Baju raya......

>> Monday, August 16, 2010

Tulisan ini sekadar menceritakan betapa besarnya erti sehelai baju raya buat diri saya sewaktu usia menganjak remaja. Sewaktu bersekolah rendah dan berumjur belasan tahun, saat yang dinantikan oleh kami ialah apabila bapa membelikan sehelai baju raya dan sehelai seluar. Adakalanya, ditambah dengan sehelai kain pelikat cap gajah.

Aduhhhh.....pemberian ini sangat bermakna kerana inilah kali kedua dalam setahun saya akan mendapat baju baru. Sekali pada awal tahun persekolahan; iaitu baju sekolah dan seluar sekolah dan kali kedua bila menyambut hari raya.

Minggu lepas, tugasan mencari baju raya telah bermula. Dengan menjadikan The Store Mentakab sebagai objek sasaran, isteriku membawa empat orang anak kami untuk memilih pakaian yang sesuai. Tugas memilih dan menyesuaikan (matching) ni memang tugas hakiki isteri saya. Saya tu macam biasalah..hulur mana yang patut, pandu kereta , turunkan mereka di depan pasar raya tersebut dan carilah parking yang sesuai sementara acara shopping berlangsung.

Hampir dua jam masa diambil untuk menyelesaikan urusan tersebut. Pada sangkaan saya semua dah siap, tapi rupanya 'perjuangan belum selesai' lagi. maknanya, kena tinjau lagi kedai-kedai lain, tapi mungkin sekitar Jerantut je lah.

Ohh, alangkah mewah dan gembira anak-anak kini yang dibekalkan dengan dua tiga pasang baju oleh ibu bapa berbanding zaman kita dulu. Raya hanyalah sehari walaupun bulan Syawal masih panjang. Hari pertama sahaja hari raya, selain itu, dah macam biasa..Tak macam hari ni..bukan sebulan raya malah adakalanya lebih daripada sebulan. Rumah terbuka, jamuan sana-sini dan jemputan tak habis-habis....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin