Ubahsuai rumah

>> Wednesday, November 26, 2014

Sudah sekian lama saya memendam rasa untuk memiliki sebuah bilik di bahagian bawah. Rumah "besar" yang kami miliki ini sudah memenatkan kudratku yang semakin tua. Rumah asal yang bersaiz dua setengah tingkat ini seperti sudah dapat menewaskan tenaga saya untuk terus berada di tingkat atas sewaktu malam.

Saban waktu, saya memikirkan untuk memiliki ruang bilik yang selesa dan lengkap dengan bilik air di bahagian bawah rumah. Bilik yang sedia ada tidak memenuhi selera ku yang mahukan disediakan sebuah bilik air di dalamnya. Saya tidak kisah dari segi designnya, asalkan ia dapat menyediakan sebuah bilik isterehat yang ringkas dan lengkap.

Bilik itu nanti mungkin boleh dijadikan ruang tidur untuk ibubapa mertuaku yang sedikit uzur akhir-akhir ini. Dengan ruang yang lebih besar dari bilik sebelumnya, tentu persinggahan mereka di rumah ini lebih selesa dan tenang, In shaa Allah.

Akhirnya, dengan melalui beberapa proses "tender", akhirnya kami memilih seorang warga Indon yang dikenali sebagai Andas untuk menyempurnakan hajat kami. Dengan keluasan 15 kaki kali 25 kaki beserta bilik air dan beranda, dia mengenakan kos keseluruhannya sebanyak RM23,000.00. Alhamdulillah, kalau ikut kiraan, kami telah dapat menyelamatkan sejumlah wang apabila dibandingkan dengan tawaran harga oleh dua orang kontraktor sebelumnya.

Kini, setelah 10 hari kerja-kerja tersebut dijalankan, bilik tambahan idaman kami sudah hampir siap. Ia dijangka boleh dihuni pada minggu hadapan setelah proses mengecat, memasang jubin lantai dan kerja-kerja elektrik dan air akan disiapkan tak lama lagi.

Read more...

Tok Lembang : Pengasas Pekan Tambun

>> Wednesday, November 12, 2014

Begitulah nama besar yang mula dilupakan oleh generasi muda hari ini. Tokoh tempatan yang belum dinobatkan sebagai pengasas pekan Tambun ini menjadi bahan tulisanku untuk dipersembahkan kepada Persatuan Sejarah Malaysia. Ramai orang tahu pekan Tambun yang terkenal dengan limau tambun. Namun, hanya segelintir generasi kini yang mengetahui asal usul pembukaan pekan tersebut.

Kajian ringkas saya ini bermula bila suatu ketika saya berkunjung ke sebuah masjid lama di belakang pekan tersebut. Masjid yang sudah berusia puluhan tahun tersebut menyimpan kisah-kisah silam yang sangat mengujakan pada jiwa seorang penyelidik. Orang Sejarahlah katakan. Tiga keping gambar yang paparkan di bahagian luar masjid lama @ Masjid Al Ihtidaiyah mengundang seribu satu persoalan. Siapakah Tok Lembang? Hebatkah orangnya? Apa sumbangannya? Kaya ? Berpengaruh? Pemimpin ? Itulah persoalan yang mendorong saya mencungkil rahsia disebalik tiga keping gambar hitam putih tersebut.
                                     Tok Lembang dan pengikutnya pulang dari berburu. ( Antara gambar yang menjadi sumber ilham menulis)

Kajian ringkas tersebut juga telah saya serahkan kepada pihak Arkib Negara Malaysia Cawangan Perak untuk koleksi mereka. Namun, jujur saya katakan, itu adalah kajian awal untuk merakamkan sumbangan tokoh tersebut kepada negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.Kajian yang lebih mendalam diperlukan kerana sebahagian kajian ini berdasarkan blog-blog tertentu dan temubual dengan para waris Took Lembang sahaja.

Signifikannya kajian ringkas tersebut adalah untuk menobatkan Tok Lembang sebagai pengasas kepada kewujudan pekan Tambun dan sebagai orang yang pertama memperkenalkan tanaman limau tambun atau limau bali di daerah Kinta ini. Jika kita tidak menghargai sumbangan beliau pada masa ini, jangan harap generasi akan datang akan mengingati tokoh ini lagi. Ia akan tinggal dalam lipatan sejarah sahaja.
         
                                                             Tambun kini

Tugas kita sekadar merakamkan kisah sejarah ini sebagai memenuhi minat dan berharap agar ia menjadi iktibar kepada generasi berikutnya. Jikapun esei tersebut tidak memenangi sayembara pertandingan menulis esei anjuran PSM, ia cukup memenuhi maksud peribadi pengkaji.
     
Komplek kedai Majlis Agama Islam  dan Adat Istiadat Melayu Perak atas lot wakaf Tok Lembang

Read more...

Yala - Betong 2

Ke Pengkalan Hulu

Lepas solat jamak, kami teruskan memandu. Along ambik giliran sementara saya mengambil peluang ini untuk memerhati setiap inci bumi Yala - Betong ni dengan penuh minat. Kehijauan dan kesuburan tanahnya jelas kelihatan. Pepohon kayu, kebun getah serta fauna dan flora yang menghiasi laluan kami. Antara nama-nama tempat yang masih saya ingati adalah Pinang dan Bandang Satar. 
Masih teringat juga kami melalui tebingan tasik buatan manusia yang besar dan luas sepanjang menyusuri jalan pulang ke Perak. Entah apakah nama tasik tersebut, saya pun dah lupa. Tapi air yang mengisi tasik tersebut, tidaklah sedalam mana. Aras airnya nun jauh ke bawah. Agaknya, kalu musim hujan, tentulah airnya dalam. Kami pun tak berhenti di sepanjang jalan kerana tak mahu tersekat di pintu imigresen Betong- Pengkalan Hulu. Laluan di sini agak bengkang bengkok tapi jalannya cantik.

Akhirnya, perjalanan kami sudah nak sampai ke Betong. Mungkin 20km lagi gamaknya. Perut pun dah mula terasa lapar. Anak isteri pun sama. Lapar dah weh. Kami berhenti di gerai tepi jalan. Oh..Kampung Gapes kata pekedai tu bila ditanya apa nama kampung ni. Gerai tepi jalan berhadapan dengan masjid Kg Gapes ni menjual mee atau mee hon sup daging itik dan ayam. Haahhh...daging itik!! Eksotik jugak tu..Biasa sup ayam jer. Dua mangkok jjalan daaa..

Sambil layan mee sup itik, azan Asar berkumandang daripada masjid kampung di lereng bukit tersebut. Gerai yang terlindung dengan bayangan banjaran bukit itu tambah mengasyikan kerana dibuai dengan angin petang yang menenangkan. Adusss... kampung Gapes...masih terkenang kampung tersebut. Sewaktu jemaah berpergian ke masjid tersebut, kami leka menikmati sajian petang terakhir sebelum melangkah ke sempadan balik ke tanahair tercinta. 

Sempat juga kami bersilaturahim dengan dua keluarga dari Ipoh yang baru melangkah masuk ke Selatan Thai. Hari dah petang, tapi mereka masih berleka-leka di Kampung Gapes. Saya nasihatkan mereka agar bersegera ke Yala jika tidak mahu menginap di pekan Betong. Ini kerana, laluannya agak sunyi pada petang hari atau malam dan perlu lalui "check point" tentera pada waktu malam. Dari percakapan mereka, niatnya nak tidor di Yala, sedangkan jam dah pukul 5 petang. Kalu diambilkira dua jam memandu, mereka akan bermasalah mencari penginapan di Yala. Apatah lagi, mereka pun kali pertama berkonvoi ke Yala.
Kami tinggalkan mereka dengan beberapa tips agar selamat dalam perjjalanan. Rupanya, deme tu pun orang Meru dekat Jelapang, Ipoh.

Oh...cerita kami belum selesai. Sampai di pintu imigresen Thai, cop paspot dan serah borang kastam. Clear dan no problem. Masuk pulak imigresen Malaysia. Cop paspot sambil hulur dari dalam kereta. Jangan lupa, turunkan tingkap. Senyum sokmo kat pegawai imigeresen. Setel. Lalu pulak depan kastam. Buka cermin lagi. Haaa....apa tu? Tanya seorang pegawai kastam. Bulu kening Hilux, kata saya. Wehh...kena cukai rupanya. Barang pengguna walaupun untuk guna sendiri. Cukai 40% !!!! Adussss...duit pun dah kering pulak. Tinggal duit Siam jer untuk koleksi. Akhirnya, dapat diskaun sebab tak tahu bahawa barangan gitu kena caj. Bayar jugalah RM20. "Kalau encik tak bayar, kat depan sana ada UPP pulak!! nasihatnya berbaur amaran tuu...

Selepas berehat sebentar di sekitar Kompleks Pengkalan Hulu untuk urusan beli jajan, kami memandu ke pekan Pengkalan Hulu. Pekan yang pernah mendapat nama jolokan "tempat jin bertendang" suatu masa dahulu. Sekadar melintas sambil mencari stesen minyak dan nak ambik duit. Selesai urusan di Petronas Pengkalan Hulu, kami teruskan pemanduan menuju ke Grik. Singgah solat jamak di bandar Grik dan hujan mula renyai-renyai.  Kali ini saya pula yang memandu. Iffah merengek nak makan tapi yang lain semua dah tak sabar nak sampai Ipoh. Nora keluarkan nasi kerabu pagi tadi dan menyuap Iffah agar kami tak perlu berlengah-lengah dalam perjalanan pulang. Along dah nak balik ke UTP malam tu jugak. Akhirnya, lebih kurang jam 10.00 malam, kami selamat tiba di Ipoh dengan selamat. Syukur padaMu Ilahi..niat dan hajatku sudah termakbul.

Kembara ini sangat mengujakan dan melatih kami mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan. Terasa dekat dihati bumi Pattani. Oh.. Al Fathoni. Saya mula mengcongak. Kalau ditakdirkan untuk datang lagi ke Yala seorang diri, mungkin datang dengan pengangkutan awam. Boleh rilek sambil menikmati kehijauan alam sepanjang jalan. Dari Ipoh, naik bas ekspress Broadway baru RM19.00 sampai Betong. Lepas tu, naik pula teksi Mercedes, dari Betong ke pekan Yala dengan tambang RM13.00. Teksi Betong- Yala semuanya Mercedes!!!.Lagi pun, dengan pengangkutan awam, banyak inffo boleh dicari kalau kita pandai korek.

Yala....tunggu aku datang lagi....
   

Read more...

Yala - Betong

25 Oktober 2014

Pagi yang segar di Kg Kubang Putat, Melayu Bangkok. Yala
Di rumah pusaka Ustaz Zahari
Di kelilingi kebun getah dan disulami dengan pohon dokong.
Hari ini kami akan bertolak pulang Ke Ipoh melalui pekan Betong-Pengkalan Hulu- Grik- Lenggong- Kuala Kangsar dan Ipoh akhirnya. Inilah pengalaman pertama memandu melalui laluan ini sebagaimana pertama kali jua lalui Rantau Panjang ke Pattani. 
Urusan utama yang paling penting pagi ni adalah sarapan pagi. Dah terdetik dalam hati agar Ustazz Zahari akan bawa dan tunjuk kedai makan yang ada banyak jenis lauk. Tak mau takat nasi kerabu jer. Bukan mengada cuma teringin nak belasah masakan kampung yang berbagai cita rasa. Syukur Alhamdulillah. Ustaz Zahari membawa kami ke kedai yang memang berbaloi. Walaupun bukan restoran berbintang-bintang tapi cukup memenuhi selera kami anak beranak. Gulai ayam kampung, lala goreng berlada, ayam goreng, ikan masin dan sebagainya. Ambiklah apa yang korang nak makan. Makan puas-puas. Abah nak belasah gulai ayam kampung jer...!!!!
Selesai makan, Nora teringin nak tukar tayar Estima pulak!! Eh,,betul jugak. Murah kata Ustaz Zahari. Sekitar RM200 sebiji tayar. Oklah. Setel tukar tayar kami ke Pasar Minggu@ Nat kata demo tu..Jom...hari dah makin panas, cuaca terang dan tiada tanda hujan. Hanya sekejap sebab lebih kurang Lo Kheng di Ipoh jugak. Barang secondhand dan bundle. 
Sekitar jam 12.00 kami pun mula bergerak keluar dari pekan Yala. Isi minyak 10 liter dengan harga Bath340. Ustaz Zahari menunjuk jalan Yala - Betong. Alhamdulillah..setelah selesai solat jamak di Kg Teluk Wan, kami teruskan perjalanan ke Betong dengan melalui kawasan yang agak berbukit. banyak kampung dan dusun buah-buahan sepanjang perjalanan. Dokong masih banyak dan dijjual dengan harga 70 sen sekilo. 

Read more...

Pattani....penuh nostalgia 3

>> Thursday, November 6, 2014

8.00 malam di bandar Pattani. 
Sebelum Magrib tadi sempat juga berendam dengan Along di kolam hotel bertaraf 4 bintang ni. Berenang sambil exercise kaki.he he he. Sekarang nak gi cari makan dekat depan Masjid Raya Pattani atau Pattani Central Moqsue. Anak-anak nak makan nasi air. Opppss...alangkah terkejutnya, bila keluar Estima, tayar depan sebelah kanan leper!!! Ahh...pedulikanlah dulu..makan diutamakan. Bermacam lauk pauk disediakan untuk dipadankan dengan bubur air. Akhirnya 6 jenis lauk diambil. Telur masin, sotong, bilis, kailan dsbnya. Siap makan, tayar dah betul-betul leper@kempis. Alhamdulillah..ada hamba Allah tolong dan tumpangkan Estima dalam kawasan masid yang berpagar. Subhanallah..pertolongan Allah swt datang tepat pada waktunya. Datang pula tuk--tuk dan bawa kami ke hotel. Hj Yusof; itulah hamba Allah yang berhati mulia yang sudi menolong kami pada malam itu. Dia berjanjji untuk jemput saya di hotel esok pagi bagi urusan tayar kereta tersebut. Syukur padaMU Allah swt. Balik hotel, tidor.






Di CS Pattani Hotel.

9.00 pagi waktu Pattani..selepas sarapan di hotel, Hj Yusuf dah menunggu di lobi hotel. Dengan kereta kabatnya, kami ke kedai tayar berdepan dengan Masjid Raya. Urusan selesai. RM25 saja. Ambik isteri dan anak-anak di hotel. Hj Yusuf suruh datang ke rumahnya sebelum bertolak ke Yala. Ustaz Zahri dari Yala dah berkali-kali telefon tanya dah gerak ke belum.
Namun, buah tangan Pattani nak dicari jugak. Isteriku kepingin sekali dengan jubah. Belek punya belek, jam dah pukul 11 lebih. Dah nak solat Jumaat. Pukul 12, azan Jumaat dikumandangkan di Masjid Raya. Solat dan jamak dulu. Khutbah dalam Bahasa Melayu.



Masjid Raya Pattani

Selesai solat, singgah di kedai Hj Yusof, bekas peniaga barang terpakai yang diborong dari Singapura. Minum dan makan maggi goreng. Gerak ke Yala ikut bypass. Tak melalui Pujud dsbnya. Akhirnya, jam 4 petang, tiba di pekan Yala dengan disambut oleh Ustaz Zahri. Ajak Us Zahri cari makan sambil follow motorsikalnya.
Lepas siap makan, hujan turun renyai-renyai. Kami pun menuju Kg Budi kerana nak tengok dua lot tanah tapak rumah yang dibeli selepas raya puasa tempohari. Cantik,rata dan lokasi yang menarik. In shaa Allah, pelaburan di luar negeri pun bermula. Selesai urusan melihat aset tersebut, kami terus ke Kg Kubang Putat atau dikawasan Melayu Bangkok untuk tidor malam nanti. Tapi sebelum tu, singgah juga di rumah mentua Ustaz Zahri di tepi kawasan Markaz Yala untuk ziarah baby nya yang dah berumur 4 bulan.!! 

bersambung lagiii...

Read more...

Pattani.....penuh nostalgia 2

23 Oktober 2014..Singgah sebentar di rumah paksu Hassan. Hantar sarapan untuknya dan bagitau yang kami nak ke Pattani, In shaa Allah. Yes..perjalanan pagi ni ceria bercampur risau. Maklumlah, sejak saya khabarkan kepada kawan-kawan yang saya nak ke seberang, ramai dok nasihatkan jangan pergi dan sebagainya. Antara doa dan harapan, saya tetapkan niat dan tujuan. Minyak diisi penuh tangki. Itu tips yang diingatkan oleh banyak penulis blog. Siap.Tukar duit. RM100 dapat bath98.20. Gerak ke pintu kompleks imigresen Rantau Panjang. Cop paspot. Setel. Cross jambatan Sg Golok. Berhenti di Komplek Imigresen Thai pulak. Isi borang ketibaan. Ambil insuran untuk 30 hari dengan harga RM30 bath. Siap. Hampir satu jam. Orang ramai jugak.
Yes...dah masuk Thai. Pekan Sg Golok, permulaan kembara Selatan Thai ikut arah pantai Timur. Tukar simkad. Minum air kelapa dekat stesen keretapi Thai. Bath 20 sebiji/rm2 sebiji..lega. Kelapa pandan. Terus memandu arah ke Takbai dan Narathiwat. Laluan tenang dan cuaca pun baik. Tiada sebarang gangguan atau chek point tentera. Singgah makan di Kg Janggut. Masih teringat rungutan tauke kedai  yang perempuan tu.."waris kawe ada di Kedah, baik sangat tapi kalu kito ajok maghi sini tok se maghi. Takot gapo tak tahu. Kalu dia nak make@makan sedat, ambo kena gi sanaaa!!". Alahaiii...masakannya memang sedap dan murah pulakkk..
Lepas makan, kami teruskan pemanduan. Kabarnya pekan Saiburi atau Teluban tu dalam 25km lagi. Oh..dah tak jauh. Laluan makin sibuk. Banyak kereta hilux atau di sini dipanggil kereta kabat meluncur di jalan raya yang rata dan luas ni. Dua lorong pergi dan dua lorong balik. Antara dua lorong dipisahkan batas yang luas. Tiada jem atau kemalangan. Banyak gerai kecil jual buah duku dan dokong. Murah. Yes..akhirnya tiba di Saiburi atau dikenali juga dengan nama klasiknya Selindung Bulan. Kedatangan kami disambut dengan chek point di laluan masuk ke bandar ikan tersebut. Deretan kedainya agak sesak dan kenderaan dipandu perlahan menuju ke arah pantai. Sempat singgah di jeti melihat ikan sedang dipunggah ke darat. Semua orang Melayu,Islam, lelaki dan perempuan. Mengangkat ikan dari perut kapal, tuang ke bakul dan dicurahkan ke atas pelantar kecil. Dari situ, ikan-ikan diasingkan mengikut besar kecilnya. Kata seorang makcik, upah kami sekitar RM10 sehari!! Letih sambil berdiri dan menghirup udara hanyir ikan dengan dipupuk angin laut Teluk Siam.
Selepas puas menghirup udara pantai Wasukri, kami terus ke bandar Pattani. Sempat melalui Masjid Krue Sei atau Kerisik yang sedang ber"nat" pada petang tersebut. Tak singgah tapi terus ke hotel CS Pattani. Chek in bilik suite. RM 110..bilik besar. Terbaikkkkk.

bersambung lagi






Suasana di jeti ikan Teluban/Saiburi.

Read more...

Pattani...penuh nostalgia 1

Cuti panjang sempena Deepavali yang lalu sungguh mengujakan. Dah berbulan tunggu nak cuti. Sejak balik dari Kemboja, terpandang kisah Saiburi atau Teluban dalam dokumentari Majalah 3 di TV3. Ulasan oleh Abdullah Mat Jin sangat mengujakan. Dari tarikh itulah, terpendam di hati untuk bawa keluarga menjelajah pekan kecil tersebut.

Info dikumpul tentang pekan tersebut. Apa yang menarik di situ dan yang paling mencabar bagaimana hendak ke sana. Yang pasti, tentulah nak cuba drive sendiri ke sana. Banyak info dari blog hanya dok cerita masuk Thailand ikut Bukit Kayu Hitam atau pintu utara Semenanjung. Yang masuk ikut Pantai Timur agak sukar ditemui. Maklumlah, bumi Pattani ni sering digambarkan sebagai bumi yang sedang bergolak.!!!!

21 Oktober 2014... Estima kami yang membawa bersamanya kami enam beranak bertolak menuju Kuala Kangsar. Kami akan mengambil laluan Timur Barat menuju Jerteh, Terengganu dahulu. Ziarah kawan di Kg Saujana, Besut. Banyak juga tempat kami singgahi untuk tujuan makan minum sambil bergambar. Yang paling teruja adalah Tasik Banding di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa. Anak-anak dan isteriku sangat teruja melihat keindahan dan kecantikan persekitaran tasik tersebut. Kelihatan boathouse pelbagai saiz dan warna berlabuh ditepian tasik. Ia boleh ditempah ika berminat. Seorang promoter menerangkan kadar pakej yang ditawarkan mengikut saiz dan kapasitinya.
Perjalanan diteruskan selepas makan tengahari. Rehat di Masjid Kg Reng, mandi dan baring-baring kejap. Sejuk betul air kolahnya. Maklumlah, kg ni terletak di kaki Gunung Batu Reng. Teruskan driving bila badan dah mula segar lagipun dah terbayang Bukit Bunga di Tanah Merah. Lagi 20km. Niat di hati nak koner ke Buketa kejap. Pekan kecil di seberang Sg Golok. Selesai urusan di Komplek Kastam dan Imigresen Bukit Bunga, kami masuk ke Thailand..He he he...shopping pun bermula. Toto, periuk kukus,dan alatan dapur jadi tumpuan. Ishhh...laparlah pulak. Cari pulut ayam tak jumpa. Akhirnya jumpa maggi kerabu kat gerai depan masjid Kg Buketa. Terbaik. Banyak info mula diperolehi. Yg mengejutkan dan hampir memadamkan impian memandu ke Thailand bila mengisi borang nak menyeberang sempadan di Komplek Bukit Bunga tadi. Road tax dan inssuran dah habis tempoh rupanya!!!!. Syukur pulak bila Oak dapat setelkan segera sedangkan 22hb dah mula cuti Deepavali. Terima kasih Oak. Terima kasih juga pada Koperal Fazil yg uruskan kemasukan kami ke Buketa dengan mudah dan selamat. 
Akhirnya...kira-kira jam 9 malam baru sampai ke rumah kawan, Wan Zaki atau senang dipanggil Oak jer di Kg Saujana. 

22 Oktober...lepas Subuh dah start berderak@berjalan dengan kawan. Lepas ngeteh di Kg Banggol, pergi pulak ke jeti kecil di Penarik. Rupanya, kat area ni ada projek udang ECER. Peluang nak makan udang dengan harga murah sangat senang bagi penduduk di sini. Terus ke jeti. Kawan saya beli ikan selar yang bersaiz besar. Ke gerai makan lagi. Jumpa Yazid, GPK SMK Penarik..geng masa buat PJJ USM dulu.. 
Lepas minum kejap, balik ke rumah Oak. Makan lagi. Nasi lemak masakan isterinya memang sedap.
Jam 12 tghari..mula gerak..oh..kena singgah lagi ke rumah Hazman, juga geng PJJ USM..makan ringan jer..keropok dan buah-buahan...
Ok,,perut dah kenyang, nak fokus drive ke Kota Bharu ikut jalan pantai. Yes...dari Kg Saujana terus ke Kuala Besut lalu ikut Kg Raja. Ohhh...nampak pulak gerai sata dan otak-otak. Memang dok ngintai sepanjang jalan sebab isteri dan anak-anak memang gemar kudapan tu. Apa lagi, bila nampak "port" yang sesuai, Estima pun menepi ke tepi jalan. Selain otak-otak dan satar, ada pulak gulai itik. Terbaikkk..
Akhirnya, lepasmakan, soolat jamak, tidor kejap di masjid berdekatan, jam 3 petang, kami gerak ke utara lagi. Dari situ, kami lalui Tok Bali, Bachok, Tawang dan terus ke Lembah Sireh. Dekat dengan Tesco. Cari penginapan bajet. Setel. Rehat jap.
6.00 petang, berziarah ke rumah Paksu di Kg Sireh Lembah. Paksu masih sihat walaupun kadar ingatannya sudah  makin berkurang. Berkali-kali ditanyakan nama isteriku. Dari mana, dok mana, datang bila, dan bermacam-macam ditanya!!!!
8.00 malam...tanpa diduga, Sdra Rahim Yaakob dan isterinya Ida serta Raja Dir pula datang ke hotel. Demo dah tahu, saya ada di Kota Bharu. Hahhh...apa lagi, dah hampir 25 tahun berpisah dari IBKL, inilah kali pertama jumpa semula. Nostalgia IBKL datang kembali. Rahim ajak makan malam di restoran tomyam di Tumpat. Terbaikkkkk dan Terima kasih Rahim, Ida serta Raja Dir...

bersambung....



Pemandangan di Tasik Banding. Deretan Boat house sedia menanti pengunjung.

Read more...

Dunia watsap...

>> Thursday, August 21, 2014

Setelah lama isteri serta anak-anakku mengusai dunia baru pasca moden ini, aku hanya merangkak-rangkak menjejaki mereka. Tika mereka lebih dahulu memiliki gajet baru bergelar smartphone,aku hanya mula menyentuh benda 'magik' sejak pertengahan Mac 2014 sempena b'day surprise daripada isteri tersayang!!!!
Wah...dunia serba baru bagi 'budak kampung' yang jauh ketinggalan sangat mengujakan. Semuanya dilingkungi batas baik,buruk,dosa,pahala dan seribu satu perkara...
Terima kasih buat isteriku atas pemberianmu itu...Lenovo...menerokai dunia serba pantas...

Read more...
Blog Widget by LinkWithin