tapi bila sms, fuuhhhh,kelakar giler!!!

Lepas grup tadi 'chow', datang pula geng lagi kelakar, Syazana, Sakinah, Liana dan Siti Timah, geng ni yang buat haru biru masa gi Sabah bulan Mei dulu. Cakap sikit, gelak, cakap sikit, ketawa, Gelak dan gelak, tak sangka dah hampir sejam lebih masa berlalu. Betullah orang kata ketawa tu satu terapi yang baik untuk menghilangkan gundah gulana!!!Agaknya, sape buat dia orang ketawa? Ehem-ehem, kura-kura dalam perahulah......

Pendekata, dua hari dok 'panaskan' kerusi kat jabatan taklah membosankan apatah lagi rakan-rakan JIP sedia membantu menghulurkan bantuan jika diperlukan.....

Cukuplah dulu ya, jumpa lagi.

p/s: sorilah, blog ambo tak dak gambarlah.....

Read more...

Ke Mekah jua akhirnya.....

>> Saturday, October 24, 2009

Catatan ini ditulis bagi mengenang pemergian kedua ibubapa mertua saya ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Tanggal 23 Oktober 2009 yang lalu, setelah melapor diri sekitar jam 3.00 pagi di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, kedua tetamu Allah, iaitu bapa mertua Ismail bin Md Dom dan Ibu mertua Seminah bt Kariah selamat berlepas ke Madinahtul Munawwarah tepat jam 7.30 pagi hari yang sama dari KLIA dengan KT 12.

Catatan ini bukan sahaja amat beerti buat mereka berdua tetapi sangat bermakna buat saya serta adik-adik ipar yang seramai lapan orang. Kekesanan ini kerana usaha menghantar kedua mertua ini ke Tanah Suci mengambil masa yang panjang dan penuh cubaan (cobaan).

Sebenarnya saya sendiri sudah lupa tarikh tepat bila hal ini dibicarakan tetapi kira-kira lima hingga enam tahun yang lalu. Dalam satu pertemuan seluruh ahli keluarga, waktu cutilah tu, kami sepuluh adik beradik; saya mengahwini kakak mereka yang sulong, jadi saya ni abang long lah. Antara perkara utama yang dibincangkan pada malam tersebut adalah cadangan saya untuk menghantar kedua ibubapa mertua saya tu ke Mekah. Saya selaku abang long telah mengemukakan cadangan seperti rancangan lima tahun kerajaan tu lah.

Dalam "taklimat" saya kepada adik beradik tu, saya tetapkan jangkamasa lima tahun untuk mengumpul RM 20,000 bagi menampung kos ke Mekah. Dalam erti kata yang yang lain kos bagi seorang jemaah sebanyak RM 10,000. Bagi mengumpul dana sejumlah RM 20,000, itu, saya mengajak adik beradik yang sudah mula bekerja berusaha agar menyuntik ke dalam akaun Tabung Haji kedua-dua ibubapa kami dengan jumlah yang termampu tetapi dengan konsisten. Dalam kiraan saya, pada setiap tahun kami adik beradik mungkin mampu mengumpul RM4000.00 ke dalam akaun ibubapa kami.

Menjadi tanggungjawab setiap adik beradik yang bekerja(lima orang/Along, Jeman, Jemi, Adi, Ateh) pada waktu itu menyuntik wang tanpa perlu diperingatkan. Alhamdulillah, semua setuju termasuk menantu-menantu yang lain. Tahun demi tahun simpanan mereka berdua meningkat dari semasa ke semasa(alan mula menyuntik setelah tamat politeknik) dan apabila tabungan sudah melebihi RM 2000.00 mereka pun mendaftar diri untuk menjadi jemaah haji. Setelah pendaftaran dibuat, ibubapa mertua saya mula berulang-alik ke masjid Felda Jengka 10 yang terletak kira-kira 10km dari Jengka 8, untuk mengikuti kursus haji oleh Ustaz Sharif.

Kini sudah dua hari ibubapa mertua saya menjadi warga Tanah Suci Madinah. Jika diimbas kembali, usaha kami adik beradik, terasa betapa harmoninya hubungan kami adik beradik walaupun adakalanya turut diuji dengan kekuranagn wang ringgit dan komitmen terhadap keluarga masing-masing. Namun, jauh di sudut hati, terdetik juga kata hati, kalau tak diusahakan berdikit-dikit, mungkin makin lambatlah ibubapa mertua saya menunaikan haji. Maklumlah, bilangan yang masih belajar pun ramai, yang kerja pun bukan bergaji besar, rumah pun nak diperbaiki juga dan macam-macam lagilah hambatannya. Sementalahan pula , usia kedua ibubapa mertua semakin meningkat dan tentunya persoalan kesihatan juga perlu diberi perhatian.

Namun, ternyata rasa syukur yang tak terhingga jugalah saya panjatkan pada Allah swt yang mengizin dan memakbulkan doa kami sekeluarga agar kedua ibubapa selamat menunaikan haji dan pulang dengan haji mabrur..Sampaikan salam kami buat Junjungan Baginda Rasullullah saw. Gitulah cara kami merancang, maklumlah, kerja orang makan gaji. Terasa lega yang amat sangat bila kedua ibubapa selamat berlepas ke Tanah Suci..

Sekian dulu, jumpa lagi......

Read more...

Kenangan berKEDAP di Tasik Chini

>> Tuesday, October 20, 2009

Bila saya hadir Seminar Pedagogi Peribumi dan Konvo KEDAP pada 13 Okt 2009 yang lalu, saya teringat sewaktu menjalankan tugas memantau pelaksanaan Kelas Dewasa Orang Asli Peribumi(KEDAP) di SK Tasik Chini, Pekan, Pahang pada tahun 2008 yang lalu.

Biarlah saya bagi intro dan info sikit pasal KEDAP ni. Program ni sebagai salah satu usaha pendemokrasian pendidikan yang semakin meluas kepada seluruh rakyat Malaysia. Pada amnya, kadar literasi rakyat Malaysia rupanya baru setaraf dengan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Kadar literasi rakyat kita masih setaraf dengan Myammar rupanya!!!(laporan Unesco tp saya lupa sumbernya). Selain itu, program ini sebagai sokongan (back up) ibu bapa Orang Asli untuk membantu proses pembelajaran anak-anak mereka sewaktu di rumah. Maknanya, bila ibu bapa celik huruf, diharap mereka akan membantu anak-anak untuk memperolehi ilmu walaupun dengan serba kekurangan.Kerja rumah yang diberi cikgu dapatlah disiapkan dengan bantuan ibubapa agaknya.

Program ini sebenarkan menggunakan ongkos yang banyak. Setiap ibu bapa pelajar yang hadir ke kelas tersebut akan dibayar elaun sebanyak RM 19.50. elaun baju RM 50.00, elaun lawatan dan para guru juga diberi elaun khas. Jika tak salah ingatan saya untuk kos sebuah kelas KEDAP(25 orang peserta), setiap sekolah akan mendapat sekitar RM 65,000.00 (RM 10,000 untuk guru yg ngajar, dan selebihnya untuk sekolah dan elauan peserta KEDAP)..Jika 2 orang guru yg ngajar, mereka akan dapat RM 5,000.00 sorang bila tamat ngajar 300 jam bagi subjek BM dan Matematik. Silibus terhad kepada penguasaan 3M.

Jadi balik pada cerita asal tadi, selepas para guru yang bakal mengajar di KEDAP diberi input di IPTAA, maka kami para pensyarah yang terlibat dengan program tersebut diarah memantau pelaksanaan di peringkat sekolah. Sebanyak 23 buah sekolah di seluruh Pahang terlibat. Setiap kelas disertai 25 orang ibubapa Orang Asli.

Untuk tujuan, pemantauan, saya diarahkan untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan Lanai, di Hulu Sg Jelai,SK Senderut(Raub), SK Tasik Chini(Pekan) dan SK Denai, (Rompin). dan SK Bukit Rok (Bera). Saya dipasangkan dengan Sdra Che Lah Che Mamat untuk pergi memantau dan setiap sekolah dipantau sebanyak dua kali.

Dari kesemua sekolah yang saya kunjungi dan perhatikan dalam pelaksanaan KEDAP, guru serta peserta KEDAP SK Tasik Chini yang paling cemerlang sekali. Maknanya, kalau masa dia orang ada konvo, ramai yang dapat sijil cemerlang kot. Saya cuba merakamkan aktiviti P&P yang dijalankan tetapi kamera handphone 'made in china' tak berapa ok!!!

Paling menarik bila tiba saat saya nak meninggalkan majlis, sebab hari dah petang dan perlu pula mencari tempat pengnapan. Kelas mula pukul 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.00 petang. Cikgu Semek dan Cikgu Azlinda minta saya cakaplah sikit-sikit, konon bagi motivasi gitu buat mamak-mamak dan amai-amai (panggilan utk pakcik2 dan makcik2) Orang Asli ni. Jadi dengan penuh semangat(agaknyalah/perasan kot) jadi, saya pun pujilah demo2 tu yang sanggup belajar walaupun umur dah senja. Ada peserta yang dah berumur 65 tahun juga datang belajar sebab dia bela cucu.!!!, akhirnya saya pun pantunlah sikit-sikit. Nak tahu pantun apa? Tengoklah kat bawah:

Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba tumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
boleh kita jumpa lagi.....

Fuuhhh, rasanya dah hebatlah tu, rupa2nya bila saya hampir nak berhenti berucap, cikgu Semek bagitau mamak Jamil nak jawab pantun saya!!!.(hanya ada 2 peserta lelaki daripada 25 orang) . Aiiiik!!!, kata hati, pantun ni bukan nak dijual, dan tak sangka pula pantun macam tu ada pasangannye!!!.

Jadi saya pun dengan besar hati minta Mamak Jamil perdengarkan pantunnya......Dia pun bangun dan......

Tetak kayat padang peramu,
tetak mari turun mandi,
ada hayat kita bertemu,
biar kurus jangan mati!!!!

Fuyooo!!!, hebat juga pantun mamak ni. Tak sangka saya rupanya Orang Asli Tasik Chini mempunyai sastera lisan yang begitu canggih cuma literasi jer yang kurang. Rasanya inilah kali pertama pantun "sumur diladang" dijawab orang..Syukur saya dapat pengalaman baru di tepi Tasik Chini, walaupun tak jumpa naga tasik Chiini..

Bila dah syok, saya bagitau sdra. Che Lah, untuk pusingan kedua, biar saya je lah yang pergi. Dia kata ok dan saya pun berkesempatan berkunjung lagi ke SK Tasik Chini tu. Kalau nak ditulis, pengalaman yang kedua ni tentu, korang bosan agaknya. Cuma, sebagai menghargai kesungguhan peserta KEDAP yang bermotivasi tinggi tu, saya bawakan sedikit "ole-ole" untuk dimakan bersama-sama..Gitulah...perangai saya, bila saya suka, makananlah yang saya mampu hulurkan, wang ringgit tak delah...sambil makan dapat menyelami berbagai cerita saudara kita yang tinggal jauh di pedalaman. Pun begitu, pantun juga mereka hadiahkan buat saya,,bunyinya begini...

Buah mangga dari pekan,
mari isi dalam raga.
pada tuan saya berpesan,
sebab tuan sahabat saya!!!!

Itulah sedikit cerita saya bila orang cakap pasal KEDAP,banyak lagi cerita bila kita pergi ke tempat/sekolah lain. Bak kata pepatah banyak udang banyak garam, banyak orang banyaklah ragamnya. Lain padang, lain belalangnya!!, Cuma yang ralatnya, kumpulan peserta KEDAP ambilan 2008 tidak dijemput dalam konvo baru-baru ni....namun saya percaya ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi jauh lebih bermakna buat mereka kini.

Selebihnya, bagi mereka yang suka mengkaji bolehlah buat "research" tentang pendidikan dalam masyarakat orang Asli. Ada kes, peserta KEDAP sanggup berkayuh perahu selama 2 jam semata-mata untuk hadir kelas KEDAP, begitu juga kajian tentang literasi sastera lisan dikalangan Orang Asli. Kajian tentang faktor keciciran orang Asli tu dah banyak orang buat jadi buatlah kajian baru pulak.!!!barulah ada "kelas".


Sekian, jumpa lagi....

Read more...

Kenangan berKEDAP di Tasik Chini

Bila saya hadir Seminar Pedagogi Peribumi dan Konvo KEDAP

Read more...

Dulu pensyarah kini dah jadi Pengarah

>> Wednesday, October 14, 2009

Catatan sempena konvo KEDAP di Dewan Besar IPTAA pada 13 Oktober 2009 yang lalu. Alhamdulillah saya dapat hadir sambil bertemu rakan taulan serta bekas pensyarah saya yang kini sudah bergelar Pengarah di sebuah IPGM di utara tanahair; Tn Haji Rosli Rashid namanya dari IPGM Perlis. Kali pertama dulu, saya bertemu beliau kira pada awal tahun ini sewaktu permashuran IP Kuala Terengganu menjadi IPGM kampus Dato Razali Ismail.

Perpisahan antara saya dengan En. Rosli (waktu tu beliau belum berHAJI lagi) selepas menamatkan pengajian Kursus Perguruan Asas di Institut Bahasa Kuala Lumpur (kini IPBMM) pada tahun 1989, jadi dah 20 tahun, berpisah baru jumpa semula. Jadi kesempatan beliau hadir ke IPGM KTAA sempena perasmian IPTAA menjadi pusat kecemerlanagn pedagogi kebangsaan adalah pertemuan kedua kami dalam tahun ini.

Namun begitu, jika petemuan dulu penuh dengan hilai tawa dan meriah kerana hubungan mesra antara bekas student dengan bekas pensyarah, kini suasananya sedikit berbeza (turut bersama kami petang hari tu ialah Encik Radzi Johari/KJ HEP IP Ipoh). Dengan keterbatasan diri, saya tak dapat untuk bangun(kerana kerusi dewan yang disusun agak rapat) dan tidak dapat memeluk beliau. Sebenarnya Hj Rosli telah maklum dengan keuzuran saya akiabat musibah tempohari dan pertemuan hari ini lebih banyak pada sesi bertanya khabar tentang bagaimana musibah itu berlaku., keadaan rawatan dan bila dijangka dapat bertugas semula..Hajat hati nak ajak Hj Rosli "pekena" ikan patin tempoyak di pekan Lipis tetapi beliau juga perlu meraikan rakan-rakan Pengarah IPGM-IPGM yang lain yang turut hadir dalam perasmian majlis tersebut. Apatah lagi VVIP yang hadir pada hari tu ialah YB Dr Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran.. Namun hatiku puas bila dapat berbual dengan Tn Hj Rosli, sekurang-kurangnya jalian silaturahim kami terus berpanjangan. Sedikit kebanggaan di hati saya bila dia bagitahu rakan-rakan pensyarah dan Pengarah yang lain bahawa saya ni bekas student dia di IBKL dulu, gitu juga saya, bagitau kawan-kawan pensyarah, dia tu bekas pensyarah ambo di IBKL dulu.. En Rosli ni juga adalah satu-satunya pensyarah yang hadir waktu hari perkahwinan saya dulu bersama-sama dengan keluarganya (1989). Banyak lagi sebenarnya kenangan nostalgia saya bersama Tn Hj Rosli ni......


Jumpa lagi.....

Read more...

Jamuan Mega Raya Afzan meriah

>> Monday, October 12, 2009

Jam 12 lebih kurang, hari Khamis 8 Oktober 2009,
Hello,Assalamualaikum, Encik Hairi, ni panggilan dari Afzan, Cik Rosini nak bercakap.Bunyi suara operator telefon IPTAA bercakap, Waalaikum salam, ok, terima kasih., jawab saya.. Sebentar kemudian terdengar suara Cik Rosini mengucap salam dan bertanya khabar. Saya bagitahu kedaan kesihatan saya ok jer. Dengan diselangseli ketawa beliau mewakili Kelab Staff menjemput saya untuk menghadiri Jamuan Mega Raya di Afzan pada hari Jumaat 9.10.2009. Cik Rosini ni dah jadi orang kuat Kelab Staff Akademik (Setiausaha) sejak awal tahun 2009.

Alhamdullillah, pada hari Jumaat lepas saya sihat dan turut serta "bermegariah" (mega+meriah) dengan seluruh warga IPTAA daripada pihak pengurusan hingga pengawal keselamatan dan makcik "cleaner"(pinjam kata pengacara petang tu). Konsep jamuan kali ini lebih santai dengan setiap jabatan menyediakan gerai masing-masing dengan menu-menu yang berbagai jenis dan rasa. Tempat letak kereta KJ-KJ, dijadikan gerai-gerai mempamerkan buah tangan masing-masing. Peergh.....semuanya menyelerakan tapi dengan keterbatasan diri, saya hanya dapat singgah di gerai Jabatan Kajian Sosial dengan "mempekena" semangkok soto dan makan buah-buah yang ditaja oleh JTP...khabarnya buah-buahan yang disediakan oleh JTP diambil dari "dusun" kepunyaan sdra Zulfakar yang terletak antara Penjom dengan Relong. Luas tu weh....pas tu saya minum air sirap dari Jabatan Sains Matematik. Terima kasih pada En Nordin yang tolong sendukkan soto tu untuk saya, Cik Halimah bawa air untuk saya dan Johan yang pungut buah dari "dusun" JTP...Menu dari JIP pun saya tak sempat rasa, apatah lagi dari jabatan-jabatan lain..maklumlah, segan nak minta tolong pada kawan-kawan untuk buat itu, buat ini. Ala kadar dahla kata hati...(sebenarnya, saya kena control makan supaya urusan ke tandas dapat dielakkan sepanjang berada di luar rumah)

Sambuatan mega raya ni rupanya belum mula lagi tapi member-member dah mula bertukar mangkok sebab dok rasa sikit sana, sikit sini. Bila dijemput masuk ke dewan, sdra Mazda menemani saya masuk. Fuuhhh....inilah kali pertama saya merasa kedingin dewan besar setelah "diupgradekan" dengan penghawa dingin sejak beberapa bulan yang lalu. Maklumlah dah hampir tujuh bulan Afzan hilang dari pandanganku..

Bila Dato Pengarah dan Timbalan masuk ke dewan, DJ-DJ pengacara kata sambutan raya mega ni menggabungkan Aidil Fitri, Deepavali dan Kong Hee Fat Choi sekali. Patutlah mega, cuma sekali pandang student Cina kurang kelihatan, maklumlah Tahun Baru lambat lagi agaknya.... Meja yang dikhaskan untuk pensyarah juga tak berapa penuh sebab ramai yang bertugas di luar dan ramai juga yang suka duduk kat luar!!!!(dekat gerai2 tu lah). Di meja ni juga disediakan makanan, kali ni saya hanya makan dua potong lemang sebesar jari dan dicolet dengan rendang....

Sesi makan-makan ni rupanya dimeriahkan lagi dengan hiburan dari kalangan guru-guru pelatih, para pensyarah serta Pengarah dan Timbalan. Masing-masing mengalunkan lagu raye yang meruntun kalbu. Waktu DJ Nasrul tanya saya macamana sambutan raya tahun ni, saya hanya dapat sebut empat patah perkataan saja " walaupun raya tahun ni......" perasaan sebak bercampur terharu menyelubungi seluruh tubuh dan emosi saya. Air mata saya tumpah lagi buat kali kedua pada hari ini.. Perasaan ini tecetus bila rumah saya tak putus-putus dikunjungi para student dan rakan-rakan selepas IPTAA dibuka semula lepas cuti raya dulu. Hasrat hati nak ambil kesempatan dari pertanyaan DJ Nasrul untuk ucap terima kasih kepada para student yang selalu bertanya khabar sejak dulu hingga kini. Sepanjang sambutan raye kali ni, saya menerima dan mencatatkan lebih 100 sms ucapan hari raya berbagai ragam bahasanya. Ada yang pantun, ada yang seloka dan ada yang bersahaja, semuanya saya balas dengan peringatan supaya berhati-hati di jalan raya keran saya dah rasa!!! Tapi kerana teralu sentimental dengan pertanyaan DJ tadi, air mata lebih cepat untuk mengalir dan lidah rasa kelu untuk berkata-kata....

Sewaktu sdra Mazda yang jadi "escort" minta diri sebab nak buat tugasan, saya kata ok dan cakap teriam kasih. Sdra Hegratul Amin pula jadi rakan bual, pastu diapun minta diri. Rupa-rupanya , bila dia angkat punggung, saya bertali arus diserbu oleh para guru pelatih. Satu grup demi satu grup. Semuanya mereka yang pernah rasa "air tangan" saya waktu berkuliah dengan paper Pengantar Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Malaysia. Lepas tanya khabar, berklip-klap pula ambil gambar. Ada student kata encik macam artis hari tu!!! Rasa-rasanya hilang rindu dendam saya bila tengok student yang terpisah sejak sekian lama datang bermanja dengan kita..selebihnya saya percaya mereka sendiri mula mengerti ungkapan mata berpandangan, budi kedapatan..jadi hari tu walaupun saya hanya makan sikit saje tetapi gelagat para student yang datang meraikan saya sudah cukup untuk mengenyangkan perut saya hingga ke petang. Yang lucunya, ada kalanagan guru pelatih yang datang sorang dua untuk bertanya khabar saya terpaksa "berundur" bila saya dikerumuni oleh grup yang datang secara kelas!!! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu....(moga Allah melindungi saya dari rasa riak--nauzubillah), cam tu juga ada juga rakan pensyarah nak mai jumpa, terpaksa "undur" dulu sebab student dah "cop" dulu...

Akhirnya pada Allah swt jualah saya bersyukur atas nikmat dan rezeki yang diberikanNya..kepada Dato Pengarah dan Timbalan, JK Kelab Staff, JPP serta kalian semua, terima kasih jualah yang dapat saya rakamkan di sini atas layanan sepanjang "bermegariah" tu...

5.30 petang ,T.kasih pada Faizal JPP yang "jaga" saya hingga naik semula Toyota Hilux sdra Ismail petang tu.....jutaan terima kasih jua untuk sdra Ismail.

Jumpa lagi.......

Read more...

Mata berpandangan , budi kedapatan.....

Catatan ini saya rakamkan sebagai tanda terima kasih dan terharu yang tidak terhingga buat Dato Pengarah, Timbalan Pengarah, rakan-rakan pensyarah, JK Kelab Staf, JPP serta seluruh warga IPTAA dan student yang meraikan kehadiran saya buat kali kedua selepas kunjungan pertama saya sebelum Ramadan yang lalu.

Catatan saat ini saya imbau kembali terhadap kesyahduan pagi Jumaat 9 Okt 2009 yang
lalu. Dengan ihsan Sdra Ismail Hussin dan Sdra Roziky, awal pagi saya bertolak ke IPTAA dengan mereka berdua siap berbaju Melayu kerana petang nanti Afzan akan meraikan warganya dengan sambutan Mega Raya. Saya hanya berbaju ole-ole "Padang" yang ada ler sikit-sikit serinya, tapi jauh kurang serinya berbanding sahabat saya berdua tu..

Setibanya di Afzan, saya turun dan berjalan turun ke tingkat di JIP berada. Kali ini Sdra Ismail mem'parkir' Hiluxnya di puncak bukit Afzan berdekatan terminal bas. Jadi sepanjang jalan menuju ke JIP, ramai guru pelatih menyapa dan bertanya khabar...dan seperti biasa saya sempat bergurau bagi menghangatkan suasana pagi..

Tiba di JIP setelah diiringi Sdra Reduan (Duan TP), tak ramai rakan-rakan di JIP kerana ramai terlibat dengan tugasan luar; sdra Fauzi ke Cameron ambil bungan untk konvo, Sdra Fazli, Pn Roslita dan Yop Rozeman terlibat KPKI di Maran, Pn Liew dan Miss Tan gi Praktikum, gitulah sibuknya rakan-rakan. Yang ada cuma Pn Sabiah(sibuk marking paper OUM), sdra Mazda, sdra. Mazlan, sdar Hatim dan Cik Rosini (orang kuat Kelab Staf) serta Timbalan KJ; Sdra Che Lah. Dalam ramai-ramai tu kira Sdra Mazda paling hensem (mcm YB Batu Talam jer...)

Selepas berehat seketika, sdra Roziky mengajak untuk bersarapan pagi. Tanpa berlengah, saya terus mengajak sdra Mazlan untuk turut serta. Dalam terhegeh-hegeh, turun tangga tu, berjumpa pula dengan rakan-rakan yang lain. Setibanya di perkarangan kantin, kami memilih untuk bersarapan di anjung bersama staf sokongan di situ. Namun sewaktu melintas pintu kantin Azmi, saya terapandang Dato Pengarah serta Timbalan dan beberapa orang pensyarah juga sedang besarapan di bahagian dalam kantin. Jadi saya beritahun bos JIP, saya ingin bersalam dengan Dato Pengarah. Setelah menyapa sepatah dua dengan Ani Hayati, Awin dan Faezah, kami bertiga terus ke dalam kantin.

Selepas memberi salam, dalam keadaan masih bertopang dua, saya terus memyalami tangan Dato Pengarah dan menciumnya. Tanpa disangka-sangka, saya menangis tersesak-esak sambil mendakap tubuh Dato Pengarah. Perasaan syahdu bercambur hiba dah tak dapat saya tahan lagi bila bertentang mata dengan Dato Pengarah..entah aura apa yang berlaku pada saat tu, air mata saya begitu murah mengalir.

Sesungguhnya perasaan rindu terhadap Dato Pengarah berpunca daripada sikap prihatinnya terhadap anak buah serta beberapa ungkapan yang sering saya kutip waktu beliau berucap dalam majlis-majlis di maktab. Sepanjang mengalami musibah ini, Dato sudah dua kali mengunjungi saya, sekali di HUKM dan sekali lagi di rumah saya di Jerantut. Setiap kali kunjungan, beliau menasihatkan saya untuk tidak merasa risau dengan tugas-tugas di IPTAA, lebih tersentuh bila beliau membalas kad ucapan hari raya saya tempohari. Itulah saya mulakan catatan ini dengan kata 'mata berpandangan, budi kedapatan'..kata-kata ini saya kutip pada awal kehadiran beliau ke bumi Afzan hampir setahun yang lalu..selebihnya catatan ini bukan mengampu tetapi lahir dari hati nurani saya setelah banyak kali bertukar "bos"..Pada mereka yang membaca catatan ini, hanya jauhari jua yang mengenal manikam.

Jumpa lagi.........

Read more...

Kami belum merdeka cik.....

>> Thursday, October 8, 2009

Itulah antara kata-kata yang diluahkan sewaktu saya berkesempatan berbual-bual dengan pengusaha-pengusaha bot (boatman) pelancungan di Kuala Tahan, Jerantut, atau dengan kata lain di jeti Taman Negara. Kunjungan saya ke kawasan hulu Pahang ni bukan sekadar melihat kehijauan hutan hujan khatulistiwa yang berusia hampir jutaan tahun tetapi dalam misi tugasan memantau praktikum di Sekolah Kebangsaan Kuala Sat, Hulu Tembeling.

Selepas meninggalkan kereta dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, saya memikul beg yang mengandungi sehelai dua baju dan fail praktikum menuju ke jeti. Di sana nanti saya akan bertemu dengan beberapa orang guru yang juga dalam halatuju yang sama. Sama ada ke SK Kg Bantal, SK Mat Daling, SK Kg Pagi, semuanya berkumpul di jeti Taman Negara untuk menaiki bot ke hulu sungai Tembeling.

Sewaktu menunggu, bilangan penumpang bot sampai atau boatman minum, saya sempat bertanya khabar cerita orang di hulu sungai ni. Itulah sampai terkeluar luahan daripada seorang boatman mengatakan kami di hulu Tembeling ini masih belum merdeka. Bila disorot lagi perbualannnya yang diiringi rasa geram, persoalan kemudahan jalanraya sangat menjadi idaman penduduk di hulu Tembeling ini.

Menurut mereka, jika dihitung wang ringgit yang dibelanjakan untuk menghulu atau menghilir menggunakan bot, mereka sudah mampu membeli sebuah Proton Saga secara tunai, tanpa hutang-hutang.Itulah gambaran yang menunjukkan betapa mereka sudah menghabiskan wang yang banyak untuk menghilir apabila menguruskan sesuatu di hilir. Kebanyakan urusan mereka di bandar Jerantut yang juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah ini. Bagi penduduk yang tinggal paling hulu, iaitu Kg Mat Daling atau Kg Bantal, mereka perlu menghilir ke jeti Taman Negara seawal pagi untk sampai ke jeti Kuala Tahan. Perjalanan mereka mengambil masa kira-kira enam jam, itupun jika paras air berada dalam keadaan baik. Jika air surut, masa perjalanan akan jadi bertambah panjang kerana mereka terpaksa menarikatau menolak perahu melalui jeram-jeram yang cetek.

Selepas mengharungi perjalanan yang memenatkan, setiba mereka di jeti Kuala Tahan, mereka perlu mengambil teksi (jika ada) atau bas untuk ke pekan Jerantut yang terletak kira-kira 65 km lagi. Ringkasnya bila tiba di Jerantut, pejabat kerajaan dah tutup. Penduduk hulu Tembeling ini terpaksa menumpang di rumah saudara mara jika ada atau menghuni hotel-hotel murah di sekitar pekan Jerantut. Keesokannya, mereka perlu menguruskan segera sebarang urusan kerana perlu mengejar "trip" bot yang menghulu pula di Kuala Tahan. Begitulah peritnya orang hulu Tembeling untuk berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya.

Ternyata perasaan geram bercampur kesal 'boatman' tadi belum berakhir sekadar isu jalan raya tetapi turut menyentuh hasil hutan yang semakin pupus. Menurutnya, suatu ketika dulu, hutan yang menghijau mengandungi batang-batang kayu balak berharga jutaan ringgit telah 'selamat' diratah oleh towkey-towkey balak. Yang tinggal hanya batang pokok leban dan pokok 'balik angin' yang tiada nilai di pasaran. Menurut boatman tu lagi, jika setiap towkey balak tu menyumbang satu kilometer jalan setelah mengerjakan hutan balak, hulu tembeling kini sudah memiliki jalan sepanjang 52 kilometer!!! tapi hingga sekarang, usahkan satu kilometer, habuk pun tarak. Pilihanraya dah 12 kali, tapi harapan penduduk di Hulu Tembeling ibarat pungguk merindui bulan.

Panas hati boatman tu rupanya tak dapat dihilangkan dengan segelas teh o ais. Katanya paras air yang cetek ini juga berkaitan dengan penebangan hutan-hutan. Betul juga kata saya. Waktu belajar geografi dulu, hutan adalah kawasan tadahan dan simpanan air. Akar-akar pokok yang menunjangi pokok-pokok tersebut turut memegang tanah dan seterusnya air yang terdapat dalam tanah tersebut. Jadi jika hutan-hutan besar sudah menyembah bumi, kemana lagi air tersebut akan disimpan!!! Sebab itulah sejak akhir-akhir ini kami pengusaha bot mengalami kesulitan sewaktu menghulu atau menghilir, air sungai cetek, perahu terpaksa ditarik atau ditolak. Lebih menakutkan jika terlanggar saki baki kayu balak yang dihanyutkan ke sungai sewaktu musim hujan. Silap haribulan, karam dan 'qalu'....

Sebenarnya, banyak lagi cerita yang boleh dikongsikan bersama. Bukan setakat isu jalanraya, hutan balak, air sungai cetek, begitu juga soal kemudahan kesihatan, kemudahan telefon dan keperluan guru di hulu Tembeling. Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Sekadar itu dulu.....

Read more...

Kunjungan Aidil Fitri dari orang Sabah

>> Wednesday, October 7, 2009

Terkejut dan teruja. Itulah gambaran yang boleh saya sebutkan bila menerima kunjungan orang besar dari IPG Keningau, iaitu Tn Hj Mahyan, yang pernah memangku Timbalan Pengarah IPG Keningau selain menjadi orang kuat di Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Keningau. Dari segi fizikal, orangnya tidak besar tetapi aura dan wawasannya cukup besar.

Bagi saya Tn Hj Mahyan ni memiliki aura yang tersendiri dan sangat memberi kesan dalam kehidupan saya. Mula mengenali beliau sewaktu kunjungan "benchmarking" rombongan IPG Keningau ke IPTAA beberapa tahun yang lalu. Dan yang paling seronok apabila saya diraikan secra individu sewaktu menguruskan lawatan pensyarah IPTAA ke IPG-IPG Sabah pada tahun 2008. Kesempatan bersama beliau, banyak tips yang diberikan supaya saya dapat berfikir semakin matang.

Kunjungan sambil berziarah raya pada 1 Oktober 2009, Isnin lepas selepas menghadiri mesyuarat di IPTAA. Panggilan telefon yang saya terima sekitar jam 4.00 petang tersebut sungguh mengujakan dan semacam dapat mengagak bahawa beliau berada berdekatan. Ternyata benar, bila jawapan salam dibalas, dia terus bertanyakan alamat rumah....Wah, rupanya dia hanya telefon saya dari pekan Jerantut.

Selain bertanya khabar, adalah beberapa perkara yang dibualkan dan saya masih menyebutkan perkara-perkara yang pernah disebutkan pada saya sewaktu berreakreasi di Taman Pertanian Sabah di Tenom suatu ketika dahulu...

Pada kesempatan ini, terima kasih pada Tn Hj yang sudi meluangkan masa buat mengunjungi saya yang masih sukar untuk berjalan jauh....bak kata orang, orang berbudi kita berbahasa bah....

Alhamdulillah juga saya panjatkan kepada hadrat Ilahi, kerana AidilFitri ini diserikan dengan kunjungan rakan-rakan IPTAA dan para student IPTAA. Berikut saya senaraikan tarikh kunjungan mereka dan terima kasih saya buat kalian kerana sudi mencemar duli ke teratak saya nih....

27.9.2009(Ahad) dikunjungi oleh sdra Fauzi Ngah sekeluarga sekitar jam 12.00 tghari, sdra Salim (JTP) sekeluarga sekitar jam 4.30 ptg, 3 orang guru pelatih (Fendi, Fazilah dan N) dan Sdra Isamil Hussin (makan bihun sup jer...)

28.9.2009 (Isnin) dikunjungi oleh Sdra Nordin Abdullah, Sdra Khazali, Cik Sazila dan Cik Hjh Halimah sekitar jam 8.00 mlm sebab mereka sedang puasa Syawal...makan pengat durian dan nasi goreng kampung jer. Sdra Ismail turut hadir.

29.9.2009 (Selasa) dikunjungi para tutee dari Unit KPLI Pemulihan seramai 9 orang. Mereka adalah Hisham, Zura, Farah, Suriani, Fazilah, Rosmaini, Siti Fatimah, Rosfazida serta Fahmy (PJ)..dia orang kena tolong masak...makan bihun sup....

1.10.2009 (Khamis) dikunjungi oleh T Hj Mahyan IPGM Keningau.

2.10.2009 ( Jumaat) dikunjungi oleh para student PISMP PAI Sem 4 dan PISMP Mate Sem 4, rasanya sekitar 30 orang lebih agaknya. Fuhhh...penuh teratak hamba, tapi cukup enjoy dan ceria..syukur nasi impit yang disediakan mencukupi....datanglah lagi jika kalian berkesempatan...geng ni dah 3 kali datang rumah ambo...

3. 10.2009 (Sabtu) teratak ini dikunjungi pula oleh PISMP Pra Bm Pj yang pernah menjadi tutee sewaktu mereka berada di peringkat PP..Grup inilah satu-satunya yang mengunjungi saya sewaktu di HUKM dulu. Sekali lagi geng ni kena memasak sebab isteri saya berkuliah OUM pulak hari tu. tetapi suasana tetap ceria, enjoy dan berselera...Fija dan kawan2nya memang pandai masak.

4.10.2009 (Ahad)--saya pula beraya ke rumah orang.. rumah sdra Che Lah, dia buat open house
dan seterusnya saya ke Mentakab dan Lanchang bertemu rakan taulan dan menziarahi tempat jatuh bangun saya 12 tahun yang lalu.......

Apapun orang kampung saya kata " even the house is small but the welcome is big", gitulah ceritanya.....

Read more...

Aidil Fitri semakin berlalu

sms 1.
T.kasih dgn berita yg disampaikan. Hang lah kawan IPTAA yg masih ingat kat aku.Hang la satunya pensyarah IPTAA yg htr sms skmt hari raya kat aku.
sms 2.
Bukan puji nak bagitau hal sebenarnya bila kita dah bersara. Makin hilang dlm ingatan. Member kat Jab ....... lgsung tak ingat kita.

Itulah antara sms-sms yang saya terima sejak menyambut aidil fitri hingga berita kemalangan yang membawa kematian suami Kak Rohani Edris yang berlaku minggu sudah. Sms 2 dijawab begitu kerana saya menyatakan itulah yang mampu saya lakukan. Lagipun saya juga sedang belajar mengerti erti perkataan "kawan". Moral sms ini terlalu luas dan mendalam untuk dibicarakan. Saya yang kerdil ini bukan ikon yang sesuai untuk mengulasnya secara holistik. Cuma atas sifat ingat-mengingati, saya teruskan tulisan...

Ceritanya begini,memang hobi saya suka menyampaikan cerita dan berita hal-hal yang berlaku di dewan besar IPTAA. Sewaktu majlis-majlis persaraan atau apa-apa majlis anjuran maktab di dewan, saya sering menghantar sms kepada rakan-rakan yang sudah pencen atau bertukar ke IPG lain. Orang tu pencen, orang ni pindah dan lain-lain yang saya anggap bukan kategori mengumpatlah. Begitu juga kalau ada berita musibah saya juga sering bersms. Target saya hanya pada mereka yang dah pencen atau berpindah sahaja. Dengan harapan mereka akan terus memiliki "sense of belonging" terhadap IPTAA dan warganya.

Atas kondisi demikianlah, sebagai feedback, ada yang sangat berterima kasih atas sumbangan kecil saya tu..bagi orang pencen, rakan komunikasi adalah topok utama bila bergelar pesara. Cuba bayangkan, setelah sekian tahun bergelumang dengan dunia pendidikan, bergaul mesra dengan rakan sejabatan, seunit tetapi sehingga beberapa waktu mereka makin kesunyian. Mereka tak punya rakan borak-borak lagi....ramai rakan-rakan mungkin terlupa member lama yang sering bersama kita waktu "mengeteh" dulu. Lupa dah kat member yang baru setahun dua bergelar pesara sedangkan kelmarin dulu kita sama mengeteh kat kantin Azmi, kafe Aida, kat gerai TNB,kat stesen keretapi. Sebenarnya bagi rakan-rakan pesara kita, hubungan silaturahim tidak sepatutnya putus selepas bersara 56 atau 58. Apa salahnya sms berharga tak sampai 20 sen dihantar buat penyambung bicara pada mereka. Kerana kita percaya, keselesaan yang kecapi hari ini adalah perjuangan orang terdahulu daripada kita...lagipun harga sms tak sampai shebatang rokok pun(kata Tok Batin Betau)...he he he..

Read more...
Blog Widget by LinkWithin