Refleksi P&P
>> Monday, August 16, 2010
2. Apa yang anda faham dengan isi pengajaran saya?
3. Apakah komen anda terhadap p&p saya?
Selamat menyambut ramadhan al mubarak.
Itulah antara ucapan yang disertai pula dengan doa, harapan, hadith Nabi Muhamad saw dan berbagai lagi madah serta ingatan yang tersirna rasa kasih antara penghantar sms kepada saya baru-baru ini. Kepada semua yang menghantarnya, saya telah membalasnya dengan mengembalikan ucapan dan doa yang indah-indah itu juga terkabul buat mereka jua.
Yang pasti ada antara sms yang saya terima ada yang berbentuk "forward" dari rakan-rakan yang lain. Apa pun, saya yakin bahawa niat mereka adalah suci sesuci bulan yang penuh keberkatan ini.
Tahun lepas, 2009, sewaktu menyambut Ramadhan, cuti sakit saya masih belum habis. Dalam erti kata yang lain saya masih belum bertugas pada waktu itu ekoran kemalangan bulan Mac 2009. Cuma ingatan dari kawan-kawan dan para student terus diterima sebagaimana tahun ini juga.
Sewaktu menjalani ibadat ini, saya sering teringat zaman kanak-kanak saya dalam menjalani ibadah puasa. Bukan nak cerita pasal moreh atau terwehnya, tapi aspek lain yang kini jarang dilakukan oleh generasi muda.
Kisahnya begini..... sepanjang bulan Ramadhan waktu bersekolah rendah dulu, antara tugas utama saya dan beberapa rakan (biasanya antara 3 hingga 4 ) orang akan bertugas membasuh pinggan dan menyediakan minuman untuk para jemaah selepas solat teraweh.
Tugas ini bermula seawal belum azan Isya dilaungkan. Saya akan menghidupkan api di sabak (tempat memasak) di belakang balaisah dan menjerang satu tin air. Dengan menggunakan kayu api, jumlah air itu dikira cukup untuk membacuh 4 cerek air kopi dan air teh. Dua cerek kopi O dan dua cerek teh O. Selesai menghidupkan dan menjerang air, kami akan solat Isya dan teraweh terlebih dahulu. Apabila tiba waktu meratib(tahlil), kami akan turun untuk membancuh minuman, Nak kata terer tu taklah, tapi kopi O dan teh O tak pernah pula terima komplen kurang manis atau kurang kawwww!!!
Tugas kami berikutnya ialah membasuh pinggan mangkuk dan cawan selepas jamuan moreh diadakan . Jika malam tu makan bihun, banyak pinggan dan cawan yang perlu dicuci. Jika nasi pulak, lagi laa banyak sebab jamuan diadakan secara berhidang. Tak de ler cara buffet-buffett nih... tapi kalu morehnya makan apam balik, senanglah pulak...pokoknya semua kami kena cuci. Sama ada cuci malam tu juga atau cuci bila pulang dari sekolah keesokannya.
Rupanya tugas sukarela ni ada habuannnya bila menjelang hari raya. Zaman kecik-kecik ni tak tahulah sangat makna ikhlas-ikhlas nih. orang suruh, kita buat jer, lagi pun bukan susah sangat. Jadi pada pagi hari raya selepas khutbah raya, ketua kampung pun edarkan pinggan besar kepada para jemaah.. seringgit dua tu banyaklah juga . maklumlah setahun sekali bersedekah..
Akhirnya jumlah wang yang terkumpul tu dibahagi sama rata oleh orang-orang tua balaisah dan diberilah kepada kami berempat yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan tu..berbaloi juga. Dapatlah RM15 sorang...Pergghhh...tu dah cukup lumayan buat kanak-kanak zaman tu. Dengan wang tu, kami pergilah ke pekan Batu Kurau. Jauhnya lima batu. Naik kereta sapu baru 20 sen sorang. Pergi balik 40 sen laa..
Yang pertama sekali dicari ialah pistol!!!!!dari pistol berpeluru plastik hingalah pistol air. Macam-macam warna ada, hijau, biru, merah, hitam dan sebagaunya. Lepas minum cendol dan mee goreng mamak. Balik rumah, mulalah main perang sekampung...
gitulah lebih kurang ceritanya.....
Itulah yang boleh saya simpulkan bila melihat suasana ceria yang menyelubungi kelas Pra Sekolah di SK Jeransang, Benta. Kelas yang terletak dibangunan satu tingkat ini berhampiran padang dihuni oleh 21 orang murid. Mereka datang dari kampung-kampung berdekatan dalam radius 5 kilometer dari sekolah Kg Jeransang. Antaranya Kg Atong, Kg Sempadan dan Kg Jeransang sendiri. Murid-murid ini juga terdiri daripada yang berumur 5 dan 6 tahun.
Sewaktu melaksanakan tugas praktikum di sekolah tersebut hati saya sentiasa seronok melihat berbagai ragam kanak-kanak seawal usia tersebut. Dari butir bicara mereka, ada kalangan mereka yang berdarah Kelantan khasnya yang datang dari Kg Atong dan selebihnya bertutur dialek Pahang..
Saya seronok melihat guru pelatih sayamelaksanakan berbagai aktiviti bagi menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh praktikum Fasa 2. Dengan berbagai tema bagi menjalankan tugasan harian, perbagai teknik dan kaedah diutarakan. Yang paling seronok bila mereka sering menjadikan bermain sambil belajar sewaktu menjalankan aktiviti. Lagu Rama-rama sewaktu tema Serangga menjadi tema pengajaran.
Selain tergambar keceriaan sewaktu belajar, mereka juga lebih ceria waktu berada di gelanggang permainan,. Terasa masa cepat berlalu sewaktu suara keceriaan perlu ditamatkan kerana masa p&p dah habis. main pukul lalat, baling pundi kacang, lambung bola menjadikan persekolahan mereka semakin bermakna. Sepanjang pemerhatian saya, murid Pra sekolah ini kurang ponteng atau tidak hadir ke sekolah..Mungkin hatinya tertambat kepada guru pelatih atau kepada cikgu Zuki yang sering bermesra dengan mereka.
Dan mereka kini lebih ceria bila pembantu pra sudah kembali bertugas selepas habis cuti bersalin. Jadi mereka dapat makan dengan lebih selesa agaknya...... Kemeriahan juga buat para guru pelatih bila murid-murid sering membawa buah-buahan bersam mereka. Kan sekarang musim buahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!
Itulah soalan yang saya tanyakan kepada beberapa orang student baru-baru ni?? Dah, kata mereka. Tapi untuk dua bulan jer!!!! Kami dengar kat IPG lain diaorang dapat untuk satu semester .... Ye ke? Kami dah sms dengan mereka , begitulah apa yang dikhabarkan kepada saya.
Bila menyebut elaun, saya teringat 20 tahun yang lalu. Sewaktu zaman kita bergelar guru pelatih di Institut Bahasa Kuala Lumpur;IBKL (kini IPGBMM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sewaktu bergelar guru pelatih elaun yang diberikan berjumlah RM345.00. Bagi mereka yang tinggal di luar, semua elaun dimasukkan dalm akaun masing-masing. Sebaliknya bagi mereka yang tinggal di asrama 13 tingkat tu, wang tersebut dipotong terlebih dahulu. Bersihnya dapatlah sekitar RM 150.00 sahaja. Tu belum dipotong oleh Bendahari PGP (Persatuan Guru Pelatih) untuk bayaran tracksuit, jamuan untuk senior dan sebagainya. Apa-apa, pun bersyukur sebab ada elaun.. Ada yang boleh hantar kepada mak ayah walaupun jumlah elaun RM 345.00.
Berlainan dengan saya. Sewaktu menuntut di IBKL, wang bukanlah cabaran buat saya. Bukan nak cakap besar, tapi mungkin keran saya tahu kat mana nak buat duit. Dan tahu juga bagaimana nak buat duit...Gini ceritanya...jeng.jeng,,jeng..
Kira-kira saya ni bukan nak tunjuk terer lah tapi kalu boleh buat pedoman, silakanlah...sewaktu dalam sem satu lagi, seorang pensyarah yang juga warden asrama;Pn Radiah namanya meminta saya mengajar mengaji muqaddam anak-anaknya yang dua orang. Dia juga bertanya berapa upah yang saya mahu!!!Entahlah, agaknya dia tengok muka saya macam "budak baik" kot, sebab tu di pelawa saya ngajar ngaji anak dia. Saya sanggup jer ngajar, tapi bab duit tu terpulanglah..itu pengakuan saya.Jujur dan lurus..Kampung boy lah katakan. Jadi sejak itu, setiap hari selepas solat magrib di surau IB, saya akan ke rumah Pn Radiah di sebelah surau untuk ngajar anak-anaknya..Rupa-rupanya, bukan anak dia jer yang nak ngaji, anak Naib Pengetua pun tumpang enam kaki (3 orang). anak En Rosli 2 orang, dan anak En Osman seorang.. walhasil ramailah yang ngaji dengan saya. Yang bestnya bila cukup bulan..ehem-ehem...RM masyukkkk....
Lama juga saya ngajar ngaji hingga saya tamat kursus di IBK. Sewaktu di semester 3, saya terlibat dengan tuisyen. Peluang ini dibuka oleh seorang guru KPK (kursus Perguruan Khas); En Raja namanya..Dia berbangsa India dan mengajar BM di Pusat Tusyen di Bangsar Park. Dia pelawa saya ngajar, satu jam dibayar RM10.00. Saya setuju dan mengajar subjek Geografi untuk SRP (PMR kini). Kelas bermula jam 9.00 malam hingga 10 malam. Sejam sehari. Jadi lepas ngajar ngaji, solat Insya, saya terus bermotor ke Bangsar Park..macam biasa laa bila cukup bulan...RM masyukkkkkkkkk....
"Kerjaya" saya yang ketiga adalah membekalkan suratkhabar Berita Harian kepada penghuni asrama dan kepada beberapa orang pensyarah. Seawal jam 5 pagi saya dah bangun, mandi, dan solat. Lepas tu terus ke Jalan Riong, ibupejabat Berita Harian dan New Strait Times..Ambil sebungkal suratkahbar sekitar 25 naskhah dan pulang sebelum subuh. Selepas solat subuh, terus sarapan di kantin asrama. Siap makan, sambil naik ke Tingkat 8, saya campak akhbar ke setiap tingkat asrama depan pintu lif..selebihnya diletakkan dalam "pigeon hole" pensyarah dan di kedai PGP..bayaran akan dipungut pada akhir bulan..dah tolak modal beli akhbar, lebih tu ana yang punyalahhhhhh...RM lagiii...
Satu lagi nak kabor juga...Dengan hubungan yang rapat dengan pihak Berita Harian, saya berpeluang untuk menghantar artikel atau apa-apa berita kepada Berita Harian. Banyaklah juga artikel dan berita yang saya hantar termuat di suratkhabar tersebut...macam biasalah..bila artikel kita keluar, nama kita tersiar juga.(by line kata omputih)..Bila artikel keluar, rm pun masyukkkk!!!!! Pihak BH menyediakan ruangan khas untuk berita-berita yang saya hantar..""Dari Maktab ke Maktab"""...saya masih menyimpan sijil penghargaan daripada IBKL kerana peranan saya memasyarakatkan maktab di dada akhbar!!!!
Sesungguhnya, bukan duit jadi ukuran, tetapi minat serta sedikit kebolehan menjadikan hidup saya tak pernah "melarat" dalam soal duit......tak perlu modal cuma kemahiran dan berusaha membina keyakinan diri....cubalah jadi lebih baik daripada saya.....