Syuhada di pagi raya
>> Wednesday, October 28, 2015
Catatan sedih ini saya nukilkan selepas hampir sebulan peristiwa itu terjadi. Salam perkenalan yang kami tautkan di awal pagi hari raya korban di bumi Kemboja yang lalu hanya bertahan sekitar 40 jam sahaja. Ikutilah kisah tragis ini...
Sewaktu sambutan hari raya haji yang lalu sebagaimana biasa, saya akan berkunjung ke bumi Kemboja . Di sanalah sejak dua tiga tahun yang lalu saya menyambut hari raya tersebut. Selain bersilaturahim dengan masyarakat Islam Kemboja yang agak daif, kesempatan begitu juga membolehkan saya berkenalan dengan warga Malaysia yang lain yang juga membawa niat dan maksud yang sama seperti saya.
Kali ini, saya sempat berkenalan dengan seorang ustaz muda. Pada mulanya , saya melihat kelibatnya sewaktu melihatnya memandu Hummer berwarna kuning di dalam perkarangan Masjid Negara Kemboja di Phnom Pehn. Namun, saya tidak berkesempatan mengenainya lebih dekat kerana masing-masing sedang kepenatan selepas datang dari jauh.
Allah swt menemukannya pada waktu selepas subuh di pagi raya. Kami berjalan beriringan balik ke guest house selepas solat subuh berakhir. Dari situlah detik perkenalan kami bermula. Barulah saya tahu bahawa dia mengetuai konvoi lima buah kereta dari Shah Alam menuju ke Kemboja dengan melalui Thailand. Perggghhhh...Subhanallah...inilah peluang baru yang ingin saya cari. Dalam hati kecil saya sudah menaruh rancangan untuk menyertai konvoinya pada tahun hadapan. Bukan apa, terasa ingin mencari pengalaman baru. Lantas, sebelum berpisah ke bilik guest house masing-masing, saya sempat mengambil nombor telefonnya untuk tujuan perhubungan masa depan.
Akhirnya, selepas solat raya dan makan di Restoran Tasnem yang berdekatan, pasukan kami menuju ke arah yang yang berbeza untuk melaksanakan ibadah korban. Grup saya bersama NGO HALUAN menuju ke Kg Chnnang dan kumpulannya menuju ke perkampungan isterinya. Isterinya orang Kemboja rupanya.
Rupanya, itulah pertemuan terakhir buat saya. Keesokan harinya, sewaktu bersarapan di restoran yang sama, ahli rombongannyamemaklumkan bahawa Ustaz telah terlibat dengan kemalangan dan membawa maut!!!!. Allahuakhbar...terkedu saya mendengar berita sedih itu. Lantas berita tersebut saya kahabarkan kepada anggota NGO saya yang turut merasai kehilangan ustaz muda tersebut. Semoga Allah swt menganugaerahkan "SYUHADA" buat ustaz tersebut. AL FATHIHAH...
Read more...