Anak sapelah ni...

>> Saturday, February 20, 2010

Tulisan ni saya luahkan kerana sudah lama memerhati keadaan itu. Sejak menjadi penghuni bandar Jerantut ni, Masjid Tengku Abdullah selalu menjadi tempat say bersolat Jumaat. Tapi sejak mengerjakan solat Jumaat, hati tak pernah tenteram. Apa taknya, setiap kali solat Jumaat, ramai sekali kanak-kanak yang datang tapi bukan solat tapi untuk bermain. Inilah delima setiap kali pergi solat Jumaat di masjid tersebut.

Gejala ini semacam tak dihiraukan oleh para jemaah lain. Saya hairan, macam mana bapa yang bawa anak ke masjid tapi membiarkan anak-anak bermain, menjerit-jerit. Berlari sewaktu khutbah sedang dibacakan, langkah dan langgar orang, berlari di beranda masjid, adakalanya hingga ke laman masjid dan berlari kembali ke dewan masjid.

Bapa mana yang tak reti basa entah!!, konon bawa anak untuk ajar solat tapi biarkan anak ganggu orang solat. Bukan tak boleh bawa, tapi tolonglah jaga adab masjid bila bawa anak ke masjid.

Pihak Jawatankuasa masjid pun macam tak ambil pusing hal ini. Patutnya, buatlah pengumuman atau kata-kata nasihat kepada para jemaah, tolong jaga anak waktu bersolat. Bukan lama, bagi nasihat setiap kali sebelum khutbah. minta TOLONG JAGA ADAB MASJID!!!!
Imam-imam pun boleh bagi nasihat juga, bukan setakat nak baca khutbah jer, tapi makmum dok tahan hati dengan suara bising. Yang peliknya, bapak budak-budak tu pekak badak agaknya!!Bayangkan dari start baca khutbah hingga habis solat, suara budak buat bising berterusan tanpa henti......

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin