Prof Dr Teo Kok Seng...

>> Wednesday, October 27, 2010

Dengan menjadikan cerita seorang cina tua yang sudah lama menetap di Tanah Melayu dan
berhajat memohon kerakyatan melalui prinsip jus soli, Prof tersebut mengakahiri ceramah akademiknya yang bertajuk "Kepentingan Bahasa Melayu dalam Gagasan 1Malaysia". Kisah yang dibawa oleh tokoh linguistik kelahiran kelantan itu berjaya menggeletek hati sidang pendengar warga kampus ipg ini.

Ternyata , ceramah beliau yang memakan masa hampir dua jam lebih itu telah memberi kesempatan kepada sidang hadirin untuk melihat sejauhmanakah cinta dan mendalamnya kasih beliau terhadap bahasa melayu. beliau telah meluahkan isi hatinya terhadap kepincangan-kepincangan anggota masyarakat yang masih tidak mahu mengakui kemampuan bahasa melayu untuk berfungsi sebagai bahasa perpaduan.

Selain beliau, melalui pembacaan saya, Dr Lim Swee Tin yang juga kelahiran bachok Kelantan turut memiliki aspirasi yang sama seperti prof tersebut. Secara halus saya dapat melihat peoses asilimasi yang tercerna secara tabii di kalangan orang bukan melayu di negeri-negeri pantai timur Semenanjung malaysia ini. mereka bukan sahaja boleh menidentifikasikan diri mereka dengan budaya tempatan tetapi masih mengekalkan jati diri suku kaum tersendiri. Agama dan budaya mereka terpelihara tetapi masih mampu menjunjung aspirasi negara; khasnya mengerti 'di sini bumi dan udara kita' .

Sesungguhnya kunjungan beliau ke ipg ini kelmarin seharusnya memberi satu senario baru kepada para bakal guru di ipg ini yang terdiri daripada berbagai kaum untuk membina persepsi baru. bahasa yang dimaktubkan sebagai bahasa rasmi negara mestilah dimengertikan bukan sahaja dari aspek nilai ekonomi sahaja tetapi lebih dari itu ia menjunjung aspirasi negara yang lebih utama. Seperti kata SN Usman Awang;

Bahasa Melayu bukan lagi menjadi hanya kepunyaan orang Melayu, tetapi adalah milik bersama orang-orang Malaysia. Selagi Bahasa Melayu tidak menjadi milik bersama dan dicintai bersama dan memberikan kemudahan bersama untuk semua kaum, maka selama itulah pula Bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa perpaduan dan tanpa perpaduan yang tulen negra kita akan lemah dan miskin. Begitulah keyakianan SN Usman Awang yang terkenal dengan puisi 'Anak Jiran Tionghua, dan Pemuda dan Gadis Tionghua terhadap keampuhan Bahasa Melayu berfungsi dalam segala segi. (petikan daripada buku Pemikiran Kesusateraan :Wajah dan Wadah Kebudayaan Kebangsaan, Himpunan Esei Sastera PM Dr Lim Swee Tin, 2009)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin