Rezeki lagi...

>> Monday, October 18, 2010

Perghhhh....orang lain dok sibuk buat kerja, dia pulak yang boleh pitih!!!!! Gitulah komen salah sorang kawan baik saya waktu melihat sekeping cek dari Bank Islam bernombor 247378 yang diarah bayar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cek tu bukanlah besar sangat jumlahnya. Sekadar RM 40.00 jer. Pada saya bukan nilai yang jadi ukuran kerana wang sebesar RM 40.00 tu hanya sekejap jer jika ajak geng makan-makan di kantin atau kedai luar. Cuma seronoknya, cek tu datang dari DBP. Ianya hasil daripada sumbangan sebuah artikel saya kepada majalah Dewan Pelajar terbitan bulan September 2010. Yang lucunya artikel itu berasaskan kepada Bengkel Penulisan Cerita Kanak-kanak yang diadakan di IPG saya tempohari.

Sewaktu, para penceramah dan peserta bengkel yang terdiri daripada kalangan guru pelatih, saya pula sibuk mengarang artikel mengenai program tersebut. Saya juga mengambil kesempatan berkenalan dengan para editor DBP yang turut sama berada dalam bengkel tersebut. Jadi lewat perkenalan tersebut, rezeki untuk muncul dalam keluaran-keluaran DBP berikut diharap semakin cerah.

Sementelahan pula, bidang penulisan ini bukanlah baru pada saya. Sewaktu berjinak-jinak dengan bidang penulisan ini, saya telah mendapat pulangan yang memberangsangkan. Ibarat kata orang, lepaslah duit-duit sayur jika terkeluar artikel saya dalam terbitan-terbitan Kumpulan Karangkraf....jadi korang bila lagi????

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin