Pattani, Aku Datang!!! 2
>> Wednesday, September 18, 2013
Hatyai-Yala...
Mengikut plan asal, rakan saya Ustaz Hj Zahari akan menunggu kami di stesen bas Hatyai. Bila telefon, dia minta maaf tak dapat datang jemput dan minta kami datang ke Yala dengan van. Keretanya uzur. Untung jugak dia bagitahu cara dan tambang van ke Yala . Kosnya 300Bath, untuk perjalanan hampir dua jam ke Yala bagi tiga orang. Van cantik dan agak selesa jugak sebab aircond, cuma tersepit dengan barang-barang yang dikirim oleh para peniaga Hatyai kepada pelanggan di Yala.
Ustaz Zahari ni saya kenal kerana sepanjang Ramadan yang lalu dia menjadi imam teraweh di surau taman kami. Bacaannya syahdu dan sesuai dengan selera penduduk taman ini. Hampir sebulan dia berkampung di taman kami dan saya sering menjadi L.Onya sepanjang dia berada di Ipoh.
Kira jam 1.30 petang kami sampai ke wilayah Yala dan disebut juga Jala. Destinasi kedua ini merupakan antara bandar-bandar yang agak sempurna walaupun tiada bangunan tinggi-tinggi kecuali kompleks hospital Yala. Selebihnya adalah deretan kedai kayu dan simen satu dua tingkat yang majoritinya adalah milik umat Melayu Islam Yala. Bandarnya besar dan lengkap serta bersih. Hati kecil saya mengaku, walaupun bandarnya sederhana, tetapi pemiliknya adalah saudara seIslam. Apalah ertinya bangunan yang besar dan tinggi jika pemiliknya bukan milik saudara mara kita.
Van menurunkan kami d itempat yang dijanjikan. Sewaktu di Hatyai tadi, saya menyuruh penjual tiket van bercakap melalui telefon dengan Ustaz Zahari. Tak silap tempat tu dikenali sebagai Wakaf Stor . Sekali lagi lega sebab sewaktu melangkah masuk kawasan tersebut, terlihat kelibat Ustaz Zahari. Kami berpelukan setelah berpisah sejak berakhirnya Ramadan yang lalu.
"Puas kawe tepon demo!dok boleh-boleh, risau jugak!, itu yang beliau ucapkan.Saya pun bagitau, simkad tu tiba-tiba jer tak boleh guna. Demo daftar tak? Nak daftar guano, kecek aye dengan itek...hahahaha. Rupanya simkad yang dibeli di Hatyai tak boleh guna dalam wilayah Yala sebab nombor-nombor telefon mesti daftar sebab orang guna telefon untuk aktifkan bom!!
Tetiba jer perut terasa lapar weh...apa lagi cari restoran laa....untuk hari pertama ni, kami pekena nasi Bukhari dan Beriani Kambing campur sup kambing dulu serta jus limau....perghhh...berbaloi-baloi, sedap dan tak mahal sangat...600Bath...cer tengok gambar weh...
0 comments:
Post a Comment