Hidup biarlah berbakti....
>> Wednesday, October 27, 2010
Senyum,
Berilah senyuman ,
Tampilkan wajah yang tersenyum sewaktu bertemu dengan orang lain, ,,,itulah selemah-lemah usaha untuk berbakti kepada oarang. Begitu lebih kurang isi ceramah Ustaz rujhan Razali dalam ceramah paginya di Radio IKIM pagi tadi.

Sungguh indah islam ini. Rupanya, untuk berbakti dan berbudi kepada orang lain tidak hanya dengan mengerah segala kekuatan fizikal sahaja. tidak juga berbakti itu melalui wang ringgit atau harta benda yang melimpah ruah. tidak juga berbakti itu memerlukan kita berlapar dahaga semata-mata. dan tidak juga berbakti itu memerlukan pihak media massa menyiarkan kebaktian kita. Rupanya cukup sekadar memberi senyuman kepada orang lain.
Cumanya, janganlah ingat semua senyuman dianggap kebaktian pula. Apakah dikira kebaktian senyum itu sewaktu jiran kita ditimpa musibah? Apakah kita hanya tersenyum melihat kepayahan dan penderitaan orang lain? Apakah kita mampu tersenyum melihat masyarakat dilanda bencana?
Janganlah kita tersenyum atas peningkatan kadar jenayah yang semakin menakutkan. Nilai rampasan dadah yang mencecah jutaan ringgit, kes pembunuhan yang sangat mengerikan, gejala pembuangan anak yang semakin bertambah, kanser rasuah yang sedang membudaya di kalanagan anggota masyarakat, jenayah pecah rumah, rompakan, kecurian, peningkatan penagihan dadah, pertambahan bilangan Si Tanggang Moden, seharusnya menjadikan kita semakin risau nasib negara pada masa hadapan. Kita tidak boleh tersenyum melihat gejala tsunami sosial yang sedang melingkari hidup kita. Sebaliknya, kita harus merenung fenomena ini untuk mengetahui kenapa dan mengapa gejala kebejatan moral ini boleh berlaku.
justeru itu, sewaktu tersenyum untuk berbakti, perhatikan juga suasana sekeliling agar kebaktian kita akan lebih tinggi nilainya jika dapat berbakti dengan menjadikan Sunnahtullah sebagai asas penyelesaian masalah.

0 comments:
Post a Comment