Gena jadi lagu tu...
>> Saturday, November 7, 2015
Tarikh : 5hb November 2015
Lokasi: Masjid Kg Paloh, Ipoh
Jam : Sekitar jam 3 petang; sebelum Asar
Topik : campur-campur
Selepas mengambil beberapa keping gambar di sekitar masjid dan kuburan yang terdapat berdekatan dengan masjid bersejarah itu, saya memlih kawasan tepi kanan masjid tersebut untuk melelapkan mata barang sekejap. Selepas terlelap dengan tidur-tidur ayam, tetiba saya tersedar bila terdengar orang bercakap dengan kuat mengajaknya rakannnya bangun untuk makan kueh. Apam balik dengan sirap rupanya. Saya turut dijemput kerana telah terbangun akibat ajakan yang kuat tadi. Bak kata P. Ramli...rezeki jangan ditolak!!!!
Sebentar kemudian, datang lagi dua orang rakan turut serta menghadapi jamuan kecil. Salah seorangnya duduk berhadapan dengan saya dan mula bertanya khabar. Kami bertukar-tukar cerita hinggalah dia bertanya saya ni berasal dari mana. Bila dia mengetahui bahawa saya ni orang Batu Kurau, dia pun mengatakan bahawa dia pun berasal dari Batu Kurau jugak; Jelai katanya, depan masjid lama Jelai.
Bila mengetahui saya ni orang Batu Kurau, dia mula menukar 'slang Patani" Tukughonya...mung aku dan gena gitu...Banyaklah yang dibualnya dan saya banyak mengiyakan saja sebab menghormati umurnya lebih tua. Cuma bila menyentuh politik, dia mengungkit tentang "kehilangan"tapak rumah asal Dato Seri Hj Kamaruddin Mat Isa di Kampung Batu 16, berdekatan dengan kilang rotan. Dia meluahkan rasa kesalnya dan bertanya adakah orang Tukugho tidak menyayangi DS Hj Kamaruddin Hj Mat Isa yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Perak (1970-1974) suatu ketika dahulu. Saya membiarkan dia membebel kenapa dan mengapa 'orang' Tukugho tidak berbuat sesuatu sambil menyebut nama tokoh-tokoh politik tertentu!!!!
Tak tahulah apa motif dia bersungut begitu, cuma mungkin boleh disyorkan kepada mereka yang berkenaan. Gena jadi gitu weh!!!
0 comments:
Post a Comment