Pattani, Aku Datang!! 3
>> Thursday, September 19, 2013
Markaz@Masjid Tabligh Yala
Setelah makan, badan rasa bertenaga cuma mata jer macam nak tutup kejap;tidor laa tu. Tapi ustaz belum solat Zohor. Lokasi pertama selepas makan adalah melawat Masjid@ Markaz Tabligh Yala, yang disebut masjid empat rait ( tiga rait bersamaan satu ekar). Memang besar dan luas tapi belum siap sepenuhnya. Dua tingkat tapi bukan semua berdinding. Open air gitu! Sewaktu kami sampai ke situ, ramai jemaah sedang tidur berbaris-baris selepas makan tengahari sementara menunggu solat Asar.
Teringat saya, zaman awal remaja tahun 1970an bila sering ikut jemaah tabligh dari masjid ke masjid di Pulau Pinang dulu sambil belajar-belajar dakwah dan hafal doa-doa harian. Bila tengok jemaah tu tidor, rasa nak tumpang sekaki jer, apatah lagi dengan angin menderu-deru bertiup memasuki ruang solat yang tak berdinding. Cuma sempat solat tahayatul masjid jer sebab nak ke tempat lain pulak..
Terdapat juga kompleks sekolah tahfiz tiga tingkat untuk lebih 1000 orang murid, bilik-bilik tetamu luar negara, lapangan@dataran bersimen, dewan makan, bilik mandi serta rumah guru-guru. Ala-ala Seri Petaling gitu....kebersihannya boleh tahan laa, kompleks ni nampak tak berseri kerana tidak siap sepenuhnya lagi dan belum bercat atau dinding belum diplaster lagi, yang penting, dewan untuk bersolat selesai. Canitk molek belakang kira laa.Dimaklumkan terdapat juga pelajar-pelajar maahad ini datang dari Malaysia.
Difahamkan, jawatankuasa markaz tidak mahu menerima sumbangan kerajaan. Sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada sumbangan individu Muslim seluruh dunia. Alasannya, supaya kompleks markaz ini tidak dikaitkan mana-mana pihak jika timbul kejadian yang tidak diingini. Maklumlah kerajaan pusat di Bangkok sangat sensitif dengan isu-isu Islam.
0 comments:
Post a Comment