Wali band di Hulu Jelai......

>> Friday, October 8, 2010

Cerita yang saya tulis ni sekadar catatan santai saya sewaktu mengikuti rakan setugas membuat penyeliaan praktikum di sebuah sekolah di Hulu Sungai Jelai, daerah Lipis ni lah. Lebih tepat di SK Lanai, Pos Pantos, kira-kira 40 km dari IPG kami.

Perjalanan ke sana dihubungi dengan kemudahan jalanraya yang baik dan sempurna. Dengan ditemani kabus pagi, saya menumpang rakan tadi melepasi perkampungan tradisi masyarakat Melayu seperti Kg Bercham, Tanjung Jambu, Sg Ular dan Felda Sg Koyan. Selepas melepasi Kg Kuala Medang, kami membeluk ke kiri menuju arah hulu sungai Jelai...

Kedudukan sekolah yang tersergam indah di Lembah hulu Sungai Jelai sangat indah. Dengan dikelililngi oleh ladang kelapa sawit yang menghijau, sekolah tersebut juga di jirani oleh penempatan baru rumah-rumah Orang Asli yang masih belum dihuni. Mungkin perumahan mesra rakyat tersebut akan diisi penghuni sebulan dua lagi. Khabarnya, penempatan tersebut yang mengandungi lebih seratus buah rumah tiga bilik akan menempatkan semula masyarakat Orang Asli agar berada berdekatan dengan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan kerajaan. Adalah diharapakan dengan kemudahan masjid, sekolah, jalan raya dan prasarana yang lain akan membawa masyarakat Orang Asli ke tahap sosio ekonomi yang lebih baik.

Yang seronoknya, sewaktu berada di Kelas Pra sekolah yang hanya mengandungi enam orang murid, si guru pelatih menyuruh kumpulan murid tersebut melagukan lagu sewang bagi meraikan kunjungan kami berdua. Terkial-kial kanak-kanak tersebut nak cuba menyanyi nyanyian sewang tersebut..Puas dipujuk untuk menyanyikannya tapi tetap tak menjadi. Tetapi bila si guru menyuruh mereka menyanyi lagu kumpulan Wali Band dari Indonesia, terlancar dengan fasih segala lirik dan melodi lagu hits kumpulan tersebut..

.
ibu-ibu, bapa-bapa
.........................................
.........................................perghhhhhh!!!!!!!!!!!!!,
tak sangka hebat budak-budak ni, hati saya berdetik!!!!!
disuruh nyanyi lagu sewang seperti lagu 'panas", lagu kuala medang, haram tak reti tapi lagu Wali Band yang jauh beribu batu , tahu pulak dia!!!!! Gitulah erti "PERUBAHAN" mungkin................. fikir-fikirkanlah.....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin