Refleksi P&P
>> Monday, August 16, 2010
Sering menjadi bahan kuliah saya betapa penting aspek refleksi dalam P&P. Selain untuk mengukur keberkesanan pengajaran kita, beberapa aspek lain juga mungkin dapat kita temui jika sering menjadikan refleksi sebagai modus operandi.
Kini semester pertama tahun 2010 telah menghampiri pertengahannya. Dalam makna kata yang lain tempoh 15 minggu berkuliah untuk kursus Pengantar Pendidikan bagi guru pelatih sem 3 PPISMP, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi minggu sebelum bercuti dan berhari raya nanti.
Minggu lepas, saya melaksanakan sesi refleksi dengan menjadikan kaedah One Minute Paper (OMP)sebagai alat pengukuran. Tiga soalan dikemukakan untuk dijawab oleh guru pelatih. Soalannya ringkas sahaja.:
1. Apa yang anda tidak faham dengan pengajaran saya?2. Apa yang anda faham dengan isi pengajaran saya?
3. Apakah komen anda terhadap p&p saya?
Kaedah OMP telah dipopularkan oleh Prof Noran Fauzan Yaakob, Dekan Fakulti Sains Kognitif , UPSI dan ianya dicetuskan oleh seorang professor dari sebuah universiti di USA. Pendekatan ini berkessan untuk menilai apakah yang kita kuliahkan sepanjang bersama pelatih dapat difahami atau sebaliknya. Pelatih diminta menulis secara ringkas dan rahsia jawapan-jawapan bagi persolan tersebut. Apa yang lebih merisaukan jika kuliah kita lebih bersifat Syok sendiri!!!!!
Alhamdulillah, keputusan atau respon yang diberi oleh guru pelatih kepada saya amat membanggakan dan menjadi motivasi untuk terus berjuang di medan pendidikan ini. Tak perlulah saya menuliskan bait-bait indah dan melangit yang mereka hamburkan. Cukuplah saya katakan soalan yang ketiga itu menjadi pembakar semangat buat saya. Cuma harapan saya tu macam biasa, biarlah komen yang mereka berikan adalah ikhlas dan bersesuaian dengan taraf mereka sebagai bakal guru. Apa pun alhamdulillah terima kasih atas komen-komen yang kalian berikan.
0 comments:
Post a Comment