Adatlah bila berkawan...

>> Wednesday, May 5, 2010

Tempoh berulang-alik antara Jerantut dan Lipis ni memang mempunyai berbagai cabaran dan debaran. Selain ujian dan risiko, ada sesuatu yang ingin saya kongsi bersama.

Ceritanya beginilah..nak duduk di Lipis ni memang hati saya kurang seronok sikit. Jadi saya lebih suka berulang-alik setiap hari dari Jerantut ke Lipis. Perjalanannya mengambil masa satu jam sahaja dengan jarak sekitar 78 kilometer. Biasanya saya bergerak sekitar jam 6.40 pagi dan tiba di kampus sekitar jam 7.40 pagi atau sedikt lewat tapi tidak melepesai jam 8.00 pagi.

Selain berlumba dengan rakan-rakan yang lain , kami juga bersaing dengan lori-lori balak dan lori bijih besi. Belum kira bertembung dengan gerombolan kerbau dan murid-murid sekolah yang juga sedang menuju destinasi masing-masing. Oleh kerana, kami begerak pada awal pagi, memang biasalah kami bertemu dengan bangkai binatang yang dilanggar kenderaan pada malam tadi..ada babi, ular, musang, yang terlenyek ditengah jalan atau di tepi-tepi jalan..adakalanya jarak penglihatan kami juga terhad jika alam dilitupi kabus tebal...itulah risoko yang harus kami tempuhi kerana sayangkan "padang tempat bermain" di Lipis.

Cuma..adakalanya, dalam berulang-alik ni, saya sering menumpang rakan-rakan. Alhamdulillah, setakat ni tiada masalah. Yang penting, waktu menumpang ni faham-fahamlah...minyak bukannya air..bila letih jom mengeteh dulu..dan kalu lapar pula, order jer...

1 comments:

Admin May 7, 2010 at 1:34 PM  

yew encik, adat..
kne fham2, jgn wt xtw jek kn,
nk beli pape, bkan kai daun kayu =)
sye slalu tmpang2 neh,
yg pling byak ny, tmpang kak fiza la, ehhe..

Blog Widget by LinkWithin