Kecelaruan dunia media massa...
>> Thursday, May 13, 2010
Saya tertarik dengan penulisan Datuk Johan Jaafar yang melihat suasana dunia persuratkhabaran atau penulisan yang bercelaru dalam membina minda pembaca.
Suatu ketika dulu persurtkhabaran yang diperjuangkan oleh para wartawan yang menjunjung kebebasan bersuara telah berjaya membentuk arus perjuangan terhadap kecintan terhadap negara. Namun perubahan masa telah menyebabkan para politikus merasakan bahawa penguasaan terhadap media cetak khasnya suratkhabar adalah satu medium untuk menguasai fikiran rakyat. Justeru akhbar-akhbar telah dimiliki oleh parti-parti politik. Ternyata politikus memerlukan suratkhabar(baca wartawan) untuk melonjakkan populariti masing-masing. Maka wujudlah hubungan "patron-clients" yang ketara antara wartawan dengan tokoh-tokoh politik yang mendominasi syarikat akhbar tersebut.
Datuk Johan seterusnya merasa gusar dengan kombinasi isu-isu berunsur sex, bohong dan demokrasi dalam dunia media massa hari ini. Ternyata telahan beliau dapat dilihat dipasaran hari ini. Baik media cetak atau media elektronik, gabungan tiga unsur di atas sangat laris di pasaran. Di kaca-kaca TV, siaran berbentuk hiburan sangat mendapat rating yang tinggi daripada kalangan masyarakat. Adalah dikhuatiri, dengan banyak menumpukan kepada aspek-aspek yang kurang serius akan menyebabkan kualiti terjejas. Cerita hantu, seram, jangan pandang situ dan sebagainya tidak merangsang daya berfikir untuk menyahut cabaran global.
Apa yang berlaku kini adalah proses "dumbing down"- proses pembodohan dalam media arus perdana. Ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa hanya media yang memaparkan berita sensasi sahaja yang mencatat peningkatan jualan. Malangnya, corak pembacaan dan pemberitaan beginilah yang sangat diminati golongan Melayu Islam!!!!!
0 comments:
Post a Comment