Alhamdulillah.....Memadailah

>> Wednesday, October 27, 2010

Menikmati beberapa suap nasi berlaukan daging masak kicap dan dua ekor ikan kering sudah memadai untuk terus bertenaga hingga ke petang. Ditambah dengan sebotol air mineral. membolehkan saya melakukan berbagai tugasan rutin. Membaca, menulis, merenung, memikir dan melontarkan idea selaku orang kecil dalam komuniti kampus yang tersergam indah.

Makanan yang dipesan melalui rakan yang berkunjung ke kantin atau ke kafe, mengurangkan pergerakan saya untuk menghayun tongkat tersebut.Naik dan turun tangga sentiasa perlu diawasi tentunya membebankan rakan-rakan yang juga punya tugas yang tersendiri. Bukan semua orang boleh saya minta tolong. Malah yang menakutkan saya bila perkataan tolong didefinasikan sebagai arahan. Nauzubillah!!!!!!

Namun, hati kecil saya sentiasa berbangga dengan rakan-rakan di ipg ini yang sedia sudi membantu. Tak perlulah saya menyebutkan siapakah mereka, Namun pada Ilahi saya panjatkan doa agar kehidupan rakan-rakan yang budiman itu terus dirahmati sepanjang masa.

1 comments:

Admin October 27, 2010 at 6:51 PM  

ncik..
klw ad nk mtak tlong sy ape2,
call jep, sy sdia mmbntu, hehe :)

Blog Widget by LinkWithin