Perginya seorang Mentor...

>> Saturday, February 20, 2010

Pada hari Selasa, 16 Februari 2010, pergilah seorang kawan dan mentor saya kerahmatullah buat selama-lamanya. Allahyarham Hj Baharuddin Abdullah atau lebih senang di panggil En Baha sahaja.

Saya mengenali beliau sejak menjadi warga IPG TAA lima tahun yang lalu. Tahun 2005, sejak melapor diri sebagai warga akademik di Jabatan Ilmu Pendidikan. Beliau yang bertugas sebagai Setiausaha Gerko (SUG) sangat disegani oleh rakan-rakan pensyarah yang lain. Saya pun pada mulanya pun takut-takut juga bila berjumpa dengannya.

Ketekunannya dalam menjalankan tugas menjadikan saya terikut-ikut dengan stail beliau. Bermula dengan menjadi editor untuk Buletin Kagum, dia mula memberikan kepercayaan kepada saya dengan tugas-tugas yang lain. Satu demi satu tugas diletakkan dibahu saya. Jadi Pengurus Pingpong dan muncul sebagai Afzan, Johan Kebangsaan Kagum, jadi Pengurus Kontigen Kagum Olahraga Zon Tengah, muncul sebagai Afzan, Johan Zon, lantik pula sebagai Pengurus Kontigen Ke Kagum Kebangsaan di Sabah dan Afzan dapat tempat ke tujuh daripada 27 buah maktab. Kira oklahkan...

Sekali rasa tak percaya juga. Dalam tempoh tiga bulan berada di maktab pada awal 2005 tu, dah boleh terbang ke Sabah. Satu yang mustahil buat saya jika terus kekal di sekolah. En Baha telah didik saya untuk menjadi pengurus kontijen yang bertanggungjawab. Ada kalanya dia akan telefon tanya keadaan anak buah bila sessi latihan pusat. Sebagai SUG, dia selalu tiada di maktab. Saya tak berani nak klentong tentang latihan para atlet. Saya tahu En Baha akan "cross check" dengan staf unit gerko yang lain. Saya mesti bercakap benar walaupun ada member minta 'coverline'. Pengalaman bekerja dengan arwah cukup menyeronokkan. Dia jenis orang yang tak berkira, time makan , kalu lambat, dia yang hulur dulu. Tak suka makan sorang-sorang, selalu ajak kawan-kawan minum.

Namun selepas beliau bertukar ke Kuantan sebagai GPK, saya kurang menghubunginya tetapi tak putus hubungan. Jika ada hal, saya akan hubungi beliau. Bulan Ogos 2009, dia bagitau, sakit dan hanya boleh puasa 10 hari sahaja. Saya bagitau hal ni pada kawan-kawan di IPG. Lepas tu dia bagitau mula dapat rawatan di hospital Kuantan. Sakitnya makin parah dan disyaki kanser tahap 4. Berdebar juga bila dapat tahu hal itu. Tapi apakan daya, saya pun sakit,juga, tak dapat nak gi ziarah, hanya doa jelah.

Dia terus dapat rawatan di HUKM Cheras dan HTAA Kuantan. Dari semasa ke semasa, saya hubungi kak Jamilah isterinya. Bila dapat maklumat, saya sebarkan pada kawan-kawan di IPG. Akhirnya, pada 13 Feb yang lalu, saya bersama beberapa orang rakan mengunjungi beliau di HTAA Kuantan. Keadaannya sangat uzur, tak banyak yang boleh dibualkan, cuma hati kecil ini sering merindui saat gembira bertugas di bawah kelolaan beliau dulu....

Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....Aminnnn

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin