Musim buah dan bulan puasa....

>> Monday, August 30, 2010

Sejak 20 hari yang lalu, umat Islam khasnya di Malaysia menjalani Ramadhan. Keberkatan dan kemuliaan bulan puasa ini dimeriahkan lagi dengan amalan taraweh, tadarus serta amalan yang disunatkan sepanjang amalan wajib ini....Tahniahlah kepada yang masih diberikan Allah swt rahmatNya untuk mengerjakan ibadah ini.

Sepanjang Ramadan ini, musim buah-buahan juga sedang rancak masak dan gugur. Pemilik kebun terpaksa menjualnya dengan harga yang murah kerana permintaan yang kurang sepanjang bulan puasa ini. Maklumlah, peminat buah-buahan ni sedang berpuasa. Nak harapkan waktu malam baru nak makan, jumlahnya tentulah tidak sebanyak mana untuk dimakan . Nak makan macam mana , murtabak, nasi kerabu, beleda, bubur lambuk dah hampir memnuhi ruang dalam perut malah ada yang sampai ke pangkal tengkuk.

Cuma dalam keadaan beginilah, saya fikir industri buah-buahan tempatan kita memerlukan inovasi. Agensi-agensi penyelidikan perlu memikirkan bagaimanakah buah-buahan. Dimanakah agensi penyelidik yang boleh memproses buah-buahan tadi supaya ditinkan, dikeringkan, dijeruk dan sebagainya supaya dapat mengelakkan ianya membazir begitu sahaja. Fikirkanlah kaedahnya, sekurang-kurangnnya para pekebun masih beroleh pendapatan yang lumayan walaupun bulan puasa sedang berlalu.....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin