Ramadhan Datang lagi....
>> Thursday, August 12, 2010
Selamat menyambut ramadhan al mubarak.
Itulah antara ucapan yang disertai pula dengan doa, harapan, hadith Nabi Muhamad saw dan berbagai lagi madah serta ingatan yang tersirna rasa kasih antara penghantar sms kepada saya baru-baru ini. Kepada semua yang menghantarnya, saya telah membalasnya dengan mengembalikan ucapan dan doa yang indah-indah itu juga terkabul buat mereka jua.
Yang pasti ada antara sms yang saya terima ada yang berbentuk "forward" dari rakan-rakan yang lain. Apa pun, saya yakin bahawa niat mereka adalah suci sesuci bulan yang penuh keberkatan ini.
Tahun lepas, 2009, sewaktu menyambut Ramadhan, cuti sakit saya masih belum habis. Dalam erti kata yang lain saya masih belum bertugas pada waktu itu ekoran kemalangan bulan Mac 2009. Cuma ingatan dari kawan-kawan dan para student terus diterima sebagaimana tahun ini juga.
Sewaktu menjalani ibadat ini, saya sering teringat zaman kanak-kanak saya dalam menjalani ibadah puasa. Bukan nak cerita pasal moreh atau terwehnya, tapi aspek lain yang kini jarang dilakukan oleh generasi muda.
Kisahnya begini..... sepanjang bulan Ramadhan waktu bersekolah rendah dulu, antara tugas utama saya dan beberapa rakan (biasanya antara 3 hingga 4 ) orang akan bertugas membasuh pinggan dan menyediakan minuman untuk para jemaah selepas solat teraweh.
Tugas ini bermula seawal belum azan Isya dilaungkan. Saya akan menghidupkan api di sabak (tempat memasak) di belakang balaisah dan menjerang satu tin air. Dengan menggunakan kayu api, jumlah air itu dikira cukup untuk membacuh 4 cerek air kopi dan air teh. Dua cerek kopi O dan dua cerek teh O. Selesai menghidupkan dan menjerang air, kami akan solat Isya dan teraweh terlebih dahulu. Apabila tiba waktu meratib(tahlil), kami akan turun untuk membancuh minuman, Nak kata terer tu taklah, tapi kopi O dan teh O tak pernah pula terima komplen kurang manis atau kurang kawwww!!!
Tugas kami berikutnya ialah membasuh pinggan mangkuk dan cawan selepas jamuan moreh diadakan . Jika malam tu makan bihun, banyak pinggan dan cawan yang perlu dicuci. Jika nasi pulak, lagi laa banyak sebab jamuan diadakan secara berhidang. Tak de ler cara buffet-buffett nih... tapi kalu morehnya makan apam balik, senanglah pulak...pokoknya semua kami kena cuci. Sama ada cuci malam tu juga atau cuci bila pulang dari sekolah keesokannya.
Rupanya tugas sukarela ni ada habuannnya bila menjelang hari raya. Zaman kecik-kecik ni tak tahulah sangat makna ikhlas-ikhlas nih. orang suruh, kita buat jer, lagi pun bukan susah sangat. Jadi pada pagi hari raya selepas khutbah raya, ketua kampung pun edarkan pinggan besar kepada para jemaah.. seringgit dua tu banyaklah juga . maklumlah setahun sekali bersedekah..
Akhirnya jumlah wang yang terkumpul tu dibahagi sama rata oleh orang-orang tua balaisah dan diberilah kepada kami berempat yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan tu..berbaloi juga. Dapatlah RM15 sorang...Pergghhh...tu dah cukup lumayan buat kanak-kanak zaman tu. Dengan wang tu, kami pergilah ke pekan Batu Kurau. Jauhnya lima batu. Naik kereta sapu baru 20 sen sorang. Pergi balik 40 sen laa..
Yang pertama sekali dicari ialah pistol!!!!!dari pistol berpeluru plastik hingalah pistol air. Macam-macam warna ada, hijau, biru, merah, hitam dan sebagaunya. Lepas minum cendol dan mee goreng mamak. Balik rumah, mulalah main perang sekampung...
gitulah lebih kurang ceritanya.....
0 comments:
Post a Comment