Mencari keserasian......

>> Friday, October 8, 2010

Entri ini saya dedikasikan kepada kalian yang mungkin sedang dilanda konflik atau dalam erti kata lain mencari sesuatu yang belum pasti kepastiannya....entahlah, macam mana saya nak mulakan cerita ni...cuma biarlah saya mulakan begini..

Saya hanya nak 'pinjam' status jer!!!!

Gitulah kami memulakan perbualan santai tapi agak 'berisi' pada suatu hari yang indah. Dengan perut masing-masing dah kenyang, kami memilih tempat yang tidak menimbulkan persepsi negatif warga setaman. Memang ramai dok perhati dialog sanatai kami hari tu..

Pinjam macam mana? balas saya berupa solan yang minta penjelasan.

Saya hanya nak pinjam status yang menunjukkan saya dah bersuami walupun sebagai nombor dua, saya boleh uruskan hidup saya sendiri dan suami saya boleh beri tumpuan pada isteri pertama dan keluarganya. Saya juga tak tuntut sebarang nafkah dan segala permasalahan saya urus sendiri..hanya nak pinjam status isteri dan bergelar puan bukan cik...gitulah luahan hati rakan saya tadi. Saya tak perlukan wang ringgit dan emas perak dia juga., ringkasnya tak perlukan apa-apa, cuma nak status tukar jer.

Kenapa begitu sekali desparatenya??? tanya saya lagi.

Ikhlas saya katakan kawan saya tu memang nice looking dan punya body cutting yang ideal juga tapi kini sedang memikul status 'J'. Rupanya , telinga dia dah puas mendengar mulut-mulut joyah yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut lain kononnya kawan saya ni suka menggatal dan sebagainya....

Diskusi santai kami tadi memberi kesempatan pada saya untuk melakukan mental exercise tentang asam garam berumahtangga. Maklumlah, sehari dua ni, saya sedang berhadapan dengan beberapa kes rumahtangga yang berantakan dan memberi idea buat saya berdiskusi dengan rakan saya tadi..Maksudnya bukan rumahtangga saya yang berantakan tapi saya sedang mengikuti beberappa kes yang mungkin menjadi pedoman untuk saya berkongsi dengan rakan'J' saya tadi...

Akhirnya saya cuba menyatakan bahawa istilah 'pinjam' tidak sesuai wujud dalam sebuah perkahwinan walau dengan apa alasan sekalipun. Sebaliknya, saya lebih gembira jika istilah perkongsian digunapakai dalam alam rumahtangga. Apatah lagi, pernikahan dan perkahwinan adalah sebahagian ibadah yang disuruh oleh Allah swt..serta ia juga Sunnah Rasulullah s.a.w sendiri..

Gitulah lebih kurang bualan santai kami tempohari....

1 comments:

Cantiknyapurple October 9, 2010 at 3:35 AM  

Salam.

Saya & suami ada terbaca tentang umrah di http://hairiyahya.blogspot.com/2010/01/pakej-umrah-2010.html
masih boleh join lagi ke?

Blog Widget by LinkWithin