Interaksi Jun KDC Kemas/Perpaduan

>> Tuesday, June 15, 2010

Selamat datang kepada warga KDC Kemas/Perpaduan bagi interaksi Jun 2010. Bagi interaksi kali ini, kalian akan bermukim di Hulu Lipis ini selama 2 minggu..Untuk bertemu kalian, hanya musim-musim cuti beginilah kita akan bertentang mata..saya sentiasa teruja untuk bersemuka dengan kalian semua. Jumlah 12 jam interaksi yang diperuntukkan kepada saya mencukupi untuk berkuliah dan berbual mengenai perjalanan kursus dan TABIKA masing-masing.

Cuma , untuk menghilangkan kebosanan berkuliah di bilik, saya sempat mengajak mereka beraktiviti di ruang lapang berdekatan dengan kiosk..terasa seronok melihat peserta kdc ini terjerit-jerit mengarahkan rakan-rakannya melukis wajah murid kesayangan mereka dengan mata tertutup.

Di akhir aktiviti, ramai kepenatan kerana asyik memberi arahan untuk rakan-rakan melakar wajah. Bila ditanya,apa yang anda pelajari melalui aktiviti tersebut, semua ahli memberi pendapat. Yang bestnya bila seorang peserta menyatakan "begitulah seksanya kehidupan orang buta"...Alhamdulillah....bersyukurlah kita masih diberi Allah swt nikmat melihat kebesaran Ilahi ini..

Selesailah sudah pertemuan kita untuk kali ini...........jumpa lagi pada bulan Ogos/September nanti

Read more...

YB Mela....

>> Friday, May 21, 2010

Acapkali peristiwa begini berlaku tanpa diduga. Itulah kebesaran Allah swt dalam mengatur perjalanan hambaNya. Seperti biasa, sewaktu dalam perjalanan pulang ke Jerantut, kami akan mencari "pot-pot" yang sesuai untuk minum petang. Adakalanya, gerai goreng piasang dengan air kelapa, adakalanya gerai cendol, adakala di Seri Ajji dengan mee gorengnya.

Cuma siang tadi kami dapat pot baru. Kedai makan kat Kg. Mela telah dibuka sejak beberapa hari yang lalu. Dilihat dari mata kasar , kelihatan agak menyelerakan kerana setiap petang ramai pengunjung kedai kopi ni. Nampak bersih dan kawasan parkingnya pun luas. Berdepan pula dengan SK Mela.

Seperti di sebutkan awal tadi, memang peristiwa ni tak dirancang. Setelah duduk dan memesan makanan dan minuman, datang Perdana V6 berlogo Ahli Parlimen. Ahhhh,Datuk Saharom datang weh!!! Bila dia keluar, saya lantas mengangkat tangan dan memberi salam. Maklumlah,kita kenal YB,cuma YB tak berapa kenal kita..Biasalahkan. Setelah menjawab salam, YB bertanya khabar dan datang dari mana. Pulang dari maktab dan nak balik ke Jerantut. Waktu tu kami berlima dengan dua buah kereta berasingan. Rupanya YB bertemu dengan JKKK agaknya. Kerana sekejap saja dia duduk, berderet orang-orang kuat kampung ni membuntuti beliau. Kami tak campurlah perbualan beliau dengan juak-juaknya. Cuma setiap yang datang sambil mencari tempat duduk, kami salami kerana maklumlah masuk kampung orang. Penuhlah kedai baru ni dengan anak buah YB Lipis.

Kami dengan hal kami. Mee goreng mamak telah selesai kami hadamkan, kueh popiah dan goreng pisang selamat dalam kandungan, air pun dah kering dalam cawan. RM 18.70 .Jom, kita balik. Dengan tongkat di kedua-dua ketiak, saya melangkah dan baru YB perasan. Kenapa ni? Accident Dato!! Tu kat depan masjid Kerambit.

Lantas dia mencadangkan agar jangan berulang dan duduk jer di Lipis, tapi saya pula membalas cadangannya supaya Dato tolong luruskan jalan Jerantut-- Lipis nih!!!!Lalu dijawabnya, awak kena bagitau JKR lah, saya pula jawab, Datolah yang patut bagitau!!!!!

Zaim kata, awak ni ada sentuhan politiklah!!!!!!!

Read more...

Pakcik Mat. Taha....

Sengaja saya menitipkan catatan ini sebagai ingatan terhadap pertemuan saya yang tidak dirancang di rumah jiran yang kematian ibunya baru-baru ini. Pertemuan di majlis tahlil tersebut seoalah-olah kami sudah kenal mesra sejak 20 tahun yang lalu. Walhal, ia hanya berlangsung sewaktu kami sedang bertahlil di bahagian luar rumah kerana bilangan jemaah yang ramai. Sementelahan , kami tiba agak lewat dan pakcik Mat duduk di lantai sedangkan saya tercatuk di kerusi. Maklumlah, OKU....

Ternyata sentuhan kemanusiaannya pada malam itu sangat mengesankan saya.Selesai majlis tahlil, acara kemuncakna adalah makan. Para tetamu bangun dan berbaris panjang untuk menceduk habuan yang disediakan. Hampir semuanya saya kenali kerana kami sudah tinggal bersama di kejiranan ini sejak dua tahun yang lalu..Namun, masing-masing bersedia untuk mengaut bagi keperluan dirinya sedangkan saya hanya menunggu ehsan mereka yang normal. Nak ambil sendiri makanan tak mampu kerana kekurangan diri yang ada. Mereka berselera sekali menyuapkan kudapan tapi siapa yang peduli pada insan ini...

Di situlah pakcik Mat Taha yang baru saya kenali bersuara nyaring kepada anak-anak sedaranya supaya diceduk nasi untuk cikgu ni!!!Dia bersusah payah mengambilkan air untuk membasuh tangan,ambil air minuman, carikan tisu dan sekali lagi mengambil air sirap untuk membasuh tangan setelah kudapan selamat dalam perut. Hati kecil ini amat tersentuh dengan budi bahasa serta layanan tanpa memilih bulu yang pakcik Mat Taha tunjukkan. Sedangkan , saya hanya kenal beliau sedetik dua yang lalu, namun itu tdak menghalang lelaki duda bekas tentera British di Singapura ini untuk berbudi pada saya. Berkali-kali saya mengucapkan terima kasih atas bantuan pakcik Mat menguruskan kebajikan saya malam tu.

Demi menghargainya, sewaktu pulang saya sempat memperkenalkan dirinya kepada isteri saya. Alangkah beruntungnya masyarakat jika masih wujud insan yang sudi mendahulukan kebajikan orang lain melebihi kepentingan dirinya. Mungkin pada orang lain, budi pakcik Mat Taha hanya biasa-biasa saja tetapi bagi warga OKU seperti saya ia sangat menyentuh perasaan kemanusiaan saya.

Supaya lebih nyata, cuba kalian bayangkan, di hadapan kita rakan-rakan kita sedang menyuap penuh selera ,sedangkan kita hanya memerhati dengan penuh selera?? nak minta tolong ambilkan, tak sampai hati, tapi mereka sampai hati melihat kita sedang memerhati aksi mereka penuh berselera. Dan yang lebih pedih,ada yang kata "kawan tak perasan deme ada situ"!!!!!!! Akhirnya, rakan-rakan yang tadinya pun 'menawarkan bakti" pada insan ini bila mereka sudah cukup kenyang!!!!!

Pakcik Mat Taha,,,,,,semoga Allah swt panjangkan umurmu penuh dengan kebajikan dan keberkatan.....

Read more...

Politikus gaya era pasca DEB...

>> Thursday, May 13, 2010

Saya tertarik dengan tulian Dr Rokiah yang menyebutkan bahawa gaya politik era pasca DEB yang rakus dan tidakbertimbangrasa. Perjuangan politik selepas era DEB memerlukan wang yang banyak kerana pengaruh politik wang dalam usaha membeli undi.

Beliau turut mengungkap ;

berjuang dalam arena politik memerlukan naluri 'membunuh' pesaing atau disebut "instinct to kill" kalau mahu terus menang.

Pemimpin seperti Fatimah Hashim dan Zaleha Ismail kecundang kerana mereka tidak punya naluri begitu yang sanggup mencencang pesaing.

Demikianlah bahana politik yang bertunjangkan hawa nafsu dan kebendaan dan melupakan amanah serta tanggungjawab di hadapan mahkamah Rabbul Jalil...

R. Tagore cuma mengingatkan ; To build a nation, first build a school..

Read more...

Pemimpin

Pemimpin dan kepimpinan adalah sesuatu yang menyentuh kemampuan seseorang bertindak dan berkelakuan seperti seorang ketua. Ia mampu memperlihatkan kebolehan untuk membimbing para pengikutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

Dalam kehidupan bermasyarakat, pemimpin dirujuk untuk mendapat restu dalam membuat keputusan. Kepimpinan yang bercorak demokrasi tidak akan membelakangkan pendapat awam mengenai sesuatu cadangan atau rangka kerja bagi membina ummah dan negara. Kesepakatan dan permuafakatan adalah teras utama kepimpinan begini. Semangat bermesyuarah dan bermuzakarah adalah medium untuk mengetahui sejauhmana kebaikan dan keburukan sesuatu perancangan.

Namun begitu, siapakah pemimpin? Tenas Effendy dalam bukunya Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu menyebut begini;

"mereka yang dikatakan pemimpin adalah mereka yang didahulukan selangkah, yang ditinggikan seranting, yang dilebihkan serambut dan yang dimuliakan sekuku" .

Bersediakan anda untuk menjadi seorang pemimpin???

Read more...
Blog Widget by LinkWithin