Pakcik Mat. Taha....
>> Friday, May 21, 2010
Sengaja saya menitipkan catatan ini sebagai ingatan terhadap pertemuan saya yang tidak dirancang di rumah jiran yang kematian ibunya baru-baru ini. Pertemuan di majlis tahlil tersebut seoalah-olah kami sudah kenal mesra sejak 20 tahun yang lalu. Walhal, ia hanya berlangsung sewaktu kami sedang bertahlil di bahagian luar rumah kerana bilangan jemaah yang ramai. Sementelahan , kami tiba agak lewat dan pakcik Mat duduk di lantai sedangkan saya tercatuk di kerusi. Maklumlah, OKU....
Ternyata sentuhan kemanusiaannya pada malam itu sangat mengesankan saya.Selesai majlis tahlil, acara kemuncakna adalah makan. Para tetamu bangun dan berbaris panjang untuk menceduk habuan yang disediakan. Hampir semuanya saya kenali kerana kami sudah tinggal bersama di kejiranan ini sejak dua tahun yang lalu..Namun, masing-masing bersedia untuk mengaut bagi keperluan dirinya sedangkan saya hanya menunggu ehsan mereka yang normal. Nak ambil sendiri makanan tak mampu kerana kekurangan diri yang ada. Mereka berselera sekali menyuapkan kudapan tapi siapa yang peduli pada insan ini...
Di situlah pakcik Mat Taha yang baru saya kenali bersuara nyaring kepada anak-anak sedaranya supaya diceduk nasi untuk cikgu ni!!!Dia bersusah payah mengambilkan air untuk membasuh tangan,ambil air minuman, carikan tisu dan sekali lagi mengambil air sirap untuk membasuh tangan setelah kudapan selamat dalam perut. Hati kecil ini amat tersentuh dengan budi bahasa serta layanan tanpa memilih bulu yang pakcik Mat Taha tunjukkan. Sedangkan , saya hanya kenal beliau sedetik dua yang lalu, namun itu tdak menghalang lelaki duda bekas tentera British di Singapura ini untuk berbudi pada saya. Berkali-kali saya mengucapkan terima kasih atas bantuan pakcik Mat menguruskan kebajikan saya malam tu.
Demi menghargainya, sewaktu pulang saya sempat memperkenalkan dirinya kepada isteri saya. Alangkah beruntungnya masyarakat jika masih wujud insan yang sudi mendahulukan kebajikan orang lain melebihi kepentingan dirinya. Mungkin pada orang lain, budi pakcik Mat Taha hanya biasa-biasa saja tetapi bagi warga OKU seperti saya ia sangat menyentuh perasaan kemanusiaan saya.
Supaya lebih nyata, cuba kalian bayangkan, di hadapan kita rakan-rakan kita sedang menyuap penuh selera ,sedangkan kita hanya memerhati dengan penuh selera?? nak minta tolong ambilkan, tak sampai hati, tapi mereka sampai hati melihat kita sedang memerhati aksi mereka penuh berselera. Dan yang lebih pedih,ada yang kata "kawan tak perasan deme ada situ"!!!!!!! Akhirnya, rakan-rakan yang tadinya pun 'menawarkan bakti" pada insan ini bila mereka sudah cukup kenyang!!!!!
Pakcik Mat Taha,,,,,,semoga Allah swt panjangkan umurmu penuh dengan kebajikan dan keberkatan.....
0 comments:
Post a Comment