mencari keserasian..(2)

>> Monday, October 18, 2010

Sengaja saya ingin menyambung entri terdahulu...

Apa kriteria yang you syaratkan untuk calon bakal suami? gitulah soalan saya pada rakan J saya terdahulu. Mungkin dia mahu yang muda, bujang ke, suami orang ke atau kaya dan berpangkat ke?? manalah kita tahu, sebab dia sendiri pernah berkahwin dan tentu punya alasan untuk memilih calon dengan kriteria tertentu..

Pertama, lelaki tu yang boleh membimbing saya. Dengan tegas, rakan J saya tadi menyatakan bahawa dia tak mahu lelaki yang tidak dapt membimbing hidupnya. Apatah lagi selaku ketua rumah dia mesti menjadi pembimbing pada saya. Jangan pula saya yang jadi pembimbing dia.
Dalam erti kata yang lain, bukan sahaja lelaki tu mempunyai pegangan agama yang baik, malahan dapat memahami dirinya sebagai wanita yang berkerjaya.

Saya juga mahu seorang lelaki yang bersifat "jantan". Opppsss, habis selama you kahwin dulu, suami you tak jantan ke? tanya saya dengan agak terkejut.

Memanglah jantan tapi takut dalam menghadapi konflik atau masalah keluarga , jadi tak cukup jantan. Kalu boleh, selaku suami, dia mesti sanggup mempertahankan institusi keluarga dan sebagainya. Dia juga mestilah sanggup bertukar-tukar pandangan dalam mencari kebahagiaan dalam pelayaran sebuah rumahtangga.

Cukuplah dulu, saya menceritakan kriteria yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk mendekati rakan J saya. Ciri yang lain adalah sama seperti orang lain juga...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin