mencari keserasian..(4)

>> Tuesday, October 19, 2010

Awak tengok juga fesyen seluar dia!!!!!!, kan pelik sikit., sambung rakan J saya lagi.
Pelik macam mana?, biasa jer!!!balas saya.

Nampaknya pembawa fitnah rakan saya terus cuba untuk meyakinkan rakan J saya, bahawa rakan baik saya tu seorang gay!!!

Hisssssssshhhhhhh....fesyen seluar pun boleh jadi ukuran ke??tanya saya dengan rasa penuh kepelikan. Apa peliknya. Fesyen ni kan pilihan individu, Islam pun tak letakkan syarat yang ketat untuk memilih pakaian. yang penting pakaian mestilah menutup aurat. Tanggapan orang yang mengatakan cara berpakaian melambangkan keperibadian itu bersifat nisbi bukan mutlak.

Nak pakai seluar fesyen apa pun terpulanglah. Nak gaya ketat ke, nak gaya londeh ke, nak gaya biasa-biasa ke, terpulanglah. Pokoknya jangan telanjang di khalayak rami dah lah.

Tapi nak kata fesyen seluar yang dipakai oleh rakan baik saya tu melambangkan gay, sangatlah tidak logik!!! Pada saya, fesyen seluar yang beliau pakai bukanlah pelik sangat Malah fesyen tersebut pun dipakai oleh orang lain.

Ternyata pembawa fitnah tersebut yang terlebih PHD hingga sanggup membawa cerita buruk yang merosakkan reputasi orang. Alhamdulillah, rakan J saya mula memahami keadaan bila saya merasionalkan hujah dangkal pembawa fitnah. Tak usahlah dilayan orang yang macam tu lagi.

Entahlah....pelik sungguh bila memikirkan keadaan tersebut. Hujah nak burukkan orang langsung tak masuk akal tapi dalam senarai kelulusan, tulis lulus universiti. tapi cara berfikir langsung tak mencerminkankan kebitaraannya...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin