Pattani, Aku Datang!!! 1

>> Wednesday, September 18, 2013

Syukur Alhamdulillah....

Akhirnya niat yang ku simpan sekian lama tercapai jua. Negeri@Wilayah Pattani Darus Salam yang dulunya menjadi tempat leluhurku telah dapat kujejaki. Sudah lama niat ini terpendam apatah lagi berita-berita sedih sering disiarkan di media massa. Bom sana sini, mati sana sini, Bom dan kematian terus menjadi misteri siapakah pelakunya.

Tarikh 14 September 2013, kami tiga beranak memulakan perjalan dengan bas Ekpress Kesatuan yg bertolak dari Ipoh sekitar jam 2.30 pagi. Bas dipandu laju kerana sudah terlewat hampir tiga jam kerana laluan sibuk sempena cuti Hari Malaysia.

Jam 6.00 pagi kami tiba di CTC..Changloon Transit Center, solat subuh dan sarapan nasi lemak. Orang terlalu ramai. Bas ekspress dan persiaran pun banyak. Semua bangsa ada. Melayu, Cina, India, Omputih, dan warga Siam yang nak balik negeri. Harga makanan pun boleh tahan jugak.

Bas bergerak meninggalkan CTC menuju ke sempadan. Pos Immigresen Bukit Kayu Hitam. Jarak sekitar 10 minit dari CTC. Pergerakan bas terlalu perlahan dan tersekat-sekat kerana bilangan kenderaan yang banyak. Gelisah juga dibuatnya.

Selesai urusan di Immigresen Bukit Kayu Hitam, kena cop paspot di Immigresen Siam di pekan Danok pulak. Kat sini tak ambil masa lama sebab banyak chekpoint dibuka. Lega. Naik bas semula, dan terus ke Hatyai. Bas dipandu laju sebab jalan yang lurus dan kenderaan pun tak banyak. Alhamdulillah, kira-kira jam 10.00 pagi, sampailah destinasi yang ditujui; Hatyai.  Sepanjang jalan, terbentang kebun dan ladang getah yang luas dan menghijau.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membeli simkad Thailand sebab kami tak buat IDD. Mulalah guna duit bath Siam, Waktu ni kadar tukaran RM100 dapatlah 950Bath Siam. Duit kita dah lemah weh. Dulu-dulu Rm100, dapat 1000Bath...dah kurang 50 sen weh.

Situasi cakap ayam dan itik pun bermula kat sini sebab rakyat Siam tak ramai yang boleh cakap English atau B. Melayu. Kita pulak tak boleh cakap Siam. Akhirnya main tunjuk-tunjuk laah jawabnya. Kebetulan ada gadis Melayu Islam tolong bantu. Simkad 50 Bath dan top up 200 bath!! Selesai masalah pertama dan utama.....  

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin