Tok Lembang : Pengasas Pekan Tambun

>> Wednesday, November 12, 2014

Begitulah nama besar yang mula dilupakan oleh generasi muda hari ini. Tokoh tempatan yang belum dinobatkan sebagai pengasas pekan Tambun ini menjadi bahan tulisanku untuk dipersembahkan kepada Persatuan Sejarah Malaysia. Ramai orang tahu pekan Tambun yang terkenal dengan limau tambun. Namun, hanya segelintir generasi kini yang mengetahui asal usul pembukaan pekan tersebut.

Kajian ringkas saya ini bermula bila suatu ketika saya berkunjung ke sebuah masjid lama di belakang pekan tersebut. Masjid yang sudah berusia puluhan tahun tersebut menyimpan kisah-kisah silam yang sangat mengujakan pada jiwa seorang penyelidik. Orang Sejarahlah katakan. Tiga keping gambar yang paparkan di bahagian luar masjid lama @ Masjid Al Ihtidaiyah mengundang seribu satu persoalan. Siapakah Tok Lembang? Hebatkah orangnya? Apa sumbangannya? Kaya ? Berpengaruh? Pemimpin ? Itulah persoalan yang mendorong saya mencungkil rahsia disebalik tiga keping gambar hitam putih tersebut.
                                     Tok Lembang dan pengikutnya pulang dari berburu. ( Antara gambar yang menjadi sumber ilham menulis)

Kajian ringkas tersebut juga telah saya serahkan kepada pihak Arkib Negara Malaysia Cawangan Perak untuk koleksi mereka. Namun, jujur saya katakan, itu adalah kajian awal untuk merakamkan sumbangan tokoh tersebut kepada negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.Kajian yang lebih mendalam diperlukan kerana sebahagian kajian ini berdasarkan blog-blog tertentu dan temubual dengan para waris Took Lembang sahaja.

Signifikannya kajian ringkas tersebut adalah untuk menobatkan Tok Lembang sebagai pengasas kepada kewujudan pekan Tambun dan sebagai orang yang pertama memperkenalkan tanaman limau tambun atau limau bali di daerah Kinta ini. Jika kita tidak menghargai sumbangan beliau pada masa ini, jangan harap generasi akan datang akan mengingati tokoh ini lagi. Ia akan tinggal dalam lipatan sejarah sahaja.
         
                                                             Tambun kini

Tugas kita sekadar merakamkan kisah sejarah ini sebagai memenuhi minat dan berharap agar ia menjadi iktibar kepada generasi berikutnya. Jikapun esei tersebut tidak memenangi sayembara pertandingan menulis esei anjuran PSM, ia cukup memenuhi maksud peribadi pengkaji.
     
Komplek kedai Majlis Agama Islam  dan Adat Istiadat Melayu Perak atas lot wakaf Tok Lembang

7 comments:

Azhar Azman December 7, 2014 at 1:21 AM  

salam tuan..saya adalah cicit kepada toh lembang..terima kasih kerana sudi menulis tentang sejarah moyang saya dan sejarah tambun

Descendants of Datoh Kulup Lembang-Abdul Aziz Group January 5, 2015 at 11:41 AM  

Salam,

We would be delighted if you could send a copy of your research (in PDF format etc) to kuluplembang.abdulaziz @ gmail dot com.

Thank you.

جزاك اللهُ خيراً

Abdul Hadi February 16, 2015 at 8:05 AM  

Salam,

saya berbesar hati kiranya tuan boleh emel salinan kajian tuan berkenaan sejarah wakaf-wakaf di Perak seperti Wakaf Tok Kulup Lembang, Wakaf Toh Puan Cah (in PDF format etc) to admy3738 @ gmail.com.

Descendants of Datoh Kulup Lembang-Abdul Aziz Group March 3, 2015 at 9:29 PM  

Dear Hairi Yahya,

Today is already March 3rd 2015 and we are still waiting for the requested copy of the research that you have compiled on our Great-Great-Grandfather.

Please send a copy as soon as possible.

Thank you.

IPOH MALAY September 23, 2015 at 6:51 AM  

I'm a Tambun naturalisation person that have nothing to do to Tambun history but living here for 37 years on a land developed as Taman Perpaduan and history wonderer, I wrote on the first exposed in modern history through my blog on what I have read on the history of this area particularly about Tok Ghafar and Tok Lembang that I believed lived in two period of time with gap circa 50 to 60 years. i.e 1820s and 1870s. This blogged version of Malay interpretation are solely derived from Khoo Salma and Razaq Lubis book, written in Malay posted in my blog in 2011 with limited, yes a very limited source on internet for me then to compare their version with any different source. Not only that, I equally responsible on introducing this history of the area I call Ulu Pinji, the name I believe existed long before Kopisan to the people in Taman Perpaduan abd surrounding area. I have no intention to raise up problems or whatsoever as it was clear that I was moved by my sole intention of boosting local history interest among my community of my area which I believe, 95% was not local to Tambun itself as they are second to third generation of civil servant retiree from all around the nation. I was preoccupied when I revisited the story now, 4 years later and found load of info from your blog and I was relived that now I have the version that I can relate all the facts I harvest before from that foretold book. Should there is mistake in facts written or told, I would more that glad to offer my apology. Beside the crisis between whom should it relate with or raised to, as history lover cum an outsider, I hope there is no objection on efforts made by me from then to the future about highlighting the history on the right place as I share the same empathy towards the communist terrorist event that might have change something drastically on the history timeline. Jazakallahu khair

harith fauzan October 21, 2015 at 11:15 PM  

As salamualaikum cucu cicit Tok Lembang, saya mohon maaf kerana sudah lama tidak menjengok ke blog ini hinggalah pada malam ini setelah pulang dari UPSI di Tanjung Malim kerana menghadiri Seminar Sejarah yang bertemakan pembukaan bandar raya Ipoh.
Tak sangka pula, tuan-tuan memberi perhatian kepada post tersebut. Secara jujurnya, blog Ipoh Malay adalah carian awal saya terhadap tokoh tersebut dan diikuti dengan temubual dengan Tuan Haji Mohd Muhibuddin, En Lop Azman dan seorang dua lagi penduduk mukim Tambun.
Saya juga bukan anak jati Tambun sebalik mempunyai minat dalam mengkaji sejarah sosial dan ekonomi kawasan tempatan. Pada asasnya tujuan saya menulis dan mengkaji tokoh ini agar beliau dimartabatkan sebagai tokoh kawasan Tambun dan namanya diabadikan sewajarnya. Antara cadangan akhir kajian saya ialah menamakan SMK Tambun sebagai SMK Tok Lembang dan mewujudkan sebuah galeri Tok Lembang di salah sebuah bekas rumahnya (banglo) yang kini menjadi bengkel membaiki kereta.
Sekali lagi saya mohon maaf kerana tidak respon kepada permintaan tuan2 kerana lama tidak mengemaskini blog ini. Apa pun, terima kasih atas kesudian tuan2 menjengok ke blog saya ini. In shaa Allah , saya akan cuba penuhi hajat tuan2 seperti yg dipohon. Namun begitu, serba serbi kekurangan yang terdapat dalam kajian awal itu sangat2lah dikesali. Terima kasih atas perhatian tuan2 semua..

Blog Widget by LinkWithin