Permartabatan Bahasa, Antara Pejuang dan Petualang...
>> Thursday, February 25, 2010
Hari ini, IPG kami dikunjungi tokoh pejuang bahasa, Prof. Dr Awang Sariyan, Pemegang Kursi Bahasa Melayu Beijing Foreign Studies University. Beliau berucap panjang lebar mengimbau usaha para pejuang memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu di bumi sendiri. Saya teruja juga mendengar ceramah beliau apatah lagi inilah kali pertama bertemu dengan tokoh tersebut. Nama Dr Awang Sariyan ni memang dah lama dok dengar apatah lagi zaman sekolah di Tingkatan Enam dulu. Tulisan beliau dalam Dewan Masyarakat sering menjadi tatapan untuk tujuan menjawab Kertas Bahasa Melayu dan Kertas Am.
Teringin juga nak tumpang kemuka soalan AJK dah bawa mikrofon datang dekat tapi masa pula terlalu cemburu!!! Selama ni saya tak tahu erti masa tu cemburu tapi bila pengacara tutup sesi soaljawab, baru terasa betapa beruntungnya orang yang menggunakan kesempatan masa yang terluang!!!!
Kerana rasa ralat tak dapat kemukakan soalan pada tokoh tersebut, saya jadikan blog ini untuk meluahkannya. Persoalan membina tamadun bangsa dan bahasa sering membawa dua wajah atau dua watak. Sama ada watak pejuang bahasa atau petualang bahasa. Sejarah perjuangan tokoh-tokoh bahasa adalah seiring dengan petualang bahasa. Mereka yang berjuang untuk memertabat dan mendaulatkan bahasa turut ditentang oleh petualang bahasa yang berlindung dibawah rasional membina bangsa.
Isu PPSMI adalah rentetan ujian kepada kita untuk melabelkan diri kita seorang pejuang atau petualang? Semua orang tahu, 4 perkara asas yang dipersetujui waktu Perlembagaan Negara digubal. Kedudukan Raja-rajaMelayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak istemewa orang-orang Melayu. Namun cabaran yang berlaku pada tahun 1983 , krisis perlembagaan hingga menggegarkan istana, 1998 krisis kehakiman, penarikan bantuan perkapita SAR dan 2002, PPSMI merobek keunggulan Bahasa Melayu..Begitu hebat asas perlembagaan dicabar...
Kini cabaran datang lagi. Kata si polan bahawa ekonomi perlu diperkukuhkan dulu barulah orang lain berminat untuk memertabatkan bahasa kita. Gitulah hujah terbaru si polan...nampak sangat kemaruk ekonomi sedangkan negara kini bukan sahaja gawat ekonomi malahan gawat politik dan gawat sosialnya. Mungkin benar kata Dr Awang Sariyan, bahawa inilah antara bala bila kita membelakangkan para pejuang bahasa yang berjuang secara ikhlas..
Apa pandangan sidang pembaca sekalian? Fikir-fikirkanlah...
Tahniah buat JPM IPG TAA kerana membawa tokoh bahasa ini ke bumi Lipis, Darul Makmur.
Apa kata lepas ini, bawa pula tokoh sasterawan anak bumi Lipis pula...Ibrahim Omar dari Kg Mela dengan novel Dara Pingitannya....
0 comments:
Post a Comment