Pattani...penuh nostalgia 1

>> Thursday, November 6, 2014

Cuti panjang sempena Deepavali yang lalu sungguh mengujakan. Dah berbulan tunggu nak cuti. Sejak balik dari Kemboja, terpandang kisah Saiburi atau Teluban dalam dokumentari Majalah 3 di TV3. Ulasan oleh Abdullah Mat Jin sangat mengujakan. Dari tarikh itulah, terpendam di hati untuk bawa keluarga menjelajah pekan kecil tersebut.

Info dikumpul tentang pekan tersebut. Apa yang menarik di situ dan yang paling mencabar bagaimana hendak ke sana. Yang pasti, tentulah nak cuba drive sendiri ke sana. Banyak info dari blog hanya dok cerita masuk Thailand ikut Bukit Kayu Hitam atau pintu utara Semenanjung. Yang masuk ikut Pantai Timur agak sukar ditemui. Maklumlah, bumi Pattani ni sering digambarkan sebagai bumi yang sedang bergolak.!!!!

21 Oktober 2014... Estima kami yang membawa bersamanya kami enam beranak bertolak menuju Kuala Kangsar. Kami akan mengambil laluan Timur Barat menuju Jerteh, Terengganu dahulu. Ziarah kawan di Kg Saujana, Besut. Banyak juga tempat kami singgahi untuk tujuan makan minum sambil bergambar. Yang paling teruja adalah Tasik Banding di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa. Anak-anak dan isteriku sangat teruja melihat keindahan dan kecantikan persekitaran tasik tersebut. Kelihatan boathouse pelbagai saiz dan warna berlabuh ditepian tasik. Ia boleh ditempah ika berminat. Seorang promoter menerangkan kadar pakej yang ditawarkan mengikut saiz dan kapasitinya.
Perjalanan diteruskan selepas makan tengahari. Rehat di Masjid Kg Reng, mandi dan baring-baring kejap. Sejuk betul air kolahnya. Maklumlah, kg ni terletak di kaki Gunung Batu Reng. Teruskan driving bila badan dah mula segar lagipun dah terbayang Bukit Bunga di Tanah Merah. Lagi 20km. Niat di hati nak koner ke Buketa kejap. Pekan kecil di seberang Sg Golok. Selesai urusan di Komplek Kastam dan Imigresen Bukit Bunga, kami masuk ke Thailand..He he he...shopping pun bermula. Toto, periuk kukus,dan alatan dapur jadi tumpuan. Ishhh...laparlah pulak. Cari pulut ayam tak jumpa. Akhirnya jumpa maggi kerabu kat gerai depan masjid Kg Buketa. Terbaik. Banyak info mula diperolehi. Yg mengejutkan dan hampir memadamkan impian memandu ke Thailand bila mengisi borang nak menyeberang sempadan di Komplek Bukit Bunga tadi. Road tax dan inssuran dah habis tempoh rupanya!!!!. Syukur pulak bila Oak dapat setelkan segera sedangkan 22hb dah mula cuti Deepavali. Terima kasih Oak. Terima kasih juga pada Koperal Fazil yg uruskan kemasukan kami ke Buketa dengan mudah dan selamat. 
Akhirnya...kira-kira jam 9 malam baru sampai ke rumah kawan, Wan Zaki atau senang dipanggil Oak jer di Kg Saujana. 

22 Oktober...lepas Subuh dah start berderak@berjalan dengan kawan. Lepas ngeteh di Kg Banggol, pergi pulak ke jeti kecil di Penarik. Rupanya, kat area ni ada projek udang ECER. Peluang nak makan udang dengan harga murah sangat senang bagi penduduk di sini. Terus ke jeti. Kawan saya beli ikan selar yang bersaiz besar. Ke gerai makan lagi. Jumpa Yazid, GPK SMK Penarik..geng masa buat PJJ USM dulu.. 
Lepas minum kejap, balik ke rumah Oak. Makan lagi. Nasi lemak masakan isterinya memang sedap.
Jam 12 tghari..mula gerak..oh..kena singgah lagi ke rumah Hazman, juga geng PJJ USM..makan ringan jer..keropok dan buah-buahan...
Ok,,perut dah kenyang, nak fokus drive ke Kota Bharu ikut jalan pantai. Yes...dari Kg Saujana terus ke Kuala Besut lalu ikut Kg Raja. Ohhh...nampak pulak gerai sata dan otak-otak. Memang dok ngintai sepanjang jalan sebab isteri dan anak-anak memang gemar kudapan tu. Apa lagi, bila nampak "port" yang sesuai, Estima pun menepi ke tepi jalan. Selain otak-otak dan satar, ada pulak gulai itik. Terbaikkk..
Akhirnya, lepasmakan, soolat jamak, tidor kejap di masjid berdekatan, jam 3 petang, kami gerak ke utara lagi. Dari situ, kami lalui Tok Bali, Bachok, Tawang dan terus ke Lembah Sireh. Dekat dengan Tesco. Cari penginapan bajet. Setel. Rehat jap.
6.00 petang, berziarah ke rumah Paksu di Kg Sireh Lembah. Paksu masih sihat walaupun kadar ingatannya sudah  makin berkurang. Berkali-kali ditanyakan nama isteriku. Dari mana, dok mana, datang bila, dan bermacam-macam ditanya!!!!
8.00 malam...tanpa diduga, Sdra Rahim Yaakob dan isterinya Ida serta Raja Dir pula datang ke hotel. Demo dah tahu, saya ada di Kota Bharu. Hahhh...apa lagi, dah hampir 25 tahun berpisah dari IBKL, inilah kali pertama jumpa semula. Nostalgia IBKL datang kembali. Rahim ajak makan malam di restoran tomyam di Tumpat. Terbaikkkkk dan Terima kasih Rahim, Ida serta Raja Dir...

bersambung....



Pemandangan di Tasik Banding. Deretan Boat house sedia menanti pengunjung.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin