Picnic di Lembah Kiol...

>> Sunday, February 28, 2010

27022010sabtucutimaulidurasul

Salam, kami gerak kul 9.00 pagi. Ok tak en.?
Berapa orang?
Yup ....5,
sape?
saya, zana, ain, izati dan anis..
ok, hati2 bila memandu...

jam 10.30 pagi,,,
hello encik, kami dah sampai kem tentera.
ok, cari stesyen minyak Shell, nanti say jemput kat situ.

Demikianlah ghairahnya 5 sekawan tadi menuju ke pekan Jerantut untuk berkunjung ke rumah saya. Kecil tapak tangan nyiru say tadahkan. Atikah dan kawan-kawannya dari sem 1 unit psv tu memeng dah lama nak rasa air tangan saya memasak. Jadi supaya tak kempunan, saya pun tolonglah masak-masak..tolong tengok jer...he3.

Siap masak jam 1.30 petang, kami dah "set" untuk mandi sungai. Jadi semua makanan dimasukkan dalam bonet kereta dan kami bergerak ke Lembah Kiol kira-kira jam 2.40 petang. Semua dah solat dan perut pun belum lapar sangat. Jarak sungai tu dengan rumah saya kira-kira 15km saja dan jalan menuju ke sana pun sangat baik..

Mereka berkesempatan melihat perkampungan orang Asli Sg Kiol dan dua unit pelatih IPGTAA sedang mengadakan program di SK Sg Kiol. Kami terus ke hulu sungai dan ramai orang turut berada di sana. Apa lagi, Atikah and the gang pun cari pot yang sesuailah.

Bila dah letih mandi, perut mula lapar. Kami makan penuh selera. Ada pula sambal durian dengan ulam buah kerdas yuuuu....cian kat anis, dia tak makan durian rupanya...cium bau jelah...

Read more...

Falsafah Pantun Dalam Warisan Melayu

Sepekan yang lepas, saya menghabiskan masa yang banyak dengan berada di Pusat Sumber. Puas hati dapat menghabiskan masa yang panjang di pusat sumber. Dah lama tak berkunjung ke lubuk ilmu. Rasanya kali terakhir saya berkunjung ke situ hampir 11 bulan yang lalu, waktu belum terlibat dengan kemalangan tempohari.

Banyak buku yang sempat di belek. Pandangan Frank Sweethenham terhadap Orang Melayu melalui bukunya yang diterjemah oleh seorang pensyarah Universiti Malaya, cerita rakyat Bajau Semporna oleh JKKN Sabah, buku tentang Daerah Tawau tapi belum habis. Yang menarik saya hampir dapat menghabiskan buku bertajuk Pantun Warisan Rakyat. Buku ini di selenggara oleh Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ramli Raman. Diterbitkan oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, 2008.

Minta daun diberi daun,
dalam daun ada bidara,
minta pantun diberi pantun,
dalam pantun ada bicara.

dalam semak ada kebun,
dalam kebun ada buah,
dalam gelak ada pantun,
dalam pantun ada makna.

Yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga,
yang molek itu budi,
yang indah itu bahasa.

Secara falsafahnya, ianya kaya dengan variasi penuh berisi, beragam gaya pengucapan, mantap dari makna dan nilai serta meluas daya gunanya. Dengan puitika sebuah puisi indah akal budinya, mengajar mendidik, merisik bertunang berkahwin, menyatu dengan alam dan fikiran, dilagukan berdondang sayang, ada yang halus ada yang lucah, manis pedas asam garam. Mantap diteaterkan, tepat dalam lagu, cocok dalam dikir, serasi bersama indung, bertolak dari persisir, melangkau bukit gunung, berkembang menyeberang lautan, ada kucing dunia haiwan, ada pulau dunia lautan, menumpang mandi di sumur di ladang, tentang kumbang dengan buaya, tentang adat bersendikan syarak, dengan galah menjolok cempedak, ke Siam dan ke Mekah, merupakan "intelectual property" bangsa Melayu.

Jika kalian berkesempatan, carilah buku tersebut di perpustakaan...

Read more...

Reunion IBKL 87/89 (3)

>> Saturday, February 27, 2010

Pejam celik, pejam celik dah hampir dua bulan saya dok cerita dengan kawan-kawan pasal reunion ni. Alham dulillah, dari utara Mohd Zohir, Yahya Salam, Radi Gambaq, Shah, Mohd Akhir Baling, Rozeman Che Din dah tak sabaq nak jumpa geng lama. Geng utara semua pakat nak bawa jeruk. Cumi Radi gambaq jer kata nak bawa jeruk Siam sebab dia dok dekat sempadan...

Pas tu dari Terengganu dan Kuantan pula, Si Hazana Salwa, Lazim, Mansor Deraman, Fazli dan Noranida dah dok kalut fikir nak bawa jajan apa masa nak gi IBKL nanti. Bawa jer apa yang sempat, kerepek ubi, kerepek pisang ke, keropok lekor ke, jambu batu ke, piasang emas bawa belayar ke, janji jangan tangan kosong dah le.. Fazli dan Norida tu bawa lebihlah sikit , ramai orang nak merasa masakan Jawa weh...

Di Lembah Kelang pulak, , Saad Hasbullah, Nasir SUAK pencen kata nak bawa sate, betul ke tidak entahlah. Hairudin dengan orang rumahnya dah dok cari ayam kampung untuk buat rendang. Nak pasangkan dengan ketupat pulut..Fuhhh, cayalah..., Ismail Marni pun dengar cerita dah cadang nak bawa lontong dengan sayur lodehnya. Terima kasih wak.....

Ooooo,,,,jangan lupa pulak dengan Azmi dan Sarimah dari Rembau.. Dah tiga hari, dia bagitau nak bawa gulai ikan keli masak lomak cili api. Boleh jer,, tapi jangan sekor dua jer.. kalu boleh bawalah kurang-kurang 3 kilo jang...awakkan waris Undang Rombau... Gitu juga Tuan Kapten Hj Azman Aziz dari Seromban, janji nak bawa rendang negori..Oh ya, jangan lupa Sabar (Bob), penyanyi kita kat maktab dulu nak bawa kueh cakar ayam dari Melaka..mencakarlah kita nanti weh...

Hamidon Zain dari Ipoh, Jefri dari Kuala Kangsar dan Sapora juga pakat nak bawa limau tambun. Bagus juga, teman dah lama tak balik ke Ipoh,,ngidam juga lamau tambun ni, lagipun aura Kong Hee Fat Choy masih terasa..bawalah juga kacang mengelembu sekali sekarung dua!!!

Yusnizam, Raja Azhar, Ruslin Yunus pula kata nak bawa tempe goreng..leleh ayaq liur wehhh..dah jadi pesta makanlah pulakkk!!!Roslizam di Tapah kata nak bawa jambu madu 5 kilo. Beli jer kat pasar borong tu Ros....

Gitulah harapan saya sebenarnya, walaupun saya dah tempah makanan di kantin IBKL, tapi teringin juga nak rasa air tangan korang semua. Ambo ni bawa mulut dah laa yaa...i
Jumpa di Lembah Pantai dua pekan lagi.....

Read more...

Permartabatan Bahasa, Antara Pejuang dan Petualang...

>> Thursday, February 25, 2010

Hari ini, IPG kami dikunjungi tokoh pejuang bahasa, Prof. Dr Awang Sariyan, Pemegang Kursi Bahasa Melayu Beijing Foreign Studies University. Beliau berucap panjang lebar mengimbau usaha para pejuang memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu di bumi sendiri. Saya teruja juga mendengar ceramah beliau apatah lagi inilah kali pertama bertemu dengan tokoh tersebut. Nama Dr Awang Sariyan ni memang dah lama dok dengar apatah lagi zaman sekolah di Tingkatan Enam dulu. Tulisan beliau dalam Dewan Masyarakat sering menjadi tatapan untuk tujuan menjawab Kertas Bahasa Melayu dan Kertas Am.

Teringin juga nak tumpang kemuka soalan AJK dah bawa mikrofon datang dekat tapi masa pula terlalu cemburu!!! Selama ni saya tak tahu erti masa tu cemburu tapi bila pengacara tutup sesi soaljawab, baru terasa betapa beruntungnya orang yang menggunakan kesempatan masa yang terluang!!!!

Kerana rasa ralat tak dapat kemukakan soalan pada tokoh tersebut, saya jadikan blog ini untuk meluahkannya. Persoalan membina tamadun bangsa dan bahasa sering membawa dua wajah atau dua watak. Sama ada watak pejuang bahasa atau petualang bahasa. Sejarah perjuangan tokoh-tokoh bahasa adalah seiring dengan petualang bahasa. Mereka yang berjuang untuk memertabat dan mendaulatkan bahasa turut ditentang oleh petualang bahasa yang berlindung dibawah rasional membina bangsa.

Isu PPSMI adalah rentetan ujian kepada kita untuk melabelkan diri kita seorang pejuang atau petualang? Semua orang tahu, 4 perkara asas yang dipersetujui waktu Perlembagaan Negara digubal. Kedudukan Raja-rajaMelayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak istemewa orang-orang Melayu. Namun cabaran yang berlaku pada tahun 1983 , krisis perlembagaan hingga menggegarkan istana, 1998 krisis kehakiman, penarikan bantuan perkapita SAR dan 2002, PPSMI merobek keunggulan Bahasa Melayu..Begitu hebat asas perlembagaan dicabar...

Kini cabaran datang lagi. Kata si polan bahawa ekonomi perlu diperkukuhkan dulu barulah orang lain berminat untuk memertabatkan bahasa kita. Gitulah hujah terbaru si polan...nampak sangat kemaruk ekonomi sedangkan negara kini bukan sahaja gawat ekonomi malahan gawat politik dan gawat sosialnya. Mungkin benar kata Dr Awang Sariyan, bahawa inilah antara bala bila kita membelakangkan para pejuang bahasa yang berjuang secara ikhlas..

Apa pandangan sidang pembaca sekalian? Fikir-fikirkanlah...

Tahniah buat JPM IPG TAA kerana membawa tokoh bahasa ini ke bumi Lipis, Darul Makmur.
Apa kata lepas ini, bawa pula tokoh sasterawan anak bumi Lipis pula...Ibrahim Omar dari Kg Mela dengan novel Dara Pingitannya....

Read more...

Perginya seorang Mentor...

>> Saturday, February 20, 2010

Pada hari Selasa, 16 Februari 2010, pergilah seorang kawan dan mentor saya kerahmatullah buat selama-lamanya. Allahyarham Hj Baharuddin Abdullah atau lebih senang di panggil En Baha sahaja.

Saya mengenali beliau sejak menjadi warga IPG TAA lima tahun yang lalu. Tahun 2005, sejak melapor diri sebagai warga akademik di Jabatan Ilmu Pendidikan. Beliau yang bertugas sebagai Setiausaha Gerko (SUG) sangat disegani oleh rakan-rakan pensyarah yang lain. Saya pun pada mulanya pun takut-takut juga bila berjumpa dengannya.

Ketekunannya dalam menjalankan tugas menjadikan saya terikut-ikut dengan stail beliau. Bermula dengan menjadi editor untuk Buletin Kagum, dia mula memberikan kepercayaan kepada saya dengan tugas-tugas yang lain. Satu demi satu tugas diletakkan dibahu saya. Jadi Pengurus Pingpong dan muncul sebagai Afzan, Johan Kebangsaan Kagum, jadi Pengurus Kontigen Kagum Olahraga Zon Tengah, muncul sebagai Afzan, Johan Zon, lantik pula sebagai Pengurus Kontigen Ke Kagum Kebangsaan di Sabah dan Afzan dapat tempat ke tujuh daripada 27 buah maktab. Kira oklahkan...

Sekali rasa tak percaya juga. Dalam tempoh tiga bulan berada di maktab pada awal 2005 tu, dah boleh terbang ke Sabah. Satu yang mustahil buat saya jika terus kekal di sekolah. En Baha telah didik saya untuk menjadi pengurus kontijen yang bertanggungjawab. Ada kalanya dia akan telefon tanya keadaan anak buah bila sessi latihan pusat. Sebagai SUG, dia selalu tiada di maktab. Saya tak berani nak klentong tentang latihan para atlet. Saya tahu En Baha akan "cross check" dengan staf unit gerko yang lain. Saya mesti bercakap benar walaupun ada member minta 'coverline'. Pengalaman bekerja dengan arwah cukup menyeronokkan. Dia jenis orang yang tak berkira, time makan , kalu lambat, dia yang hulur dulu. Tak suka makan sorang-sorang, selalu ajak kawan-kawan minum.

Namun selepas beliau bertukar ke Kuantan sebagai GPK, saya kurang menghubunginya tetapi tak putus hubungan. Jika ada hal, saya akan hubungi beliau. Bulan Ogos 2009, dia bagitau, sakit dan hanya boleh puasa 10 hari sahaja. Saya bagitau hal ni pada kawan-kawan di IPG. Lepas tu dia bagitau mula dapat rawatan di hospital Kuantan. Sakitnya makin parah dan disyaki kanser tahap 4. Berdebar juga bila dapat tahu hal itu. Tapi apakan daya, saya pun sakit,juga, tak dapat nak gi ziarah, hanya doa jelah.

Dia terus dapat rawatan di HUKM Cheras dan HTAA Kuantan. Dari semasa ke semasa, saya hubungi kak Jamilah isterinya. Bila dapat maklumat, saya sebarkan pada kawan-kawan di IPG. Akhirnya, pada 13 Feb yang lalu, saya bersama beberapa orang rakan mengunjungi beliau di HTAA Kuantan. Keadaannya sangat uzur, tak banyak yang boleh dibualkan, cuma hati kecil ini sering merindui saat gembira bertugas di bawah kelolaan beliau dulu....

Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....Aminnnn

Read more...

Rindu wehhh

Cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina ni buat saya rindu pada IPG. Rindu pada warganya. Seronok kalau dapat masuk kelas, kuliah dan tanya khabar student. Seronok tengok pakaian mereka yang berwarna warni. Celoteh dan gurau senda sering menguatkan semangat untuk terus bertugas. Sakit sikit-sikit tu kira sabar jer lah...

Untuk hilang rindu, mujur ada facebook. Boleh chat, dengan si anu, si ana, si polan dan si polan..tanya buat apa masa cuti, best tak cuti dan apa-apa je lah..

Minggu depan , JIP dapat 3 orang rakan baru. Untuk itu, saya korbankan unit Sains Sem 1. Sedih juga berpisah dengan diaorang. Buat kenangan , saya buat game sikit, enjoy betul dia orang, terpilih sebagai unit paling bising waktu aktiviti dijalankan....kalian sentiasa dihati!!!!

Read more...

Anak sapelah ni...

Tulisan ni saya luahkan kerana sudah lama memerhati keadaan itu. Sejak menjadi penghuni bandar Jerantut ni, Masjid Tengku Abdullah selalu menjadi tempat say bersolat Jumaat. Tapi sejak mengerjakan solat Jumaat, hati tak pernah tenteram. Apa taknya, setiap kali solat Jumaat, ramai sekali kanak-kanak yang datang tapi bukan solat tapi untuk bermain. Inilah delima setiap kali pergi solat Jumaat di masjid tersebut.

Gejala ini semacam tak dihiraukan oleh para jemaah lain. Saya hairan, macam mana bapa yang bawa anak ke masjid tapi membiarkan anak-anak bermain, menjerit-jerit. Berlari sewaktu khutbah sedang dibacakan, langkah dan langgar orang, berlari di beranda masjid, adakalanya hingga ke laman masjid dan berlari kembali ke dewan masjid.

Bapa mana yang tak reti basa entah!!, konon bawa anak untuk ajar solat tapi biarkan anak ganggu orang solat. Bukan tak boleh bawa, tapi tolonglah jaga adab masjid bila bawa anak ke masjid.

Pihak Jawatankuasa masjid pun macam tak ambil pusing hal ini. Patutnya, buatlah pengumuman atau kata-kata nasihat kepada para jemaah, tolong jaga anak waktu bersolat. Bukan lama, bagi nasihat setiap kali sebelum khutbah. minta TOLONG JAGA ADAB MASJID!!!!
Imam-imam pun boleh bagi nasihat juga, bukan setakat nak baca khutbah jer, tapi makmum dok tahan hati dengan suara bising. Yang peliknya, bapak budak-budak tu pekak badak agaknya!!Bayangkan dari start baca khutbah hingga habis solat, suara budak buat bising berterusan tanpa henti......

Read more...

Berubat ke Kota Bharu...

Niat untuk berubat cara kampung telah mendorong saya untuk ke Kota Bharu. Bomoh daun pisang, gitulah bunyi gelaran yang disebut orang. Maklumat ni pada walnya diperolehi daripada Cik Zura, P.A YB ADUN Sg Rokam. Kami jumpa masa di Bandung dulu.


Pagi Selasa, 16 Februari yang lalu, saya bersama isteri dan Angah dan Sdra Ismail, bertolak ke KB. dengan Hiluxnya. Perjalanan lancar tapi waktu tiba di Kuala Krai, kelihatan banayk sekali kereta yang menuju ke arah Kuala Lumpur..nampaknya orang Kelate dah mula balik KL.


Sampai di Pasir Putih, kami makan dulu kat gerai depan gudang Bernas. Sup gear box, Rm 8.00 jer yang besar pulak tu. Dengan dibantu oleh Cikgu Firdaus, kami sampai di rumah bomoh tersebut. Ustaz Lah namanya..daun pisang yang masih bergulung diambil isterinya dan mula dikoyak mengikut saiz tertentu.

Read more...

Budaya Ilmu

>> Saturday, February 13, 2010

Menyebut perkataan budaya ilmu teringat patah-patah perkataan tersebut bila seringkali menghadiri program usrah waktu zaman muda remaja dulu. Para naqib sering menggesa para peserta usrah untuk memperbanyakkan pembacaan meliputi berbagai sumber. Namun begitu, buku harakah serta tokoh gerakan Islam sering mengisi masa lapang dalam membaca.

Ternyata minat membaca serta mencari ilmu pengetahuan lewat aktiviti pembacaan sangat menyeronokkan. Mengunjungi pusat sumber, menjadi ahli perpustakaan daerah dan desa menjadikan bahan bacaan mudah diperolehi.

Dunia perguruan tidak lekang daripada dunia pembacaan. Bacaan yang berbagai dan luas memberi sumber penting bila berhadapan murid dan pelajar. Setiap kali mengakhiri kuliah, saya sering berpesan kepada guru pelatih agar banyak membaca. Selain membaca hal-hal yang berkaitan dengan "content knowledge", bacalah juga hal-hal yang berkaitan sosio ekonomi, sosio politik dan jangan lupa perubahan politik dunia global.

Fikir-fikirkan ......

Read more...

Agen perubahan.....

>> Saturday, February 6, 2010

Memang mudah untuk mereka menyatakan perlu sikap untuk menerima perubahan. Perubahan kata mereka penting kerana dunia hari ini juga berubah. Kerana itu, kita diseru supaya untuk berubah.

Persoalannya, bila keadaan generasi baru berubah, adakalanya kita masih berada dalam kepompong lama. Kritikan membina dicap sebagai bersikap kurang ajar, menegur kesilapan dianggap tidak mengenang budi, diberi cadangan dianggap mengajar itik berenang.

Fikir-fikirkanlah.....

Read more...

Reunion IBKL 87/89....(3)

>> Thursday, February 4, 2010

Salam buat rakan-rakan IBKL 87/89....

Perhatian dan sokongan kalian sangat memberangsangkan. Ini membayangkan hasrat murni kita untuk berkumpul semula bakal menjadi kenyataan. Usaha-uasaha untuk menghubungi rakan-rakan yang telah terpisah sejak 20 tahun yanglalu sedang giat dijalankan.

Rakan-rakan yang ada email, blog, facebook, sms dan sebagainya harus mengambil kesempatan ini untuk bertemu semula di bumi IBKL yang bertuah itu.

Bagi menyempurnakan hasrat tersebut, rakan-rakan bolehlah membuat bayaran kepada :

Sdra Mohd Rosli Mujni (Ujang)
di SMK Lurah Bilut Bentong, Pahang.
Bayaran boleh dibuat melalui Money Order atau

akaun Maybank no. Acc: 506089505225 atau hbgi beliau di 013-9396900...

sebelum 15 Februari 2010...

Kalau kalian, mahu nombor handphone rakan-rakan lama , sila hubungi saya di 019-9364462..

Okk...kawan-kawan...mari kita jadi REUNION IBKL 87/89 sebuah REALITI!!!!

Read more...

Jom pi Miri - Brunei....

>> Wednesday, February 3, 2010

Alhamdulillah,,,,,ramai juga join saya untuk gi lawat IPG Miri dan meninjau Negara Brunei Darusalam (NBD) pada bulan Jun nanti. Niat untuk menjenguk NBD ni telah terpahat dihati saya sejak beberapa tahun lalu. Selain negara jiran terdekat, teringin nak tengok awang-awang dan dayang-dayang NBD. Apatah lagi NBD dimaklumkan sebagai negara terkaya di Asia Tenggara ni..

InsyaAllah,,,, jika tiada aral melintang seramai hampir 30 orang warga IPGTAA akan mengunjungi bumi Miri dan NBD. Terima kasih kepada Dato Pengarah, Timbalan dan Kelab Staf Akademik IPGTAA kerana menyokong usaha murni ini...

Berderap lagilah kita bro....

Read more...
Blog Widget by LinkWithin