Yala - Betong 2
>> Wednesday, November 12, 2014
Ke Pengkalan Hulu
Lepas solat jamak, kami teruskan memandu. Along ambik giliran sementara saya mengambil peluang ini untuk memerhati setiap inci bumi Yala - Betong ni dengan penuh minat. Kehijauan dan kesuburan tanahnya jelas kelihatan. Pepohon kayu, kebun getah serta fauna dan flora yang menghiasi laluan kami. Antara nama-nama tempat yang masih saya ingati adalah Pinang dan Bandang Satar.
Masih teringat juga kami melalui tebingan tasik buatan manusia yang besar dan luas sepanjang menyusuri jalan pulang ke Perak. Entah apakah nama tasik tersebut, saya pun dah lupa. Tapi air yang mengisi tasik tersebut, tidaklah sedalam mana. Aras airnya nun jauh ke bawah. Agaknya, kalu musim hujan, tentulah airnya dalam. Kami pun tak berhenti di sepanjang jalan kerana tak mahu tersekat di pintu imigresen Betong- Pengkalan Hulu. Laluan di sini agak bengkang bengkok tapi jalannya cantik.
Akhirnya, perjalanan kami sudah nak sampai ke Betong. Mungkin 20km lagi gamaknya. Perut pun dah mula terasa lapar. Anak isteri pun sama. Lapar dah weh. Kami berhenti di gerai tepi jalan. Oh..Kampung Gapes kata pekedai tu bila ditanya apa nama kampung ni. Gerai tepi jalan berhadapan dengan masjid Kg Gapes ni menjual mee atau mee hon sup daging itik dan ayam. Haahhh...daging itik!! Eksotik jugak tu..Biasa sup ayam jer. Dua mangkok jjalan daaa..
Sambil layan mee sup itik, azan Asar berkumandang daripada masjid kampung di lereng bukit tersebut. Gerai yang terlindung dengan bayangan banjaran bukit itu tambah mengasyikan kerana dibuai dengan angin petang yang menenangkan. Adusss... kampung Gapes...masih terkenang kampung tersebut. Sewaktu jemaah berpergian ke masjid tersebut, kami leka menikmati sajian petang terakhir sebelum melangkah ke sempadan balik ke tanahair tercinta.
Sempat juga kami bersilaturahim dengan dua keluarga dari Ipoh yang baru melangkah masuk ke Selatan Thai. Hari dah petang, tapi mereka masih berleka-leka di Kampung Gapes. Saya nasihatkan mereka agar bersegera ke Yala jika tidak mahu menginap di pekan Betong. Ini kerana, laluannya agak sunyi pada petang hari atau malam dan perlu lalui "check point" tentera pada waktu malam. Dari percakapan mereka, niatnya nak tidor di Yala, sedangkan jam dah pukul 5 petang. Kalu diambilkira dua jam memandu, mereka akan bermasalah mencari penginapan di Yala. Apatah lagi, mereka pun kali pertama berkonvoi ke Yala.
Kami tinggalkan mereka dengan beberapa tips agar selamat dalam perjjalanan. Rupanya, deme tu pun orang Meru dekat Jelapang, Ipoh.
Oh...cerita kami belum selesai. Sampai di pintu imigresen Thai, cop paspot dan serah borang kastam. Clear dan no problem. Masuk pulak imigresen Malaysia. Cop paspot sambil hulur dari dalam kereta. Jangan lupa, turunkan tingkap. Senyum sokmo kat pegawai imigeresen. Setel. Lalu pulak depan kastam. Buka cermin lagi. Haaa....apa tu? Tanya seorang pegawai kastam. Bulu kening Hilux, kata saya. Wehh...kena cukai rupanya. Barang pengguna walaupun untuk guna sendiri. Cukai 40% !!!! Adussss...duit pun dah kering pulak. Tinggal duit Siam jer untuk koleksi. Akhirnya, dapat diskaun sebab tak tahu bahawa barangan gitu kena caj. Bayar jugalah RM20. "Kalau encik tak bayar, kat depan sana ada UPP pulak!! nasihatnya berbaur amaran tuu...
Selepas berehat sebentar di sekitar Kompleks Pengkalan Hulu untuk urusan beli jajan, kami memandu ke pekan Pengkalan Hulu. Pekan yang pernah mendapat nama jolokan "tempat jin bertendang" suatu masa dahulu. Sekadar melintas sambil mencari stesen minyak dan nak ambik duit. Selesai urusan di Petronas Pengkalan Hulu, kami teruskan pemanduan menuju ke Grik. Singgah solat jamak di bandar Grik dan hujan mula renyai-renyai. Kali ini saya pula yang memandu. Iffah merengek nak makan tapi yang lain semua dah tak sabar nak sampai Ipoh. Nora keluarkan nasi kerabu pagi tadi dan menyuap Iffah agar kami tak perlu berlengah-lengah dalam perjalanan pulang. Along dah nak balik ke UTP malam tu jugak. Akhirnya, lebih kurang jam 10.00 malam, kami selamat tiba di Ipoh dengan selamat. Syukur padaMu Ilahi..niat dan hajatku sudah termakbul.
Kembara ini sangat mengujakan dan melatih kami mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan. Terasa dekat dihati bumi Pattani. Oh.. Al Fathoni. Saya mula mengcongak. Kalau ditakdirkan untuk datang lagi ke Yala seorang diri, mungkin datang dengan pengangkutan awam. Boleh rilek sambil menikmati kehijauan alam sepanjang jalan. Dari Ipoh, naik bas ekspress Broadway baru RM19.00 sampai Betong. Lepas tu, naik pula teksi Mercedes, dari Betong ke pekan Yala dengan tambang RM13.00. Teksi Betong- Yala semuanya Mercedes!!!.Lagi pun, dengan pengangkutan awam, banyak inffo boleh dicari kalau kita pandai korek.
Yala....tunggu aku datang lagi....
0 comments:
Post a Comment