Sesi bermesra....
>> Wednesday, May 5, 2010
Sengaja saya menuliskan perkara ini untuk menyatakan betapa hari-hari yang berlalu di IPG ini sungguh menyeronokkan. Sewaktu ketiadaan kuliah, perpustakaan adalah rumah kedua saya selain berada di jabatan. Inilah waktu untuk saya bersantai dengan buku-buku dan majalah-majalah bulanan terbaru. Ada waktunya saya sempat juga membaca buletin-buletin terbitan berbagai agensi dan badan-badan yang terdapat dalam negara ini.
Sesi bersantai bersama buku dan majalah ini adakalanya di selangseli dengan kehadiran dan kesudian para guru pelatih yang ingin bertanya khabar. Ada juga yang tidak sabar-sabar menunggu kesihatan saya untuk pulih kembali. Itulah antara keseronokan yang saya alami. Saling doa mendoakan dan saya yakin hubungan mesra ini terjalin kerana kami sering mengambil berat tentang satu sama lain. Adakalanya sesi kuliah saya dihabiskan dengan sering bertanya khabar keadaan kebajikan para pelatih, tentang perjalanan praktikum mereka, sakit demam mereka dan tak ketinggalan tentang 'buah hati' masing-masing. Ada yang datang untuk berkongsi cerita dan ada yang datang untuk dengar cerita.
Selain itu, dapat juga tengok gelagat guru-guru pelatih sewaktu berada di perpustakaan. Ada kelompok yang suka baca majalah kekeluargaan dan kurang minat baca bahan yang sedikit ilmiah. Suka baca majalah Keluarga, Nona, dan tak berapa nak belek Dewan Mayarakat, Dewan Budaya. Tak kisahlah, asalkan minat membaca terus tertanam di jiwa pendidik. Adalah amat malang, jika pembacaan hanya tertumpu untuk tujuan peperiksaan sahaja.
Apa yang mustahak, sesi santai ini menimbulkan keinsafan dan juga menanam minat yang mendalam terhadap profesion ini. Namun ada juga yang bertanyakan sesuatu yang di luar skop pendidikan. Tentunya hal yang berkaitan pelancongan, ladang sawit, getah dan sikit-sikit pasal saham nih...saya pun tak tahu sangat tapi ada laa sikit-sikit yang boleh dikongsi bersama. Pokoknya ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama...pengalaman laa kan.
0 comments:
Post a Comment