Pattani.....penuh nostalgia 2
>> Thursday, November 6, 2014
23 Oktober 2014..Singgah sebentar di rumah paksu Hassan. Hantar sarapan untuknya dan bagitau yang kami nak ke Pattani, In shaa Allah. Yes..perjalanan pagi ni ceria bercampur risau. Maklumlah, sejak saya khabarkan kepada kawan-kawan yang saya nak ke seberang, ramai dok nasihatkan jangan pergi dan sebagainya. Antara doa dan harapan, saya tetapkan niat dan tujuan. Minyak diisi penuh tangki. Itu tips yang diingatkan oleh banyak penulis blog. Siap.Tukar duit. RM100 dapat bath98.20. Gerak ke pintu kompleks imigresen Rantau Panjang. Cop paspot. Setel. Cross jambatan Sg Golok. Berhenti di Komplek Imigresen Thai pulak. Isi borang ketibaan. Ambil insuran untuk 30 hari dengan harga RM30 bath. Siap. Hampir satu jam. Orang ramai jugak.
Yes...dah masuk Thai. Pekan Sg Golok, permulaan kembara Selatan Thai ikut arah pantai Timur. Tukar simkad. Minum air kelapa dekat stesen keretapi Thai. Bath 20 sebiji/rm2 sebiji..lega. Kelapa pandan. Terus memandu arah ke Takbai dan Narathiwat. Laluan tenang dan cuaca pun baik. Tiada sebarang gangguan atau chek point tentera. Singgah makan di Kg Janggut. Masih teringat rungutan tauke kedai yang perempuan tu.."waris kawe ada di Kedah, baik sangat tapi kalu kito ajok maghi sini tok se maghi. Takot gapo tak tahu. Kalu dia nak make@makan sedat, ambo kena gi sanaaa!!". Alahaiii...masakannya memang sedap dan murah pulakkk..
Lepas makan, kami teruskan pemanduan. Kabarnya pekan Saiburi atau Teluban tu dalam 25km lagi. Oh..dah tak jauh. Laluan makin sibuk. Banyak kereta hilux atau di sini dipanggil kereta kabat meluncur di jalan raya yang rata dan luas ni. Dua lorong pergi dan dua lorong balik. Antara dua lorong dipisahkan batas yang luas. Tiada jem atau kemalangan. Banyak gerai kecil jual buah duku dan dokong. Murah. Yes..akhirnya tiba di Saiburi atau dikenali juga dengan nama klasiknya Selindung Bulan. Kedatangan kami disambut dengan chek point di laluan masuk ke bandar ikan tersebut. Deretan kedainya agak sesak dan kenderaan dipandu perlahan menuju ke arah pantai. Sempat singgah di jeti melihat ikan sedang dipunggah ke darat. Semua orang Melayu,Islam, lelaki dan perempuan. Mengangkat ikan dari perut kapal, tuang ke bakul dan dicurahkan ke atas pelantar kecil. Dari situ, ikan-ikan diasingkan mengikut besar kecilnya. Kata seorang makcik, upah kami sekitar RM10 sehari!! Letih sambil berdiri dan menghirup udara hanyir ikan dengan dipupuk angin laut Teluk Siam.
Selepas puas menghirup udara pantai Wasukri, kami terus ke bandar Pattani. Sempat melalui Masjid Krue Sei atau Kerisik yang sedang ber"nat" pada petang tersebut. Tak singgah tapi terus ke hotel CS Pattani. Chek in bilik suite. RM 110..bilik besar. Terbaikkkkk.
0 comments:
Post a Comment