Jom makan-makan di Lipis

>> Wednesday, May 5, 2010

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup!!!!! Gitulah kekadang bila mengingatkan soal makan. Bukanlah tempatnya untuk saya menulis pengertian yang tersirat di sebalik frasa-frasa tersebut. Cuma di Lipis ni, untuk dapat merasa makanan yang sedap dan menyelerakan, kita perlu ambil masa untuk "menjelajah" ke hulu ke hilir untuk menemui selera kita . Bukan tersorok hingga tidak di ketahui orang tetapi hanya" jauhari mengenal manikam" lah katakan .

Gitulah yang saya alami untuk mendapat selera yang sesuai. Untuk sarapan pagi misalnya, ada "pot-pot " tertentu yang jadi pilihan ramai "kaki makan". Pada mereka biar jauh sikit, tapi berbaloi..setuju jugak dengan komen gitu. Sepanjang penjelajahan saya, untuk sarapan pagi ada beberapa pot yang power. Antaranya di Kg Berembang hala ke Padang Tengku. Gerai kat janakuasa TNB depan simpang PAKR Tempoyang pun ok juga. Nasi berlauknya memang menjadi punya. Kalau nak rasa nasi kerabu Kelate, jom gi stesen keretapi atau pun kedai Tok Wan di Kuala Lanar. Tak pun kedai pelita ayam beratap bertam yang juga di Kuala Lanar. Demo tu siap daging bakar dan budu ekstra jika mahu. Kari ayam di stesen keretapi Lipis boleh tahan hingga tengahari. Harga tuu hampir sama jer..

Tengahari pulak, boleh pilih dua tiga tempatlah. Nasi ayam kat kedai tujuh pintu tepi gelanggang petanque pun ok juga. Tak pun, kita pekena Kakcik Nasi Kukus kat tepi pejabat YB Padang Tengku. Selain ayam goreng yang panas-panas, kari dalcanya juga cukup berkolestrol. Pekat dan berummmmphhhh!!!!. Kalu nak sedap lagi jom kita pergi ke Kg Melaka dekat Kechau Tui untuk merasa keenakan ikan bakar bro...perggghhhh, dahlah, kecur liur wehhhhh.

Petang macam biasa laa. Goreng pisang, teh tarik, ubi goreng, keropok lekor goreng. Kedai Mat'am Hj Ramli tepi IPG pun dah ok. Pisang gorengnya rangup sebab dipotong dan dibelah nipis-nipis. Gerai kat bus stop Taman Permai pun ok jugak. Air kelapa dan keropoknya enak sekali dong!!! Cuma kalu nak standard sikit bolehlah masuk cafe majlis daerah kat tepi bulatan depan balai polis Lipis. Kat situ, ber'aircond' dan privacy sikit. Ada jual wafer dan "western food" juga...

Ooooo, malam pulak. Boleh jer ke mee celup di Kg Gua, atau kat area stesen bas lama pun ok. Banyak masakan panas dijual di kedai-kedai makan kat situ. Kalu teringin nak makan lemang panas dan rendang yang paling sedap di daerah Lipis, pergilah ke Kg Lubuk Kulit pada setiap petang hari Selasa bermula jam 5.00 petang. Anda pasti menjilat jari...

2 comments:

Blog Widget by LinkWithin