Mencari keserasian......
>> Friday, October 8, 2010
Saya hanya nak 'pinjam' status jer!!!!
Gitulah kami memulakan perbualan santai tapi agak 'berisi' pada suatu hari yang indah. Dengan perut masing-masing dah kenyang, kami memilih tempat yang tidak menimbulkan persepsi negatif warga setaman. Memang ramai dok perhati dialog sanatai kami hari tu..
Pinjam macam mana? balas saya berupa solan yang minta penjelasan.
Saya hanya nak pinjam status yang menunjukkan saya dah bersuami walupun sebagai nombor dua, saya boleh uruskan hidup saya sendiri dan suami saya boleh beri tumpuan pada isteri pertama dan keluarganya. Saya juga tak tuntut sebarang nafkah dan segala permasalahan saya urus sendiri..hanya nak pinjam status isteri dan bergelar puan bukan cik...gitulah luahan hati rakan saya tadi. Saya tak perlukan wang ringgit dan emas perak dia juga., ringkasnya tak perlukan apa-apa, cuma nak status tukar jer.
Kenapa begitu sekali desparatenya??? tanya saya lagi.
Ikhlas saya katakan kawan saya tu memang nice looking dan punya body cutting yang ideal juga tapi kini sedang memikul status 'J'. Rupanya , telinga dia dah puas mendengar mulut-mulut joyah yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut lain kononnya kawan saya ni suka menggatal dan sebagainya....
Diskusi santai kami tadi memberi kesempatan pada saya untuk melakukan mental exercise tentang asam garam berumahtangga. Maklumlah, sehari dua ni, saya sedang berhadapan dengan beberapa kes rumahtangga yang berantakan dan memberi idea buat saya berdiskusi dengan rakan saya tadi..Maksudnya bukan rumahtangga saya yang berantakan tapi saya sedang mengikuti beberappa kes yang mungkin menjadi pedoman untuk saya berkongsi dengan rakan'J' saya tadi...
Akhirnya saya cuba menyatakan bahawa istilah 'pinjam' tidak sesuai wujud dalam sebuah perkahwinan walau dengan apa alasan sekalipun. Sebaliknya, saya lebih gembira jika istilah perkongsian digunapakai dalam alam rumahtangga. Apatah lagi, pernikahan dan perkahwinan adalah sebahagian ibadah yang disuruh oleh Allah swt..serta ia juga Sunnah Rasulullah s.a.w sendiri..
Gitulah lebih kurang bualan santai kami tempohari.... Read more...
Wali band di Hulu Jelai......
Perjalanan ke sana dihubungi dengan kemudahan jalanraya yang baik dan sempurna. Dengan ditemani kabus pagi, saya menumpang rakan tadi melepasi perkampungan tradisi masyarakat Melayu seperti Kg Bercham, Tanjung Jambu, Sg Ular dan Felda Sg Koyan. Selepas melepasi Kg Kuala Medang, kami membeluk ke kiri menuju arah hulu sungai Jelai...
Kedudukan sekolah yang tersergam indah di Lembah hulu Sungai Jelai sangat indah. Dengan dikelililngi oleh ladang kelapa sawit yang menghijau, sekolah tersebut juga di jirani oleh penempatan baru rumah-rumah Orang Asli yang masih belum dihuni. Mungkin perumahan mesra rakyat tersebut akan diisi penghuni sebulan dua lagi. Khabarnya, penempatan tersebut yang mengandungi lebih seratus buah rumah tiga bilik akan menempatkan semula masyarakat Orang Asli agar berada berdekatan dengan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan kerajaan. Adalah diharapakan dengan kemudahan masjid, sekolah, jalan raya dan prasarana yang lain akan membawa masyarakat Orang Asli ke tahap sosio ekonomi yang lebih baik.
Yang seronoknya, sewaktu berada di Kelas Pra sekolah yang hanya mengandungi enam orang murid, si guru pelatih menyuruh kumpulan murid tersebut melagukan lagu sewang bagi meraikan kunjungan kami berdua. Terkial-kial kanak-kanak tersebut nak cuba menyanyi nyanyian sewang tersebut..Puas dipujuk untuk menyanyikannya tapi tetap tak menjadi. Tetapi bila si guru menyuruh mereka menyanyi lagu kumpulan Wali Band dari Indonesia, terlancar dengan fasih segala lirik dan melodi lagu hits kumpulan tersebut..
.ibu-ibu, bapa-bapa
.........................................
.........................................perghhhhhh!!!!!!!!!!!!!,
tak sangka hebat budak-budak ni, hati saya berdetik!!!!!
disuruh nyanyi lagu sewang seperti lagu 'panas", lagu kuala medang, haram tak reti tapi lagu Wali Band yang jauh beribu batu , tahu pulak dia!!!!! Gitulah erti "PERUBAHAN" mungkin................. fikir-fikirkanlah.....
Budaya Ilmu....Aku bila lagi....
Tahniah saya ucapkan kepada Dr Wong Sien Biang, rakan pensyarah dari Unit Pengajian Bahasa Cina kerena pelancaran buku beliau bertajuk "Approaching the Ancients" pada hari ini. Terharu juga bila nama saya disebut oleh beliau sewaktu memasuki dewan Kuliah B yang sedia dipenuhi oleh pelajar PC dan Dato Pengarah sendiri. Sewaktu sedang membentangkan hasil pena beliau, Dr Wong masih sempat mengumumkan kehadiran saya dan dia merasa tersentuh (touching) dengan keberadaan saya di situ. Entahlah...apa yang beliau fikirkan hingga dia menyebut sewaktu perkataan touching sewaktu terpandang kehadiran saya ke situ.
Bila berkesempatan menghadiri majlis pelancaran buku penulisan dari kalangan intelektual ni memang sanagt mengujakan saya, apatah lagi ia dilaksanakan di kawasan kampus sendiri. Tambah bangga keran ia dihasilkan oleh rakan sekampus atau rakan sekerja walaupun berlainan bangsa dan budaya. Tapi kami punya citarasa dan matlamat yang sama , menghasilkan buah tangan untuk renungan generasi akan datang. Lebih mengujakan , keran melalui penulisanlah saya kita dapat mengkaji pemikiran dan rasa hati atau denyut nadi sesuatu isu atau budaya kaum tertentu.
Majlis tambah "panas" bila Dato Pengarah mancabar pensyarah-pensyarah lain yang masih berada pada tahap lama> Pendek kata, mana buah tangan anda? Gitulah cabaran Dato Pengarah bila menyatakan tujuan kehadiran di Lembah Lipis sejak dua tahun yang lalu.. Bila lagi nak menghasilkan buku anda? Itulah pertanyaan Dato Pengarah yang terselit di celahnya rasa kecewa keran masih ramai para ilmuan hanya sibuk bersoksek sana sini tapi belum menelurkan walaupun sebuah rencana ilmiah....bilalah aku nak jawab cabaran Dato ni?? Jwabnya.....satu hari nanti....bila satu hari tu nanti????
Kemerdekaan Ke 53....
>> Friday, September 24, 2010
tulisan ini mungkin sudah terlewat untuk mengulas ulangtahun sambutan kemerdekaan yang baru berlalu. Begitupun , tulisan ini lebih berhajat untuk merenung kembali detik mula perjuanagn merebut kemerdekaan 53 tahun yang lalu.
Sewaktu menghabiskan bacaan buku Memoir Ahmad Boestaman . Merdeka Dengan Darah, terungkai kini siapa yang terlebih dahulu berani dan bertekad merebut kemerdekaan yang sebenarnya. Dakwaan pihak tertentu yang mengatakan merekalah pendodkong perjuanagan merebut kemerdekaan dihurai dengan jelas oleh tokoh tersebut melalui buku tersebut.
Pihak penerbitan UKM perlu dberi ucapan penghargaan kerana berjaya membawa era baru dalam melihat kembali dan memberi pengiktirafan terhadap tokoh yang sebenar memproklamirkan idea-idea kemerdekaan....
Bacalah buku tersebut untuk mendapatkan gambaran sebenar gerak nadi pejuang kemerdekaan 53 tahun yang lalu......