Resepi gulai lemak pisang muda....
>> Monday, December 7, 2009
Sengaja saya menulis kali ini berkenaan dengan gulai lemak pisang muda. Bukan apa, ramai generasi baru tak tahu betapa sukarnya kehidupan suatu ketika dahulu. Kalau generasi lama menyebutkan zaman Jepun makan ubi kayu, mungkin gulai lemak pisang muda lebih baik. Tetapi generasi muda kini, contohnya anak-anak saya pun tak minat nak makan gulai kegemaran saya ini.
Bagi saya sekeluarga pada waktu kecil-kecil dulu, gulai pisang muda nilah yang paling saya sukai. Masakan ibu saya yang simple tapi ummhhnya terasa hingga hari ini. Pisang muda yang digunakan oleh arwah emak untuk di masak gulai lemak ni biasanya orang kampung saya panggil pisang bakar. Saiz buahnya sederhana besar cuma bezanya kalau dah masak kulitnya tetap berwarna hijau, apatah lagi kalau ia masih muda. Dalam setandan biasanya dalah 12 sikat atau sisir. Biasanya untuk keluarga ramai macam keluarga saya, emak akan menyiang hampir dua sikat untuk hidangan tengah hari. Masakan emak cukup mudah, macam orang masak gulai lemak cili padi. Emak akan tumbuk bawangmerah, cabai/cili padi, dan ikan bilis serta kunyit hidup serentak. Kelapa yang siap diparut dengan kukur akan diperah dan akan diambil santan dan patinya. Lebih istemewa, arwah emak akan menggunakan periuk belanga yang agak besar untuk masakan ini. Dia tak guna periuk besi macam sekarang. Dapur kami hanyalah dapur tanah yang dihidupkan dengan kayu api batang getah.
Yang pasti, hidangan kami sekeluarga tentu cukup menyelerakan. Waktu makan tetap selepas solat Zohor . Tak boleh awal dan tak boleh lewat. Seingat saya, jarang kami makan nasi tengahari sebelum solat Zohor. Bapa akan mula ceduk dulu, lepas tu bersimpang siurlah tangan-tangan kami merebut rezeki yang ada. Sudah pasti ikan kedera menjadi peneman kepada gulai pisang tadi. Jika berlebih pun gulai pisang tadi, petang nanti akan ada tangan-tangan yang akan menyeluk kembali belanga emak untu diratah begitu sahaja. Menjilat jari yopppp...
Waktu-waktu cuti begini, saya sering dapat makan tengahari bersama keluarga. Bila diminta agar dimasak gulai pisang, isteri saya akan membeli pisang emas yang muda untuk dimasak seperti masakan ibu saya. Alhamdulillah, isteri saya dapat menemui resepi masakan arwah ibu saya walaupun dia tidak pernah mengenali ibu saya. Tetapi, malangnya, anak-anak saya tidak menggemari gulai pisang tersebut. Mereka lebih tertumpu pada ayam masak merah atau lauk yang lain. Puas juga saya menceritakan inilah menu abah masa kecil-kecil, mereka hanya tersenyum sinis. Alaihai anaklah abah!!!!, dicubitlah sikit...... itu gulai abah, kita orang.......he,he,he.
Sekianlah adanaya.....
1 comments:
Lebih kurang jela menu kita en, saya bukan setakat zaman dulu.. sekarang ni pun kalau ekonomi dah merosot mak masak je masak lemak pisang muda, lagi pedas lagi sedap.. adik2 ramai, nasib baik takda yang memilih.. kalau tak mau clear ayam kampung dikerjakan... tapi yang bestnyer kalau dapat ikan sungai yang kecik2.. skang kan musim banjir.. kompom banyak ikan.. xsabor nak balik kampung merasa lauk musim banjir.....
Post a Comment